Hiburan

Saya sekejap happy menjadi lelaki, sekejap tidak. Safiey Illias

Baru-baru ini, usahawan kosmetik terkenal, Safiey Illias telah membuat banyak pendedahan yang menimpulkan banyak

persepsi dalam kalangan Netizen terutamanya setelah berkongsi kisah penghijrahannya kembali kepada fitrah “lelaki” tahun lalu.

Safiey berkata ibu bapanya memahami apa yang dilalui olehnya apabila ditanya berkenaan penerimaan kedua ibu bapanya terhadap keputusan yang dipilih oleh Safiey untuk menjadi “wanita”

“Selepas mereka maklum saya bertarung dengan penyakit bipolar dan diberi penerangan mengenai apa yang saya lalui oleh pakar psikiatri, mereka faham.

Disebabkan masalah bipolar, ia boleh membuatkan dirinya menjadi tidak menentu pada bila-bila masa sahaja.

“Saya sekejap ‘happy’ menjadi lelaki, sekejap tidak. Situasi memang tak menentu dan ini membawa kepada penyakit. Ini bukan soal iman. Ia boleh datang bila-bila masa saja,” katanya.

Tambahnya lagi, setelah menghidapi penyakit tersebut, Safiey memerlukan seseorang untuk mendengar kisah yang dilalui olehnya, juga sokongan moral dari pelbagai pihak.

“Sebab apa yang saya perlukan sekarang adalah sokongan moral daripada mereka dan keluarga.

Saya tidak perlukan kata-kata nasihat sebab penyakit seperti ini hanya nak ada orang yang mendengar apa kita lalui,” katanya kepada Harian Metro.

Sumber : hm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *