Hiburan

Siap Cium Kaki, Tindakan Ellie Suriaty Dalam ‘Ayat Dari Langit’ Buat Ramai Trkejvt!

Aksi pelakon prolifik Ellie Suriaty menjirus air dan mencium kaki seorang lelaki menjadi bualan ramai di media sosial.

Babak berani yang dilakonkan Ellie dalam telefilem terbaharu berjudul Ayat Dari Langit itu antara lainnya turut menjadi perdebatan ramai.

Malah, tidak kurang juga yang memuji kehebatan lakonan Ellie yang sanggup melakukan apa sahaja watak dan babak yang diberikan.

Selain adegan mencium kaki itu, dialog yang menghalalkan zina antara Ellie dan Puteri Sarah Liyana turut meraih perhatian netizen.

Beberapa adegan menarik telefilem Ayat Dari Langit itu dikongsikan di akaun Instagram Bambam Studios sejak beberapa hari lalu.

Ayat Dari Langit mengisahkan kehidupan Ustaz Muiz dan isterinya yang mengajar ajaran sesat dan mahu pengikutnya mengikut telunjuk mereka.

Lama kelamaan membuatkan pengikutnya bernama Kamal mula rasa sangsi.

Ayat Dari Langit dibintangi oleh Adlin Aman Ramlie, Ellie Suriaty, Puteri Sarah Liyana, Kodi Rasheed, Rahim Jailani, Ismail Yaakob dan ramai lagi.

Saksikan telefilem ‘Ayat Dari Langit’ arahan Rashid Sibir pada 17 April 2021, Sabtu jam 9 malam hanya di Astro Citra.

Dalam pada itu, babak tersebut menimbulkan pelbagai reaksi dari penonton

“Boleh je tukar kaki tu ke kaki patung, kreatiflah sikit. Masa ni la kesan2 khas boleh digunakan.. tunjukkn bakat mereka yg kreatit tu.

Kalau dah guna kaki manusia, mmg sah2 la mengundang kecaman. Kena fhm juga byk benda2 yg x sesuai kalau dibuat akan menjadi isu..atau mmg sengaja di buat demi publisiti??? Dah 2021 dah kot. Rasanya penonton dah x kesah dah publisiti murahan mcm ni.. Cerita bagus, promosi cantik.. Ada je yg tgk.”

Video

 

Al Jafree nak saman, Ellie jawab: Silakan…

Pengarah filem Al Jafree Md Yusop menuntut agar Ellie Suriati Omar tampil memohon maaf sekiranya tidak mahu dikenakan tindakan undang-undang susulan dakwaan dibuat pelakon terbabit semalam.

Al Jafree yang juga penulis skrip berkata, jika Ellie Suriati gagal berbuat demikian dia akan memulakan proses saman kerana berpendapat pengarah dan pelakon itu membuat dakwaan tidak berasas.

“Tergelak baca. Bila baca tulisannya, saya anggap Ellie ni kelakar. ‘Sunyi’ kalau tanpa dia.

“Dia menulis sesuatu tidak benar sedangkan dana itu ditawarkan Finas kepada penerbit bagi tujuan pemasaran Mencari Rahmat.

“Dan apabila rujuk peguam, katanya saya boleh ambil tindakan untuk saman fitnah,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Semalam, Ellie Suriati mendakwa Al Jafree ada memohon dana AMP (Advertisement Marketing and Promotional) untuk memasarkan filem Mencari Rahmat.

Komen itu disertakan dengan imej keratan akhbar memetik kenyataan Al Jafree mengkritik Finas kerana memberi tumpuan pada lesen dan dana secara berlebihan berbanding perkara lain.

 

Kenapa nak sentap

Secara sinis, penerbit Mencari Rahmat Mohd Noor Kassim pula mengeyakan kenyataan Al Jafree sambil membahasakan dirinya “akak” melalui hantaran di Facebook.

“Ni akak nak bagitau Penanggal, akak tak minta dana AMP tu, tapi akak ditawarkan untuk minta sebab Mencari Rahmat tu dah siap, bongok. Bukan ambil dana, tapi filem tak siap.

“Tak tahu cerita baik diam. Orang kritik untuk majukan industri, kalau ambil tak boleh kritik ke?” katanya.

Untuk rekod Ellie Suriati merupakan pengarah dan penulis skirp untuk filem Penanggal yang diterbitkan pada 2013.

Menurut Al Jafree lagi, dia memberi tempoh dua hingga tiga hari untuk Ellie Suriati membuat permohonan maaf secara terbuka selepas membuat tuduhan ke atasnya.

“Dia kononnya ‘menganjing’ saya sebab banyak kritik Finas sebelum ni. Kononnya saya mohon dana tapi mengecam Finas pada masa sama.

“Jika tiada permohonan maaf, saya teruskan saman,” katanya.

Sementara itu, Ellie memberitahu Malaysiakini dia bersedia untuk disaman dan tetap enggan memohon maaf kepada Al Jafree.

“Dia buat kelakar ke apa? Jika nak saman, silakan. Tapi kenapa dia perlu sentap?” katanya.

Sumber : menujukebenaran

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *