Hiburan

Selepas 2 Bln Rujuk, Punca Penceraian Kali ke-2 Yas & Anju ini Lebih Mengejvtkan

Usahawan dan pelakon sensasi, Zarina Anjoulie atau mesra disapa Anju mengesahkan dia dan suaminya Eilyas Azhar sudah bercerai buat kali kedua.

Pemilik nama Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul itu memuat naik sebuah posting di laman Instagram miliknya.

Ia selepas ramai bertanya mengenai status hubungan mereka.

Menerusi InstaStory, bekas suaminya yang juga dikenali sebagai Yas turut membuat kenyataan berhubung perkara tersebut.

Ini termasuk melafazkan cerai terhadap pelakon itu dengan talak satu.

Menurut Eilyas, dia sudah cukup bersabar dan tiba masa untuk fokus kepada diri sendiri.

Selain mendoakan agar bekas isterinya menjalani kehidupan dengan tenang.

Terdahulu, mereka yang berkahwin pada 17 Julai 2020 mengakui sudah rujuk semula selepas mengumumkan telah bercerai pada Januari lalu.

Sebelum itu, Zarina juga pernah berkahwin dengan lelaki Brunei pada 2015 sebelum bercerai pada Disember 2016.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Awangku Gabriel Martin Ezra.

Sumber: Iamanmayapw / istagram Zarina Anjoulie & Eilyas Azhar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *