Hiburan

Sebenarnya saya kurang selesa. Hampir 2 tahun bersama, Mona Allen dedah perkara ini

Pelakon cantik, Mona Allen mengakui bahawa dia sebenarnya tidak selesa apabila diminta

untuk tampil bergandingan dalam mana-mana naskah lakonan bersama suaminya, Pekin Ibrahim.

Menurut aktres ini, dia merasakan sedikit janggal kerana terpaksa menjadi ‘orang lain’ ketika di set penggambaran.

Tambahnya lagi, dia telah hidup bersama Pekin sebagai suami isteri dan jika berada di set, dia terpaksa menjadi ‘individu’ lain

mengikut kehendak watak sesebuah naskah yang dipertarvhkan.

Sebenarnya saya kurang selesa berlakon dengan Pekin, bukan apa , sebab kami sebagai suami isteri di rumah lain, dan di set pula kami perlu jadi lain mengikut kehendak watak.

Tetapi memandangkan tawaran yang datang sering memerlukan kemunculan kami berdua, kami terima sahajalah,”

Mona turut memberitahu bahawa dia mahu cuba untuk mengelak berlakon bersama suaminya itu dalam drama atau filem yang sama selepas ini.

Hanya pada ketika ini, keperluan untuk berlakon besama dan permintaan peminat yang ingin melihat mereka berdua bergandingan membuatkan Mona menerima tawaran berlakon tersebut.

Perkembangan terkini, Mona bakal tampil dalam drama bersiri Tanya Sama Pokok di siaran televisyen Astro bersama pelakon

hebat lain seperti Datuk Fizz Fairuz, Sabri Yunus, Sara Ali dan ramai lagi.

Sumber : Gem pak / beutifulinara / ttk

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *