Semasa

Sempat lagi menipu. Wanita bertelekung antara tiga m4ut dirempvh kereta

Tiga m4ut dalam kemalanngan di Jalan Mambau – Port Dickson berhadapan Surau Al-Muqarrabin, Kampung Mambau pagi tadi.

SEREMBAN – Seorang wanita yang dalam perjalanan ke surau untuk solat Subuh berjemaah antara tiga m4ut selepas dirempoh sebuah kereta di Jalan Mambau – Port Dickson di sini pagi tadi.

Noraniza Mohamed Amin, 42, yang memakai telekung sedang berjalan kaki sebelum dirempuh kereta dipandu seorang lelaki kira-kira jam 6 pagi di hadapan Surau Al-Muqarrabin, Kampung Mambau di sini.

Perkara tersebut dikongsi ahli keluarga dan adik mngsa, Norashikin, 35, di laman sosial yang turut bersedih dengan pemergian wanita mempunyai empat cahaya mata itu.


Status adik Allahyrham Noraniza di Facebook hari ini.

Sementara itu, Ketua P0lis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, siasatan awal pula mendapati pasangan suami isteri, K Thamotharan, 44, dan S Ramadevi, 38, dalam perjalanan ke tempat kerja dari arah Taman Kelab Tuanku Seremban menuju ke arah Hospital Seremban.

“Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi kejadian, sebuah kereta jenis Perodua Myvi masuk ke laluan bertentangan sebelum merempuh pasangan suami isteri yang menaiki motosikal itu.

“Kereta itu kemudian berpusing lalu melanggar Noraniza yang berjalan kaki di kawasan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd Said berkata, p0lis menahan seorang lelaki berusia 27 tahun bagi membantu siasatan berkaitan kemalangan maut itu selepas meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kemalangan.

Ketiga-tiga mngsa dilanggar kereta dipandu lelaki berusia 27 tahun di hadapan Surau Al-Muqarrabin, Kampung Mambau, hari ini.

“Pada awalnya seorang lelaki berusia 61 tahun mengaku memandu Perodua Myvi yang terlibat dalam kejadian, namun berdasarkan rakaman CCTV didapati pemandu kenderaan tersebut tidak kelihatan sepertinya.

“Menurut rakaman percakapan dan pengakuan awal warga emas itu serta setelah melihat rakaman CCTV yang diperoleh, akhirnya dia mengaku pemandu sebenar adalah anak lelakinya yang berumur 27 tahun,” katanya.

Menurutnya, suspek akan dibawa ke hospital untuk diambil sampel drah bagi menjalani ujian kimia.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 419 Kanun Kesksaan kerana menipu,” katanya.

Perodua Myvi dan rem0k selepas melanggar sebuah motosikal dalam kemalangan di Jalan Mambau – Port Dickson Kampung Mambau hari ini.

Reaksi warganet.

Mohammad Nurshazni – Baru selesai Tahlil Aruwah Kakak Sepupu saya ini di surau lokasi beliau terk0rban. Masih terkesima dengan pemergian beliau.. Melihat lokasi beliau dirempoh. Yang paling kami terkesan dengan amalan kebaikan aruwah kaklong ini ialah ditangan beliau ada RM2 untuk disedekah ditabung surau.

Nami Anip – alfatihah. innalilahiwainalilahirojiun. salam takziah dn semoga aruwah Noraniza mohd amin ditmptkn diklgan para solehah ..m4ti khusnulkhotimah aamiin. brjln kaki nk kesurau solat subuh berjemaah. allahuakbar.

Areniff – Dalam perjalanan ke surau,Allah ambil nywanya…pengakhiran yg baik semoga syurgalah tempatnya….amin.

Faizal Shafa – Yang india tu keja kt htj seremban,hari2 hantar kunci mesti jumpa dia…tk sangka 2 hari lpas hari last jumpa dia n apa pown takziah di ucapkan pada family dia dan innalillahwaiinalillahirojiun pada aruwah. semoga ditempatkn di kalangan org beriman.

Matt Duan – Sempat lagi meniipu… 3 nywa sekelip mata hilang, moga urusan undang2 kes mereka dipermudhkan… Salam takziah n al fatiha…. Amin.

Dang Anum – Kem4tian yg dicemburui, dlm pjlnan ke rmh Allah m4ti dilanggar kereta.. Salam takziah buat keluarga aruwah.

Fiezah Othman – Pengakhiran yg baik bg aruwah. Semoga syurrga tmpt mu. InsyaAllah. Salam takziah.

Ismail Ahmad – Nama mngsa d sebut, tetapi nama susspek tk d sebut pun..bapak pnya la nk cover anak sanggup mengaku dia yg memandu.

Zauyah Hussain – Kpd keluarga K Thamotharan dan isterinya S Ramadevi.Sedih dan hiba atas berlakunya insiden begini apa perkembangan anak-anak mereka…?wishes Allah send the miracle to everyone to help them.

Aizzam Yusoff – Wahh kasih nyer ayah pd anaknya…sanggup tu mengaku dia yg langgar padahal anaknya yg langgar.

Anna Bella – “Menurut rakaman percakapan dan pengakuan awal warga emas itu serta setelah melihat rakaman CCTV yang diperoleh, akhirnya dia mengaku pemandu sebenar adalah anak lelakinya yang berumur 27 tahun,” katanya.

~punya syg ank.sanggup ngaku.tp X berjaya peniipuan.

Sumber: sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *