Hiburan

Setelah Lama Diamkan Diri, SaifuI Apek Akhlrnya Jawab Foto ‘Berpegangan Tgn’ Bersama Fiza HaIim

Sebelum ini, tular sebuah foto ‘mesra’ pernah dikongsi melalui laman Instagram pelakon Fiza Halim yang didakwa dia ‘berpegangan tangan’ dengan Saiful Apek. Foto tersebut secara tidak langsung mencetuskan persoalan ramai pihak mengenai hubungan antara kedua pelakon ini.

Terbaru, setelah sekian lama mendiamkan diri, akhrinya pelakon Saiful Apek tampil memberi respon berhubungan foto ‘mesra’ itu dan sekali gus memohon maaf atas kekhilafan yang telah mengundang spekulasi ramai.

Saya mohon maaf kepada semua

Pelakon Cicak Man itu mengakui menjalin hubungan rapat dengan mana-mana pelakon yang telah menganggap dirinya sebagai ‘abang’. Dia turut memohon maaf kepada netizen dan berterima kasih kerana memberi teguran terhadap dia dan Fiza Halim di ruangan komen foto berkenaan.

Saya tidak menafikan benda itu memang berlaku. Saya juga tidak mengatakan yang perkara itu adalah sesuatu yang dibolehkan. Saya mohon maaf kepada mereka semua yang nampak dan tegur.

Boleh dikatakan, saya memang rapat dengan ramai dan menganggap saya sebagai ‘abang’. Tapi itu tidak boleh dijadikan alasan untuk sampai ke tahap macam tu kan.

Respon Saiful Apek

Sementara itu, Saiful Apek turut menjelaskan mengenai foto yang kelihatan ‘berpegangan tangan’ bersama Fiza Halim. Katanya, mereka langsung tidak berpegang tangan malah, foto berkenaan di ambil dari sudut kamera yang menampakkan situasi tersebut berlaku.

Ada gambar tu yang nampak saya macam ‘berpegang tangan’ tapi sebenarnya tu memang angle. Tangan itu tidak bersentuhan langsung. Saya minta maaf kepada mereka yang salah taksif hubungan kami macam adik-beradik.

Hubungan kami bukan satu rahsia pada suami beliau sendiri. Memang saya dah kenal dia dari mula saya bekerja dengan mereka.

Foto pelakon Fiza Halim bersama pelawak Saiful Apek yang dilihat mesra telah mengundang pelbagai andaian netizen tentang status terkini bekas penyanyai kumpulan Elite itu.

Fiza yang memuat naik foto tersebut ke akaun Instagram (IG) memberitahu, Saiful Apek merupakan pasangan kegemarannya dalam salah satu program televisyen.

“Peliknya Rapat & Pegang Tangan Saiful Apek”- ‘Delete’ Foto Suami Di IG, Netizen Speku Fiza Halim Kembali Solo

“My forever couple seat… sifu Saiful Apek. Jangan hampakan hasrat pengurus kita,”katanya.

Menerusi entri tersebut foto dilihat duduk rapat berlaga bahu dan bersentuhan tangan bersama Apek.

Rata-rata mengecam tindakan Fiza yang dilihat tidak sesuai dengan statusnya yang diketahui sudah berkahwin.

GAMBAR FIZA PELUK PINGGANG SAIFUL APEK

“Lain macam gambar ni, ada apa-apa ke?” tanya salah seorang pengikutnya.

“Peliknya duduk rapat-rapat pegang tangan, suami fiza tak kisah ke? Jagalah batas isteri orang,” nasihat salah seorang netizen.

“Allahuakbar, kalau dah suami isteri, tahniah ya Fiza, tak mungkin nak pegang-pegang tangan kalau bukan dengan yang dah halal..” kata salah seorang warga maya.

Bukan itu sahaja, netizen juga mula membuat spekulasi bahawa Fiza sudah kembali solo memandangkan foto bersama suaminya sudah pun dipad4m dari laman sosial tersebut.

“Rasa dah solo…tak kan lah dia ada suami dia berani pegang tangan macam tu,” teka salah seorang warga net.

“Macam dah single saja gambar suami pun dah tak ada, banyak dah padam,” speku salah seorang netizen.

Pada tahun 2017, Fiza dilaporkan berkahwin kali ketiga dengan seorang juru terbang bernama Aizat Al-Jefri Abdul Kudus dan dikurniakan seorang cahaya mata Aleena, 3 tahun.

Perkahwinan tersebut merupakan perkahwinan ketiga buat Fiza selepas mengalami dua kegagalan termasuk bersama penyanyi Adam AF.

Menerusi perkahwinan pertamanya dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin, dia dikurniakan dua anak, Ferra Aryana Ahmed Farriq, 12, dan Feeya Adyrra Ahmed Farriq,11.

Sumber : Amat Larbsib / OhBulan / hitmedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *