Semasa

Saya bersaksi kpd Allah tidak. Ni kata2 Najib selepas didapati bersalh

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib, sebentar tadi mengemukakan rayuan bagi diringankan hukuman.

“Sebagai orang Islam, wallahi wabillahi watallahi saya tidak meminta, saya tidak merancang atau saya ditawarkan RM42 juta itu.

“Saya bersaksi kepada Allah saya juga tiada pengetahuan mengenai jumlah wang itu.

“Begitu juga tiada bukti atau saksi berhubung perkara itu,” katanya di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Mahkamah tolak permohonan tangguh, hukvman Najib hari ini

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak supaya rayuan bagi meringankan hukuman terhadapnya ditangguhkan dan didengar pada tarikh lain.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu, sebentar tadi dan mengarahkan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah meneruskan rayuan mengurangkan hukuman.

Oleh itu beliau memutuskan rayuan meringankan hukuman diteruskan sekarang.

Hukuman terhadap Najib akan dijatuhkan hari ini.

Terdahulu tengah hari tadi, bekas Perdana Menteri itu disabitkan bersalah menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Najib didapati bersalah atas tiga pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahgunakan kuasa membabitkan dana SRC, bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kini diletak di bawah Kementerian Kewangan.

‘Kes4lahan Najib semata-mata teramat percaya orang’

Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa kesalahan Datuk Seri Najib Razak, yang didapati bersalah terhadap semua tujuh pertuduhan hari ini, adalah semata-mata beliau teramat mempercayai orang.

Peguam Utama Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata Najib, 67, bagaimanapun sanggup dipersalahkan, kerana kesalahan beliau dalam mempercayai orang yang seharusnya menguruskan syarikat berkenaan – 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan juga SRC International Sdn Bhd.

“Dalam keadaan tertentu, percayanya keterlaluan,” kata Muhammad Shafee.

Najib didapati bersalah terhadap semua tujuh pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT) pengubahan wang haram, dan menyalahgunakan kedudukannya, melibatkan wang RM42 juta dalam dana SRC International Sdn Bhd.

Peguam itu menambah anak guamnya telah melalui pelbagai bentuk hukuman, apabila beliau didakwa di sekurang-kurangnya empat mahkamah, sebagai tambahan diburu oleh jabatan cukai (Lembaga Hasil Dalam Negeri).

“(Tuntutan) wang dalam jumlah yang terlalu besar hingga tidak masuk akal dikenakan terhadapnya sebagai tunggakan cukai, atau pendapatan yang dikenakan cukai, sehingga RM1.69 bilion – jumlah yang amat mengejutkan bagi seorang individu,” katanya dan merayu supaya hukuman dijalankan serentak.

Muhammad Shafee dalam memohon hukuman ringan turut menceritakan perjalanan politik Najib di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali, sebelum hakim berkenaan menjatuhkan hukuman terhadap bekas perdana menteri itu, selepas dia didapati bersalah terhadap semua tujuh pertuduhan.

“Najib merupakan Menteri Besar yang paling muda dalam negara pernah dilantik ke jawatan itu, semasa umurnya 29 tahun, dan pernah menerajui beberapa kementerian sepanjang perjalanan politiknya, di samping menjadi Perdana Menteri selama sembilan tahun,” katanya.

“Beliau turut memberikan kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis semasa dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan,” tambahnya

Sumber : sembang media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *