Keluarga

Slps CERAlKAN lstri sbb Gad0h dgn Mak Mertua, si SUAMl Sempat bagi Ayat Macam ni lat lstri Dia

Haritu ada klien kes c3rai. Menantu perempuan gduh dengan mak mertua, si suami tak tahan lalu c3raikan isterinya.

Iyelah, nak c3raikan mak memang tak boleh la kan.

Tak pasal-pasal dapat status anak drhaka pulak nanti. Tapi nak buang 1, maka buanglah isteri.

Mereka dah kahwin 12 tahun, ada 3 anak.

Sejak kawin mereka memang tinggal bersama parent lelaki sbb si lelaki adalah anak tunggal.

Masa nak balik, si suami sempat cakap “kenapa lelaki boleh hidup dlm keluarga mertua tapi perempuan tak boleh? Sebab perempuan cerewet!

Semua nak menang,” katanya sambil berlalu pergi meninggalkan pejabat kami dengan riak kesal.

Terfikir jugak. Memang betul apa yang dia kata.

Jarang kita dengar menantu lelaki berselisih faham dengan mertuanya kalau tinggal bersama.

Tapi selalu kita dengar menantu perempuan berselisih faham dengan mak mertua mahupun ipar duai jika tinggal bersama.

Hmmmm…… Di mana silapnya? Menantukah? Mertuakah? Suamikah? Isterikah? Lelakikah? Atau perempuankah?

Tapi kalau difikirkan sedalamnya, menantu lelaki nak berselisih faham dengan mertua mengenai apa? Potong bawang salah?

Masak nasi lembik sgt? Masakan masin? Kopi tawar? Tak pandai masak? Tak pandai lipat kain?

Tak pandai jaga anak? Tak pandai jaga isteri? Tak pandai kemas rumah? Tak pandai itu?

Tak pandai ini? Takde satu pun menantu lelaki terlibat dlm hal ni.

Cukuplah andai dia boleh bekerja & menyara hidup anak isteri.

Sedangkan kalau menantu perempuan, terlalu banyak perkara remeh yang nak dipertikaikan.

Itu tak betul, ini tak betul. Sentiasa nak menantu tu ikut cara famili suami.

Sedangkan dia dibesarkan dlm keluarga yang lain, yang mungkin dari cara hidup yang tak sama.

Nak pula ada ipar duai yang ada perasaan cemburu kerana ada perempuan lain masuk dlm familinya.

Suami pulak, bila isteri mengadu, marahkan isteri. Dikatakan isteri tanak bertolak ansur.

12 tahun masih lagi isteri tak bertolak ansur???

Sebelum kahwin boleh, kenapa sekarang tak boleh

Mulalah ungkit. “Dulu masa belum kahwin, saya dah kata bahawa kita akan tinggal dengan mak saya dan awak setuju. Sekarang kenapa tak boleh pulak?”

Haaa…… siapa kata lelaki tak pandai mengungkit?

Tapi suami lupa bahawa masa nak kahwin dia pun berjanji takkan abaikan isteri walaupun tinggal dengan maknya?

Bila isteri berselisih faham dengan mak, suami keluar rumah. Lepak dengan kawan.

Malas masuk campur dengan harapan nanti ok la tu. Lepas tu kata serba salah, dua2 pun sayang. Tak tau nak back up siapa. Huh!

Slps CERAlKAN lstri sbb Gad0h dgn Mak Mertua, si SUAMl Sempat bagi Ayat Macam ni lat lstri Dia

Sebab tu digalakkan pasangan yang dah berkahwin, tinggallah berasingan dari keluarga. Bukan nak buang keluarga tapi demi menjaga keharmonian keluarga.

Biarlah susah, makan nasi dengan kicap je . Takpe, asalkan hati tak susah. Jika anak tunggal, carilah rumah yang dekat.

Ziarahlah ibubapa selalu. Mula2 akan ada bunyi sbb sanggup tinggalkan mak ayah lepas kahwin.

Lama kelamaan akan ok bergantung kpd bagaimana layanan kita pd mak ayah. Itu lebih baik dari mula2 manis tapi lama2 jadi pahit.

Cuba selidik balik kenapa Hawa dicipta? Adalah utk menemani Adam.

Bukan menemani org lain, bukan menemani anak Adam sekalipun.

Perempuan dicipta dengan hati yang halus. Agar hatinya penuh kasih sayang. Kenapa lelaki boleh kahwin 4 tetapi perempuan tak boleh?

Kerana mereka dicipta sbg pemimpin yang mampu melindungi.

Mereka sepatutnya mampu berlaku adil. Tapi perempuan tak mampu lakukan apa yang lelaki mampu kerana ciptaan dan tujuan ciptaan perempuan tak sama.

Jika semua insan faham kenapa setiap ciptaan Tuhan itu begitu dan begini , tiada perkara yang tak boleh diselesaikan.

Bahkan poligami pun akan jadi manis. Lelaki pasti senyum kalau cakap begini kan?

Kpd para lelaki, sila baca sejarah.

Apa Pendapat Anda?

Puan Eza: “Sebab suami itu lupa tanggungjawabnya. Padahal suami itu adalah wali kepada isterinya.

Wali kepada ibunya. Wali kepada anaknya. Wali kepada adik beradiknya.

Sebab itu jika salah seorang meninggal beliau mendapat bahagian yg banyak dari harta pusaka yg ditinggalkan.

Dan jika bapa beliau sudah meninggal dunia maka beliau lah yg akan menjadi ketua keluarga.

Bukannya ibu beliau. Jika adik perempuan beliau hendak berkahwin beliau lah yg akan jadi wali pernikahannya.

Jika anak buah beliau kehilangan bapa maka beliaulah yg wajib menanggung anak buah beliau seperti anak sendiri.

Jadi beliau hendaklah menguruskan isterinya, ibunya, anak2nya dan juga adik beradiknya.

Bukan berpihak kepada mana2 individu. Jika anak2 beliau bergaduh tak kan beliau nak buang salah seorang dari anaknya.

Begitu juga jika adik beradiknya bergaduh tak kan nak buang salah seorang adik beradiknya.

Begitu juga jika isterinya bergaduh dgn ibunya tak kan nak buang salah seorang dari mereka.

Sebenarnya ini adalah kegagalan lelaki itu untuk menjadi ketua keluarga dan wali kepada orang yg berada di bawah tanggungjawabnya.

Beliau gagal mendidik dan menasihati kedua2nya dan juga mereka yg di bawah tanggungjawab dan tanggungannya.”

Encik Isa: “Sepatutnya menntu tk ambil hati dgn mak.mertua, sbb mak meetua ni dgn anak sendiri pun depa cerewet.

Isteri tu pun dgn mak sendiri pun kn marah juga. Jd matangkn lah hati utk bersama mak mertua.

Klau suami bolh thn dgn cerewet mk.mertua, knp isteri tdk bolh? Sikap diri dgn emak mertua kn berubah.

Jika masih anggap.mak.mertua itu org lain dn bukn sbhagian dari keluarga atau emak kita sendiri, maka yg kn mnghadapi msalh ada lh isteri itu srndiri, suami hnya mmberi nasihat dn bersabar.

Tp jika isteri mndesak utk mmihak kpd nya, suami mnjadi dlm dilema, bak kata pepatah di luah mati emak d telan mati bapak.

Jika trus d desak suami ni, pilihn trbaik berpisah dgn isteri bg mngelakkn suami derhaka dgn ibu bapa.

Jika derhaka dgn ibu bapa, hidup d dunia dh jd tk ada nilai , akhirat pula langsung tk ada harapn.

Pendek kata suami bolh kawin lain dn isteri pun bolg kawin lain, janjinya isteri dan suami tdk mnderhaka ibubapa.

Penyelesainya atau jaln keluar tetap ada. Luka d hati lama klamaan akn sembuh brbading dgn jika melukai ibu bapa kita.

Selama kita hidup d dunia tetap akn kita d uji Allah.

Pahala Sabar itu lh bekaln yg kita bawa k dlm kubr kita nnti utk mndapat ganjaran yg indah dari Allah.”

Abg Borhan: “Beria laki komen bodohkn org pmpuan.Hello mak kau tu pmpuan kn?

Xkn pndan.tolong la jgn nk ckp bab yg tah hape2 . Mmg syurga suami kt mak dy..syurga isteri dkt suami..

Habis bila istri xbtul dgn mak kau..trus kau suke2 nak ceraikn..dh kau tebok lepstu suka hati nk ceraikn..

Mak mertua xkn xpikir dy pun ada anak pmpuan..xpkir ke hrini dy lyn anak org buruk esok2 org lyn anak dy dgn bruk..

Pastu suami2 still lagi nk ckp istri mcm2 ..kau balek umh mertua nk trasa apa..istri kau dkt umh pun dh suri umh pastu g umh mak kau nk kene rajinkn diri..

Xbt keje kene kata..pastu senang ckp pmpuan cpt trasa? Hbs kalau mak kau sndri pun xjaga mulut xjagaa aty anak org mcmna?

Igt anak org ni robot ke? . Kalau anak org blh lyn mak kau dgn baik xkn mak kau xleh lyn dgn baik..

Kekdg bnde kcik pun beria gak la nk slhkn bini..konon xnk derhaka dgn mak tp dh sakit aty bini sndri xjatuh dosa ke?

Nk anak org je tnduk kt fmly ko..time menantu bg emas duit bru pandng..duk kangkang pun pejam mata ja..”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *