Hiburan

Selain Dari Ank Kepada Timb Mentri, Ini Profil Bakal Suami Mira Filzah. Kerjaya Dia Bukan Biasa-Biasa

Beberapa hari lalu, pelakon dan pengacara Mira Filzah membuat pengakuan dia sudah menjadi tunangan orang dan bakal berkahwin tidak lama lagi,

Ramai peminat terutama lelaki yang meluahkan rasa sedih dan kecewa. Namun dalam masa sama mendoakan kebahagiaan buat Mira dan bakal suami.

Sementara itu nama tunang kepada Mira iaitu Wan Emir turut menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial yang beranggapan jejaka itu sangat bertuah kerana bakal memiliki aktres kesayangan ramai tersebut.

Disenaraikan 10 fakta mengenai Wan Emir dan hubungannya dengan Mira Filzah!

1) Nama sebenar Wan Emir iaitu Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar yang kini berusia 30 tahun. Anak sulung daripada empat orang adik-beradik dan kesemuanya lelaki.

2) Emir bekerja sebagai seorang arkitek dan mempunyai firma seni bina serta perusahaan perniagaan sendiri. Kalau korang stalk Instagram dia, boleh check out di Wanemirastar.

3) Dia adalah anak kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) iaitu Datin Mastura Mohd Yazid yang juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar.

Mastura bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) 2016 bagi Parlimen Kuala Kangsar mengambil tempat suaminya Allahyarham Wan Mohammad Khair-il Anuar.

Emir mempunyai tiga orang adik lelaki. Allahyarham Wan Mohammad Khair-il Anuar iaitu bapa kepada Emir meninggI dvnia pada 2016.

4) Arwah bapa Emir iaitu Wan Mohammad Khair-il Anuar meninggI dunia dalam n4has helikopter di Sarawak pada 5 Mei 2016 dan mendapat liputan yang meluas.

5) Emir juga mengikut jejak langkah ibu bapanya dengan bergiat aktif dalam bidang politik dengan membantu ibunya berkempen.

6) Jejaka kacak hitam manis itu pernah berkawan dengan Mira sewaktu zaman pengajian namun hubungan itu terputus selepas Emir terbang ke luar negara bagi melanjutkan pelajarannya.

7) Khabar angin yang mengatakan Mira sudah dirisik Emir dan bakal berkahwin pada Oktober depan mula berterbangan sejak beberapa bulan lalu.

8) Lebih menguatkan spekulasi mengenai hubungan itu apabila Mira dan Emir hadir buat kali pertama di khalayak umum ketika di majlis resepsi perkahwinan pelakon Farah Nabila pada Januari lalu.

9) Menerusi laporan mStar pada 16 Julai lalu, Mira akhirnya mengakui dia sudah bertunang dan merancang untuk berkahwin tidak lama lagi namun belum bersedia berkongsi info lanjut mengenai perkara itu.

10) Kalau nak tahu, Mira Filzah juga bakal berbiras dengan pengacara Shalma Ainaa yang berkahwin dengan adik kepada Emir iaitu Wan Imar Izzat.

Antaranya lagi

Benda Ini Mungkin Akan Jatuhkan Air Muka Anak-Anak, Tapi Penyanyi Alina Hassan Terpaksa Dedahkan

Sekarang ini, apabila anak-anak datang saya terpaksa sewa homestay.

” Memang dah lama saya nakkan sebuah rumah yang selesa.

Demikian luahan penyanyi Alina Hassan meluahkan perasaannya yang ingin menyewa rumah Program Perumahan Rakyat (PPR).

Kisah Alina, 52, yang juga Juara program Sinaran Pasport Kegemilangan 1996 dan pemenang tempat ketiga Mentor Otai 2018 tular apabila menghuni bilik berkeluasan 1.5 meter X 2.4 meter di sebuah rumah kedai di Setapak, Kuala Lumpur sejak dua tahun lalu.

Dia yang menyewa bilik kecil itu dengan sewa RM230 sebulan, bagaimanapun tidak pernah mengeluh kerana menyedari hanya setakat itu kemampuannya.

Alina, bagaimanapun merahsiakan keperitan hidupnya daripada pengetahuan anak-anak yang kini tinggal bersama bekas suami di Terengganu kerana tidak mahu menganggu tumpuan mereka terhadap pelajaran.

” Apabila kisah saya keluar di media, mereka tak tahu tapi kawan-kawan dan guru akan bertanya. Ini mungkin menjatuhkan air muka, atau buat mereka terperanjat.

” Saya tak pernah tunjuk susah depan mereka. Lagipun, mereka tak tahu sangat kerana tak baca akhbar. Kalau tahu pun dari guru dan kawan-kawan yang bertanya.

” Saya nak bawa anak-anak tinggal bersama. Bekas suami pun tiada masalah nak benarkan.

” Tapi masalah utama, saya tiada rumah lagi,” katanya yang sudah lama membuat permohonan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Alina mempunyai empat anak lelaki, tetapi yang sulung sudah meninggI dunia.

Anak keduanya, Mohd Alif, 19, menghidap autisme, yang ketiga, Mohd Amin, 18, akan mendaftar masuk di sebuah universiti pada Ogos nanti manakala anak bongsu, Mohd Azam, 15, sedang belajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Terengganu.

” Kita mesti nak anak-anak membesar depan mata. Kalau duduk dengan anak, walau tak berduit hidup susah makan ikan masin pun, kita gembira.

” Janji anak ada depan mata. Mohd Alif, takkan makan nasi kalau bukan saya yang suapkan. Dia takkan makan, kalau orang lain suap.

” Bahkan dia kerap memerap dalam bilik. Bila balik sana saya suapkan dia makan

” Kalau dapat rumah, saya nak bawa dia datang duduk dengan saya. Buat masa ini, saya kerap juga balik tengok dia. Kalau ada duit lebih, saya akan balik tengok dia,” katanya.

Alina berkata, kadangkala dia terpaksa meminta jasa baik bekas suami memberikan wang untuk dia balik menjenguk anak-anak.

” Saya perlu berikan perhatian kepada Mohd Alif kerana dia suka berkurung dalam bilik. Namun, Alhamdulillah dia pandai uruskan diri seperti mandi sendiri.

” Bekas suami tiada masalah jika saya nak ambil Mohd Alif. Perkara ini sudah kami bincangkan, cuma saya kena ada rumah bukannya bilik sewa yang kecil,” katanya.

Alina yang turut menghidap ekzema dan mempunyai masalah penglihatan mata kanan akibat katarak, berkata dua lagi anaknya pasti nak datang bertemunya setiap kali cuti sekolah.

Turut mempunyai masalah darah tinggi yang terkawal tanpa perlu mengambil ubat, Alina juga meminta warganet tenang kerana kita tidak tahu apa hikmah yang Allah nak beri pada setiap dugaan itu.

” Apa yang boleh saya kata, jangan doakan atau cakap benda yang tak elok kepada nasib orang lain. Masing-masing di antara kita pasti ada ujian hidup sendiri.

Lagipun saya minta rumah bukan nak duduk percuma, sebaliknya nak bayar sewa,” katanya yang bersyukur banyak pihak tampi membantu.

Sementara itu, tinjauan Harian Metro mendapati bilik Alina sememangnya sempit.

Disitulah tempatnya berehat melepaskan lelah, makan dan tidur.

Bahkan apabila mahu solat, dia terpaksa mengangkat tilam nipis untuk meletakkan sejadah.

Sumber : asiakini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *