Semasa

Selepas ditahn SP RM ini Nasib 5 Ketua P0lis Daerah

MALAYSIA: Semalam kami ada berkongsikan artikel berkaitan dengan beberapa pegawai kanan Polis ditahan oleh SPRM bagi membantu kes Macau Scam.

Menurut sumber seramai 5 orang Ketua Polis Daerah telah ditahan oleh pihak SPRM bagi membantu kes tersebut. Selain mereka terdapat beberapa orang lagi pegawai kanan dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Jadi selepas mereka dis1asat oleh pihak SPRM. Dikatakan mereka telah dibebaskan pada hari ini. Berikut adalah laporan akhbar berkaitan dengan perkara tersebut.

Suruhanjaya Pencegahan Rasvah Malaysia (SPRM) sudah merakam keterangan tiga Ketua Polis Daerah (KPD) bagi membantu siasatan dakwaan melindungi kegiatan perjud1ian dalam talian dan Macau Scam didalangi seorang Datuk.

Datuk itu turut didakwa terbabit pengubahan wang haaram.

Menurut sumber, KPD itu dipanggil ke pejabat SPRM semalam, namun mereka dilepaskan selepas keterangan diambil.

“Setakat ini tiada tangkapan baharu membabitkan pegawai dan anggota polis bagi membantu siasatan pengubahan wang haaram,” katanya, hari ini.

Sebelum ini SPRM menahan beberapa pegawai kanan polis yang bertugas di Jabatan Siasatan Jnayah (JSJ) Bukit Aman, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD).

SPRM turut membekukan 736 akaun dengan nilai RM100.9 juta dipercayai milik sindiket cuci duit yang dikaitkan dengan perniagaan artis sebelum ini.

Sumber memaklumkan, semua akaun itu dikesan ada kaitan dengan sindiket berkenaan, kini dibekukan secara berperingkat.

Selain itu, RM5 juta daripada sindiket itu yang ada kaitan dengan perniagaan artis tanah air juga disita.

Harian Metro sebelum ini melaporkan taktik perdaya dan menggunakan populariti artis untuk menjalankan kegiatan ‘mencuci’ duit haaram melalui pelbagai usahasama dan perniagaan sah.

Itu antara kegiatan segelintir individu yang disyaki terbabit dengan kegiatan haaram, termasuk perjud1ian yang memerangkap segelintir artis dengan tawaran modal untuk memulakan perniagaan.

Ketua Polis Negara Minta Siasatan Dilaksanakan

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador mengarahkan siasatan terperinci dilakukan susulan pendedahan kes sindiket perjud1ian dalam talian dan pengubahan wang haraam sehingga tertangkapnya beberapa anggota polis termasuk pegawai kanan.

Katanya, beliau sudah mengarahkan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Jabatan Siasatan Jnayah dan Jabatan Siasatan Jnayah Komersial untuk melakukan siasatan serta membantu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Ketiga-tiga pengarah itu sedang jalankan tindakan masing-masing,” katanya kepada Bernama.

hamid bidor ketua polis negara

Abdul Hamid berkata Jabatan Siasatan Jnayah juga diarahkan membantu SPRM dalam siasatan kes itu.

Beliau berkata, masih banyak yang sedang disiasat SPRM dan mereka memerlukan ruang serta waktu untuk meneruskan siasatan kes berkenaan.

Abdul Hamid berkata demikian bagi mengulas siasatan terhadap 17 pegawai dan anggota pasukan keselamatan itu oleh SPRM berkaitan sindiket perjud1ian dalam talian dan pengubahan wang haaram.

Kelmarin, Bernama melaporkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata pihaknya mengesan ratusan syarikat dami yang diwujudkan bagi mengaburi pihak berkuasa berhubung sindiket berkenaan.

SPRM turut menyita 23 kenderaan mewah pelbagai jenis antaranya (Ford) Mustang, Rolls Royce, Bentley, Ferrari dan Porsche serta beberapa motosikal berkuasa tinggi dimiliki ahli sindiket dipercayai hasil kegiatan haaram.

Hari ini, sembilan pegawai kanan polis termasuk beberapa Ketua Polis Daerah dipanggil ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya untuk membantu siasatan kes itu.

Terdahulu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan lima anggota polis ditahan disyaki terlibat sindiket ‘cuci duit’ berkait dengan perniagaan selebriti tanah air sebelum ini

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani mengesahkan perkara berkenaan, ketika dihubungi pada 7 Oktober 2020.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 10 individu termasuk lapan pegawai kanan (PDRM) serta merampas wang tunai RM100,000, berhubung siasatan kes kegiatan pengubahan wang haaram hasil aktiviti judi dalam talian dan Macau Scam.

Menurut laporan, empat pegawai kanan terbabit masing-masing seorang berpangkat Asisten Komisioner (ACP), Superintendan, Deputi Superintendan dan Asisten Superintendan serta dua anggota berpangkat Lans Koperal ditahan sejak petang semalam hingga tengah hari tadi, manakala empat lagi ditahan petang tadi.

Semua anggota terbabit bertugas di Bukit Aman dan Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Selangor

Menurut sumber, pegawai berpangkat ACP itu bagaimanapun sudah dibebaskan selepas keterangannya direkodkan, namun seorang lagi pegawai berpangkat Superintendan direman semalam untuk membantu siasatan.

“Setakat ini, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti sama ada mereka menerima ‘habuan’ lumayan daripada seorang lelaki berpangkat Datuk yang ditahan dan direman Sabtu lalu, bagi melindungi aktiviti judi dalam talian tempatan dan Macau Scam yang mensasarkan mangsa di China,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *