Hiburan

Seminggu dem4m tak kebah rupa-rupanya ini yang terjadi kepada pelakon Farisha Irwayu dan Laila Nasir

SELEPAS pelakon Sweet Qismina memaklumkan dirinya positif C0v1d-19 pada Rabu lalu, dua lagi pelakon drama Kiblat Yang Hilang iaitu Farisha Irwayu dan Laila Nasir turut dijangkiti v1rus berkenaan.

Farisha, 52, yang kini sedang menjalani rawatan di Pusat Kuarantin MAEPS, Serdang memberitahu dia mengalami beberapa simptom sebelum disahkan positif C0v1d-19 pada Ahad lalu.

“Sesiapa sahaja di luar sana kalau ada sakit, batuk atau demam jangan ambil remeh… cepat-cepat buat sw4b test ya, jangan jadi macam saya dah seminggu batuk demam tak kebah, sampai hilang deria bau dan rasa barulah nak buat swab test, rupanya C0v1d.

“Selepas beberapa hari (rawatan) v1rus dalam darah naik sikit dan dah menyer4ng paru-paru kiri kanan dan belakang… kalau tak okay kemungkinan saya akan di hantar ke Hospital Sungai Buloh.

“Saya dipakaikan gelang berwarna biru dan putih sebab C0v1d-19 tahap tiga. Teruskan berdoa untuk saya ya, keluarga dan sahabat-sahabat maya tersayang, ” katanya menerusi laman Instagram.

 

Dari kiri; Farisha, Laila dan Sweet Qismina disahkan positif C0v1d-19 dan kini sedang menjalani kuarantin di hospital.

Dalam pada itu, Farisha turut memaklumkan suaminya iaitu Tuan Asmawi Tuan Omar dan penolong pengarah drama Kiblat Yang Hilang iaitu Nazlinda Yusof turut p0sitif C0v1d-19 pada Selasa lalu.

Selain Farisha, seorang lagi pelakon senior iaitu Laila Nasir turut menerima rawatan di hospital selepas disahkan p0sitif v1rus berkenaan pada Khamis.

Hari ini hari kedua saya di hospital, doakan saya baik!

LAILA NASIR

PELAKON

“Hari ini hari kedua saya di hospital, doakan saya baik!” katanya dalam keadaan tidak bermaya.

Pada Rabu lalu, pelakon Sweet Qismina mengesahkan dirinya positif C0v1d-19 selepas menjalani ujian cal1tan (swab test).

 

Sweet sedang dikuarantin di Ipoh, Perak.

Aktres berusia 24 tahun ini berkata dia mula berasa tidak sihat semasa menjalani penggambaran filem Tariandi di Kuala Kangsar, Perak sejak 16 April lalu.

Sweet kini sedang dikuarantin dan mendapatkan rawatan di Pusat Kuarantin Ipoh.

Drama Kiblat Yang Hilang bersiaran sempena Ramadan di Awesome TV setiap hari Isnin hingga Jumaat pukul 7 malam mulai 12 April lalu.

Drama arahan Azri Izhar ini dibintangi oleh Azhan Rani, Wafariena, Zul Huzaimy, Laila Nasir, Sweet Qismina dan Neera Azizi.

Sumber : m Star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *