Semasa

Setelah Disiasat SPRM, Sgt Menyedihkan Bila 4 Cawangan Bubblebee Shuib Akan Di Tutup

BILA melihat kedai minuman jenama Bubble Bee Malaysia semakin bertambah dari sehari ke sehari, pasti ramai yang kata, untunglah Shuib Sepahtu, murah rezeki.

Tidak dinafikan, itu rezeki Shuib atau nama sebenarnya,Shahmira Muhamad yang memperkenalkan minuman boba berasaskan madu iaitu Bubble Bee.

Kini Shuib boleh berbangga dengan usahanya yang bermula daripada A – Z untuk membangunkan Bubble Bee Malaysia.

Sejak kedai pertama beroperasi di Menara U2, Shah Alam pada Disember 2019, kini Shuib sudah boleh senyum lebar kerana jenama minuman yang diperkenalkannya itu semakin digemari ramai.

Untuk tahun 2020 ini saja, sebanyak 28 rangkaian atau cawangan kedai Bubble Bee Malaysia akan mula beroperasi dari semasa ke semasa.

“Saya sangat menghargai dan teruja dengan sokongan orang ramai terhadap Bubble Bee Malaysia. Saya rasa sangat luar biasa.

“Contohnya, di Menara U2 Shah Alam, setiap hari orang berbaris selepas adanya kelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Alhamdulillah, boleh dikatakan setiap outlet (cawangan), baik di Menara U2 Shah Alam, USJ Mydin, Setapak (milik Sharnaaz Ahmad), pelanggan berbaris setiap hari.

“Insya-Allah, nanti saya akan cari idea macam mana nak hargai pelanggan,” katanya ketika ditemui di Sentul yang merupakan cawangan keempat Bubble Bee Malaysia, baru-baru ini.

Setiap kali cawangan baharu Bubble Bee Malaysia dibuka, Shuib akan hadir memberi sokongan.

Cawangan kelima kedai minuman tersebut adalah di Bangi yang dibuka secara rasmi, 6 Julai 2020 lalu.

Katanya, sepanjang Julai, beberapa cawangan akan dibuka antaranya di The Strand, Kota Damansara, Senawang, Sungai Buloh, Putrajaya dan Ampang.

“Di Setapak, sambutan luar jangkaan. Saya anggap ini keajaiban Allah pada saya. Allah bagi rezeki yang sangat luar biasa.

“Sebab saya tahu kemampuan dan kebolehan saya takat mana, tak adalah power sangat tapi Allah hantar kat saya orang hebat.

Mereka yang boleh bantu saya untuk tingkatkan lagi jualan dan pemasaran.

“Selain itu dengan bantuan media dan orang ramai yang hari-hari datang ke Bubble Bee.

Ada orang yang sudah berpuluh-puluh kali beli, masih datang lagi, syukur,” katanya tersenyum.

Sharnaaz Ahmad, antara rakan artis terawal yang yakin dengan keupayaan Shuib dan membuka kedai di Setapak.

Selain itu, Shuib juga dalam perancangan untuk mengajak rakan-rakan artis seperti Achey, Fad, Ajak Shiro, Shahiezy Sam, Sharif Zero, Zizan Razak dan Nabil Ahmad.

Mereka sudah bersetuju untuk membuka cawangan di Seremban, Negeri Sembilan.

“Sebenarnya banyak tawaran yang datang kepada saya, semua itu di luar jangkaan.

Ada yang minta buka di premis pawagam, pusat membeli belah, stesen minyak, yang nak buat kiosk bergerak dan kiosk kecil pun ada.

“Saya hargai idea-idea itu, cuma pelaksanaan itu saya tak boleh buat semua dalam satu masa.

“Buat masa sekarang saya tak nak terlalu tergopoh-gapah dalam membuat keputusan atau pelaksanaan sesuatu.

Sekarang ini fokus saya adalah kedai biasa yang macam ni,” katanya.

Biarpun perniagaan yang diusahakan semakin maju tapi ada juga komen yang mengatakan selalunya bisnes artis tidak berkekalan, sekadar hangat-hangat tahi ayam.

Tidak terkejut dengan komen tersebut, sebaliknya Shuib menganggap kata-kata itu sebagai satu cabaran.

Ini kerana beliau pernah lihat ramai rakan artis yang tutup kedai sebelum ini.

Selepas Disiasat SPRM, Bubblebee Umum Tamatkan Kerjasama Dengan Rakan Kongsi. 4 Cawangan Ini Akan Ditutvp

Susulan slasatan Suruhanjaya Pencegah Rasvah Malaysia (SPRM), syarikat pengeluaran air minuman Bubblebee Sdn Bhd.

Shuib men4matkan usahasama di empat cawangan yang terkait dengan siasatan berhubung pengvbahan wang h4ram.

Ketua Pegawai Eksekutif Bubblebee, Datuk Ismail Abdul Rahman berkata, apa yang berlaku terhadap rakan usahasama mereka telah mendatangkan kesan negatlf yang secara tidak langsung menjejaskan repvtasi perniagaan tersebut.

Malah, perkara itu turut menyebabkan salah seorang ahli lembaga pengarah Bubblebee iaitu Shuib dipanggil bagi membantu slasatan.

“Walaupun kami sendiri tidak pasti tentang kebersalahan rakan usahasama cawangan kami ini kerana kes ini masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Tetapi yang jelas, siasatan ke atas rakan usahasama ini telah mendatangkan kesan negatlf yang mampu menjejaskan repvtasi perniagaan kami dengan tervk sekali.

“Sehubungan dengan itu, kami mengambil keputusan untuk menamatkan usahasama dengan kesemua rakan usahasama yang menguruskan empat cawangan berkenaan, ” ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, empat cawangan iaitu Bubblebee Ampang, Senawang, Sentul dan Sungai Buloh akan ditvtup untuk sementara waktu.

Ini bagi melancarkan urusan pengambilalihan operasi oleh ibu pejabat Bubblebee.

Sebagai makluman, Ismail berkata, syarikat tersebut ditubuhkan pada hujung tahun 2019 dengan menghimpunkan beberapa usahawan yang pakar dalam bidang masing-masing.

Terutamanya dalam industri minuman, penghasilan madv lebah, dan pemasaran.

Pasangan selebriti tanahair, Shuib Sepahtu dan Siti Sarah yang berperanan dalam bidang pemasaran menjadikan Bubblebee kini bukan sahaja minuman.

Malah jenama perniagaan yang dikenali ramai yang menjadi igauan pengusaha untuk menjadi rakan kongsi atau francais.

Sehingga kini, Bubblebee mempunyai 17 cawangan iaitu 11 cawangan merupakan milik penuh manakala enam cawangan lagi dibuka secara usahasama.

Pada 1 Oktober lalu, Shuib dan isterinya dilap0rkan dipanggil hadir ke pejabat SPRM, Putrajaya berhubung pengvbahan wang h4ram membabitkan perniagaan air yang dijalankan mereka.

Shuib dan Sarah menerusi Instagram miliknya menjelaskan mereka dipanggil bagi memberikan kerjasama penuh terhadap slasatan tersebut.

Sibuk mengendali perniagaan, tidak halang Shuib meneruskan minatnya sebagai penyiar radio di Hot FM.

“Bila ada yang memandang remeh pada artis yang berniaga, bagi saya itu satu cabaran.

Di situlah akan menguji kredibiliti saya sebagai board director (Ahli Lembaga Pengarah) dan pengasas Bubble Bee.

“Dah tentu saya ada perancangan dan kami sudah bincang apa yang perlu dilakukan dalam tempoh dua tahun akan datang.

Saya percaya marketing (pemasaran) adalah yang paling penting dalam bisnes.

“Sebenarnya kami dah ada susunan untuk menu-menu yang hanya dikeluarkan pada waktu tertentu saja.

Sebab kami tak nak tertumpu pada menu yang sedia ada saja,” katanya.

Menurut Shuib, mengikut perancangan, dua bulan sekali akan ada menu baharu, untuk elak rasa bosan dalam kalangan pelanggan jika disajikan menu yang sama saja.

“Pasukan R&D (penyelidikan & pembangunan) telah buat kerja mereka dengan baik.

Saya telah rasa beberapa menu dan tak sabar nak kongsi menu itu dengan orang ramai.

“Sekarang ini kami ada 12 menu saja, ada lebih kurang empat yang killer.

“Saya bersyukur sangat, 12 menu pun dah padat. Allah bagi rezeki yang luar jangkaan, saya bersyukur sangat.

“Insya-Allah, saya bukanlah pandai sangat dalam marketing tapi saya ada pergi belajar untuk buat pemasaran.

“Saya akan gunakan ilmu itu untuk bisnes Bubble Bee. Persiapan dan rakan kerja sangat penting,” katanya penuh semangat.

Sumber : M star

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *