Semasa

Satu Kaji Selidik Dijalankan,Anwar Ibrahim pilihan terbaik untuk rakyat Malaysia,Ini Sebabnya

KUALA LUMPUR: Spekulasi Pengisytiharan Darurat menimbulkan reaksi pelbagai dalam kalangan rakyat berkenaan ura-ura perintah yang dikatakan dicadangkan Kabinet dalam mesyuarat khas Jumaat lalu.

Namun, kaji selidik oleh Institut Darul Ehsan (IDE) mendapati, pilihan yang terbaik untuk Malaysia ketika ini adalah melantik Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

“Sebanyak 49.80 peratus (25,469) responden menyatakan sokongan supaya Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri manakala 32.49 peratus (16,617 responden) mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal sebagai Perdana Menteri,” kata badan pemikir itu dalam kenyataan hari ini.

Dapatan tersebut diperoleh menerusi pungutan pendapat bertajuk ‘Rakyat Malaysia Bersuara’ yang dijalankan IDE secara elektronik bermula jam 4 petang 24 Oktober, 2020, hingga 12 tengah malam tadi.

Tinjauan tersebut dilakukan menerusi medium sebaran WhatsApp, Twitter, Facebook, emel, laman sesawang dan Telegram yang dihubungkan kepada Sistem E-Survei IDE.

Hasil kaji selidik juga mendapati, 77.39 peratus (39,587 responden) menolak darurat, dan ini konsisten dengan kegusaran yang dilontarkan pemerhati poliitik.

“Berdasarkan analisis, IDE mendapati majoriti yang menyokong pengisytiharan drurat adalah mereka yang turut cenderung menyokong Muhyiddin untuk kekal sebagai Perdana Menteri.

“Namun begitu, mereka yang menolak darurat lebih cenderung memilih Anwar sebagai Perdana Menteri,” kata kenyataan itu lagi.

Sumber : Astro Awani

Drurat hanya akan burukkan lagi ekonomi – Tengku Razaleigh

Darurat hanya akan burukkan lagi ekonomi - Tengku Razaleigh

KUALA LUMPUR: Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah mendakwa pengisytiharan drurat akan membvrukkan lagi ekonomi Malaysia yang sudah teruk.

Menurut Tengku Razaleigh, beliau bukan mempersoalkan hak Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memohon pengisytiharan itu daripada Yang di-Pertuan Agong.

Sebaliknya, Ahli Parlimen Gua Musang itu berpandangan tidak ada “alasan jujur” untuk kerajaan memohon pengisytiharan drurat itu.

“Sekiranya Perdana Menteri berjaya melaksanakan perintah drurat yang dicadangkan… sebagai seorang ahli ekonomi dan bekas Menteri Kewangan, bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (dan bekas Pengerusi Bank Dunia dan IMF), saya boleh tegaskan ia boleh memburukkan lagi keadaan ekonomi kita yang sudah teruk.

“Pelabur tempatan dan luar akan menghindari kita sepenuhnya. Keyakinan perniagaan akan musnah,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Tengku Razaleigh juga menjelaskan beliau ada alasan untuk percaya bahawa Perdana Menteri dan jemaah menterinya sudah tidak lagi mempunyai majoriti di Dewan Rakyat.

Dakwanya, tindakan Muhyiddin yang enggan membenarkan pembentangan usul tidak percaya dalam sidang Dewan Rakyat membuktikan beliau tidak mempunyai majoriti.

“Inisiatif saya bersama Yang di-Pertua Dewan Rakyat tidak harus dilihat sebagai untuk kepentingan diri saya atau saya ada minat untuk jawatan Perdana Menteri, tetapi untuk mempertahankan prinsip sistem Parlimen kita,” katanya.

Tengku Razaleigh pada masa sama mendkwa jika benar Muhyiddin mahu drurat diisytiharkan, bermakna tindakan itu hanyalah untuk menyelamatkan jawatannya sebagai Perdana Menteri tanpa proses semak dan imbang.

Beliau pada masa memohon agar Seri Paduka Baginda tidak melayan permintaan yang tidak munasabah itu.

Sebelum ini, pejabat Tengku Razaleigh mendedahkan surat tokoh itu dengan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun yang meminta usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri diberi keutamaan pada sidang akan datang.

Sumber : dedahsite

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *