Keluarga

“Suami aku bawa bala”. Dilemparnya nasi ke muka suami. Rupanya ada rahsia yg Mira pendam

Foto sekadar hiasan.Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya rasa terpanggil untuk menulis selepas terbaca kajian sebuah universiti yang menunjukkan semakin ramai isteri di Malaysia yang mendera suaminya.

Saya sendiri ada pengalaman melihat seorang rakan yang asalnya sangat lemah lembut dan sentiasa tersenyum manis tetapi selepas 15 tahun berkahwin, saya mendengar sendiri dia memaki suaminya di dalam kereta.

Pernah juga dia membaling nasi yang dibeli ke muka suaminya. Mengapa jadi begitu?? Rakan saya lulusan sekolah agama. Dia orang terpelajar. Menutup aurat sepenuhnya. Antara pelajar terbaik di sekolah kami.

Tetapi dia berubah 100% dari segi sikap dan tingkah laku terutama terhadap suaminya. Pada mulanya saya nasihatkan dia agar jangan menjadi isteri derhaka, dia memandang saya dengan sinis dan berkata,

“Ko ambik laki aku. ko jaga 4 bulan. 4 bulan je. Silap aribulan, mulut ko lebih jahat dari mulut aku.”

Saya terkejut mendengar kata katanya..

Saya mengambil masa berbulan bulan mencari peluang untuk slow talk dengan kawan saya tu. Apa yang menyebabkan dia berubah. Rakan seasrama yang paling lembut orangnya menjadi sangat zalim dengan suami sendiri.

Akhirnya, pada suatu hari saya berpeluang bertemu dia di hujung minggu. Hanya kami berdua. Itu yang saya pinta kepada suami saya.

Satu hujung minggu bersama kawan baik saya tu tanpa anak dan suami seperti kebiasaannya. Saya sayang kawan saya, saya tidak mahu dia menjadi isteri derhaka. Saya mahu dia masuk syurga bersama keluarganya.

Biarlah saya namakan kawan saya Mira. Khatam al Quran dan pandai mengaji. Orangnya memang cantik. Ramai yang ingat dia masih anak dara. Mungkin kerana sikapnya yang sentiasa sopan dan menghormaati orang lain menyebabkan kecantikannya lebih terserlah.

Makcik cleaner kat asrama pun sayang kat dia. Bukan saya memuji berlebihan, tapi itulah Mira yang saya kenal kerana duduk sama sama di asrama sekolah agama dari ting 1 hingga ting. 6.

Kemudian kami masuk universiti yang sama. Universiti mana tu, tak payahlah saya highlight. korang dah boleh agak kan.

Saya pujuk Mira cerita apa masalahnya. Pada mulanya Mira bercerita dengan perasaan marah sebelum akhirnya dia menangis semahu mahunya di bahu aku.

Wajahnya menggambarkan kekecewaan yang amaat sangat. Kata Mira.. dia benci apabila semua orang memuji suaminya “baik”.

Mira kata suaminya suka melayari vide0 dewasa. Suaminya suka melihat perempuan s3ksi2 tapi memaksa dia menutup aurat sepenuhnya dan tidak benarkan dia bercakap dengan lelaki lain walaupun saudara mara atau rakan sekerja.

Kawan kawan perempuan pun dilarang dari berjumpa. Itulah yang berlaku bertahun tahun. Suaminya peramah dengan semua orang tetapi di dalam rumah, suaminya jarang bercakap dengan Mira dan anak anak.

Kata Mira lagi,

“Suami aku bawa bala dalam rumahtangga aku, malaikat rahmat tidak akan masuk ke dalam rumah aku, vide0 dewasa sangat banyak.”

Setiap kali mereka bergaduh. Suaminya akan membalas dengan melayani perempuan lain chatting sehingga lewat pagi.

Sengaja.. seolah olah ingin “padan muka” kawan saya tu. Banyak foto perempuan berb0gel dalam hp suaminya dan kadang kadang anak anaknya terlihat foto foto itu ketika anak anak Mira main game menggunakan hp bapanya yang sedang tidur.

Oh yaa, suami Mira kaki tidur. Di rumah dia akan tidur sepanjang siang tetapi suka berjaga malam melayari internet atau keluar dengan kawan kawan.

Katanya lagi suaminya bukan kuat di ranjang. ‘Bersama’ pun setakat 2, 3 minit, mungkin Allah sudah tarik nikmat bersama isteri kerana terlalu asyik menonton vide0 dan gambar bukan bukan bertahun tahun lamanya.

Itu belum lagi group whatsapp yang dihuni rakan lelaki sefelda suami. “Mengarut je 24 jam, bahkan ada kalanya rakan suami Mira upload vide0 mereka melakukan hubungan dengan isteri masing masing” katanya.

Ini menyebabkan Mira sangat trauma. Dia sentiasa bimbang suaminya akan melakukan perkara sama kerana suaminya suka rakam ketika mereka melakukan hubungan suami isteri, selalunya tanpa pengetahuan Mira.

Ini kerana Mira akan delete jika tau ada rakaman ketika mereka melakukan hubungan suami isteri. Suami apakah yang sentiasa membuat isteri sendiri rasa tidak selamat dalam rumahtangga selama 15 tahun ??

Akibat sering tidur lewat. Suaminya tidak solat subuh. Selama perkahwinan mereka, Mira la yang menguruskan persekolahan anak anak setiap pagi.

Sehingga suatu hari suaminya diberhentikan kerja kerana kerap lewat dan ponteng. Ingatkan suami Mira insaf. Rupa rupanya semakin teruk.

Bercinta sakan melalui whatsapp pula dengan seorang student bernama Ida dari Trengganu hingga tahap berani naik tangan ke badan Mira. Mira pernah dilempang dan ditolak sehingga jatuh. Dari situlah mulanya Mira melawan suaminya.

Mira benci sebenci pada suami nya selepas Ida menghubungi Mira mengaku mereka bercinta dan minta izin untuk kawen dan berkongsi kasih. Mira kecewa. Dalam keadaan hanya duduk goyang kaki di rumah, suaminya sempat bercinta melalui whatsapp hari hari.

Sedikitpun tidak hargai susah payah Mira bekerja mencukupkan belanja rumah, memasak sebelum pergi bekerja pagi pagi dan mengemas rumah selepaa balik kerja.

Mira minta tinggal berasingan selama 4 bulan atau jika suaminya ingin juga berkahwin dengan Ida maka Mira mahu dicerraikan.

Tetapi suaminya tidak mahu lepaskannya sebab Mira yang menanggung semua perbelanjaan selama ini. Suaminya tidak mahu mencerraikannya sedang Mira sudah benar benar merana.

Tambah masalah apabila seluruh ahli keluarga suami menghina Mira dan keluarga Mira sendiri memarahinya apabila Mira bercerita masalahnya kepada ahli keluarga dengan harapan menggunung, mereka akan membantunya.

Mira dimarahi dan dihina kerana tidak boleh bersabar dengan suami yang dianggap baik di depan mata mereka. 15 tahun bersabar, bukanlah jangka masa yang pendek.

15 tahun Mira TIDAK PERNAH mmbuka mulut tentang keburukan suaminya. 15 tahun dia simpan seorang diri. Kini Mira tidak boleh lagi berada dekat dengan suaminya.. perkataan BD0H, B4BI, B4NGSAT, CILAKA dihamburkan kepada suaminya setiap hari.

Saya sendiri pernah dengar semasa saya tumpang kereta mereka. Masa tu saya berkursus di tempat Mira dan minta tolong Mira hantar saya ke airport selepas saya habis kursus.

Suaminya hanya mendiamkan diri setiap kali Mira mengamuk sebab tahu dia tersilap melukai hati isterinya bertahun tahun sehingga menjadi luka yang sangat dalam. Yang pada pandangan saya tidak mungkin akan sembuh kembali.

Kawan saya sudah berubah. Dia patah hati sehinggakan terkeluar dari mulutnya,

“Andai suami saya sujud di kaki saya sekalipun, saya takkan maafkan dia. Saya haramkan semua duit gaji saya menanggung suami selama ini. Saya tuntut nafkah saya yang tidak pernah diberi dari mula kawen, jika tidak dapat dari suami aku. Saya tuntut dari bapa mertua saya walaupun di akhirat nanti.”

Buat Mira.. Andai kau terbaca coretan saya ini. Saya hanya mahu kau tahu. Saya sentiasa ada untuk kau. Allah sentiasa ada bersama kau. Saya tidak mahu memaksa kau kembali seperti dahulu.. saya mahu kau bertenang.

Apa sahaja keputusan kau, saya yakin keluarga kau akan tetap bersama kau walaupun kau akan mencipta sejarah sebagai orang pertama yang bercerrai dalam family kau.

Buat suami Mira. Kau sedang kehilangan seorang isteri yang penyayang kepada anak anak kau. Kau telah hilang seorang isteri yang taat kepada kau.

Saya pinta jika kau baca coretan ini, ikutlah permintaan Mira. Dia mahu kau keluar hanya dalam tempoh 4 bulan sahaja. Tinggal berasingan supaya dia boleh bertenang.

Tapi kau tak mahu. Kau tetap berdegil dengan muka selamba b0doh kau duduk di rumah itu seolah olah tiada apa yang berlaku. Kau sedang menambah luka dihatinya dengan berkeras tidak mahu bercerai tetapi tidak mahu juga berasingan buat sementara waktu.

Mira tinggi ilmu agamanya tetapi dia juga manusia biasa. Berilah dia peluang untuk bertenang atau saya bimbang dia akan menjadi gila kerana sikap kau. Paling saya takuti, bila dia berkata, suatu hari nanti dia akan bnuh kau ketika kau sedang tidur.

Buat Ida dari Trengganu,

Saya tidak tahu apa yang kau katakan saat kau ingin berkongsi kasih dengan Mira. Tapi ketahuilah, kau kini menjadi penyebab Mira mula bersikap kasar dan biadab. Mira mula menunjukkan sikap isteri derhaka selepas kau berjumpa dengannya.

Andainya rumahtangga mereka runtuh. Walaupun bukan 100% salah kau tapi saya harap kau bersedia untuk berkahwin dengan lelaki yang pandai berlakon seperti lelaki beriman di hadapan semua orang. Keburukan yang hanya isteri yang tidur sebantal sahaja yang tahu.

Buat keluarga Mira. Selepas 15 tahun baru kalian dengar cerita tentang suami Mira. Luangkanlah masa. Dekati Mira dan bantulah dia. Dia sedang merana. Dalam hatinya penuh luka. Jiwanya kini sangat lemah. Dia perlu seseorang yang tidak terus menerus menyalahkannya.

Dia perlu seseorang yang dapat membantu dia buat keputusan yang tepat. Buat lelaki lelaki di luar sana termasuk suami aku, tundukkanlah pandangan. Sahabat sahabat Nabi lebih rela berjalan di belakang singa dari berjalan di belakang perempuan.

Andainya kalian sengaja menggunakan perempuan lain untuk “padankan muka” isteri dan menyakiti hati isteri atas kesalahan isteri kononnya. Sedarlah anda sedang “menempah neraka untuk isteri” yang anda nikahi dengan akad dan sumpah sebagai suami yang sepatutnya melindungi isterinya dari keburukan keburukan di luar.

Ingatlah syaiitan sentiasa berusaha memisahkan suami isteri setiap saat. Jangan sebagai suami, kalianlah yang membawa syaiitan syaiitan itu masuk ke dalam rumahtangga. Saya berlindung dengan nama Allah agar saya tidak diduga seperti Mira.. semoga Allah membantu Mira.

Semoga dia kembali tenang. Saya sayang kau Mira.. Saya tak mahu kau jadi isteri derhaka. Saya juga tidak mahu kau merana. Buatlah keputusan yang tepat. Keputusan yang dapat menenangkan jiwa kau dan mengembalikan senyuman di wajah kau. Saya benar benar sayangkan kau.

Kredit : Dunia Kini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *