Dunia

“Sedap Sampai Buka Kopiah” – Peminat Teruja Neelofa Hidang ‘Juadah Ini’ utk Suami

Meskipun sudah hari ketiga bergelar suami isteri, selebriti popular Neelofa dan pendakwah bebas Haris Ismail atau PU Riz.

Ia tetap menjadi bualan orang ramai terutama dalam kalangan peminat mereka di media sosial.

Menerusi posting laman Instagram @lofa.page, beberapa video pendek dikongsi memaparkan pasangan tersebut sedang menikmati menu daging produk ibu Neelofa iaitu Noor Kartini.

Dapat dilihat selebriti berusia 32 tahun itu menyediakan juadah makanan.

Mereka sambil bergurau senda dengan suaminya yang nampak tersipu malu.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

                             

Lebih menjadi perhatian peminat apabila bekas pengacara MeleTOP itu menganggap suaminya sebagai ‘tikus makmal’.

Ini untuk merasai produk makanan miliknya ibunya selain meminta PU Riz bersikap jujur.

“Ghoyak molek, ghoyak molek (beritahu jujur),” soal Neelofa selepas suaminya memuji kesedapan menu daging tersebut.

Melihat kepada rakaman video lain, Noor Kartini pasti gembira apabila menantunya nampak berselera.

Ini bagi menikmati pelbagai juadah termasuk roti dan nasi sampai ‘licin’ pinggan!

Meninjau ke ruangan komen, ramai teruja dan terhibur melihat gelagat romantis pasangan berkenaan.

Selain menyifatkan PU Riz bertuah mempunyai ibu mentua ‘sporting’ dan penyayang seperti Noor Kartini.

Selepas lama menjalin hubungan cinta, pasangan tersebut selamat mendirikan rumah tangga di sebuah hotel terkemuka di ibu kota pada Sabtu lalu.

Tonton Video SILA KLIK SINI

Sumber: Instagram @lofa.page

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *