Dunia

Sedih Bila Mak Andam Pengalaman 31 Tahun Mekap Buruk, Tindakkan MUA Bellaz Akhirnya Sangat Mengejvtkan

Setiap pengantin yang melangsungkan perkahwinan pastinya mahukan penampilan mereka terlihat sempurna dan cantik ketika bersanding di atas pelamin.

Jadi, peranan mak andam atau MUA pastinya amat penting dalam memastikan pengantin terlihat menonjol ketika hari bahagia mereka.

Namun, ada juga yang bernasib kurang baik apabila menjadi mangsa penipuan mak andam.

Ini sehingga majlis yang sepatutnya merupakan hari istimewa berubah menjadi hari yang memalukan.

Hal ini dikongsikan seorang wanita yang dikenali sebagai Yana Nazaruddin di Facebook.

Ini apabila didandan dengan sambil lewa oleh mak andam dan hasilnya sangat mengecewakan.

Menurutnya, dia berasa dianiya apabila jurumekap menatarias wajahnya dan menyediakan veil serta crown dengan sambil lewa.

Lebih menyakitkan hati, apabila dihubungi untuk mendapatkan penjelasan, hanya bluetick WhatApps sahaja diterima.

“Assalamualaikum .dah lama pendam tunggu permintaan maaf dari dia selama 24jam tp yg dapat hanya bluetick sahaja.

Entahlh sedih kecewa semua ada tak thu nak rasa apa bila kena aniaya mcm ni,” tulis Yana.

Tambah Yana lagi, tiada langsung permohonan maaf diterima apabila ditegur dan pihak mereka seakan tidak boleh terima kenyataan apabila hasil kerja mereka dipertikai pelanggan.

“Permintaan maaf bila ditegur langsung tak wujud ya dan tak boleh terima kenyataan.

Tak boleh berbincang. Bagi crown yg dah reput teruk sentuh sikit pun boleh patah.

Dgn veil yg dh colour lusuh putihnya. Tak thu lh nk cakap apa dh. Niat nk berbincang dgn baik tapi yg dapat ibarat dihalau.” –tambahnya.

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet yang bersimpati dengan pengantin tersebut telah meninggalkan komen diruangan Facebook pengantin itu.

Rata-rata mengkritik tindakan yang dilakukan pihak butik kerana memperlakukan pengantin dengan sebegitu.

Lebih-lebih lagi di hari bahagia mereka dan sudah pun telah mengeluarkan modal yang besar untuk perkahwinan.

Disamping itu, warganet juga turut mulai menularkan butik pengantin tersebut di ruangan komen yang dipercayai terletak di Kuala Selangor.

Disebalik kesedihan tersebut, seorang MUA terkenal iaitu MUA Bellaz telah tampil untuk membantu dengan cuba menghubugi Yana Nazaruddin.

Jadi, sama-sama kita nantikan hasil mekap dari MUA Bellaz.

Sumber: Yana Nazaruddin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *