Dunia

Sedang Asyik Melepak, Tiba2 Kena Belash Dgn Empat Orang Wanlta. Puncanya Buat RamaiGeram

Muda-muda dah ada rekod jnayah, anak dara pulak buat malu keluarga je, nanti nak kahwin nanti jatuh harga, siapa yang rugi”

Itu komen segelintir warganet yang menyaksikan video tular remaja perempuan berusia 18 tahun cedera di anggota badan selepas ditumb0k dan ditendang empat wanita dikenalinya di Empangan Jajar, Kampung Gong Duek, Pasir Akar, Besut, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, kejadian berlaku kira-kira 6 petang itu dilaporkan mngsa selepas menyedari rakaman video kejadian berdurasi 45 saat tular di laman sosial, semalam.

” Kejadian berlaku semasa mngsa yang juga pembantu kedai makan melepak di lokasi kejadian bersama seorang rakan perempuannya sebelum didatangi lapan wanita dengan empat daripadanya dikenalinya menaiki empat motosikal.

” Mngsa mendakwa empat suspek yang dikenalinya itu bertindak menumb0k dan menendang di seluruh anggota badannya hingga dia mengalami kecederaan calar di bahagian muka serta sakit di bahagian perut dan dada,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tak sangka, ini je puncanya..

Menurutnya, kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham dan pertengkaran mulut antara mngsa dengan salah seorang suspek dikenalinya sebelum ini.

” Mngsa mendakwa rakaman video kejadian yang menjadi tular di laman sosial itu dirakam menggunakan telefon bimbit oleh salah seorang suspek dikenalinya.

” Susulan laporan dibuat di Balai Polis Pasir Akar, lima daripada lapan suspek berjaya ditahan kira-kira jam 10 malam tadi dan usaha memburu tiga lagi suspek sedang giat dijalankan,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Sksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

” Mereka yang ditahan direman sehingga 14 Jun ini,” katanya.

Komen warganet

Sementara ity berdasarkan komen warganet rata-rata terkejut dengan kejadian itu. Ramai pelik kenapa kes sebegini sering kali terjadi di kalangan anak muda belasan tahun.

” Dah 2020 still ada yg berfikiran sempit begini, musim2 covid ni bawa2 la bertaubat dik.. nanti dh tua esok lusa ada anak malu lah… moga diberikan hidayah dan dikurniakan rasa malu dalam diri.. jaga akhlak ye adik2 smua..” komen Aida

” Memalukn ibuayah yg bertungkus lumus membesarkn mereka2 ni. Tiada yg hendak dikagumkn dgn sikap ganas tambah2 lagi wanita beragama Islam. Sebagai anak2 remaja, sepatutnya menjaga sikap supaya tidak memalukn ibuayah.” komen Izhar

Sumber : malaysiaunited

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *