Semasa

Saman R M10k Sebab Pakai Facemask Dekat Dagu Jadi TuIar. Ketua P0Iis Daerah Kerian Tampil Jelaskan Apa Sebenar Berlaku

BAGAN SERAI: Polis mengesahkan satu notis kompaun RM10,000 di Tanjung Piandang, Parit Buntar, yang tular adalah benar.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, dalam kejadian 1.20 tengah hari Jumaat lalu di kedai runcit di Tanjung Piandang, pihaknya menahan dan mengeluarkan notis kompaun kepada lelaki berusia 45 tahun berikutan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Berdasarkan pemerhatian dan siasatan anggota, lelaki itu gagal memakai pelitup muka dengan sempurna dan hanya meletakkannya di dagu ketika masuk dan keluar dari premis berkenaan.

“Oleh demikian anggota mengeluarkan satu notis kompoun kepada lelaki terbabit di bawah Seksyen 21A (1) Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya lagi pihaknya menyeru orang ramai agar terus patuh pada SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ditanya mengenai jumlah saman, beliau menegaskan pengurangan saman hanya ditentukan oleh Pegawai Kesihatan Daerah.

Artikel berkaitan..

Mohamed Mokhsein menjelaskan notis kompaun (kiri) yang tular itu adalah sah kerana kesalahan tidak mendaftar diri. FOTO NSTP.

Kuala Lumpur: Polis menafikan pihaknya mengeluarkan notis kompaun RM10,000 ke atas individu yang didakwa tidak melakukan kesalahan ketika berada di sebuah kedai makan di Bukit Jalil, semalam.

Sebaliknya, Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, lelaki berkenaan dikompaun kerana gagal mendaftar diri sama ada melalui aplikasi MySejahtera atau buku daftar yang disediakan pekedai.

Katanya, notis berkenaan dikeluarkan mengikut peruntukan Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 ke atas individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) mencegah Covid-19.

“Saya menegaskan perkara yang ditularkan, kononnya individu yang dikompaun itu sudah mendaftar diri melalui mana-mana saluran, aplikasi atau mendaftar diri di dalam buku daftar yang disediakan oleh pekedai adalah tidak benar,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, pasukan pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang membuat pemeriksaan di premis perniagaan di Bukit Jalil mengesan kesalahan individu berkenaan pada jam 6.55 petang semalam.

Terdahulu, tular di media sosial gambar salinan kompaun RM10,000 yang dikeluarkan ke atas individu kerana kesalahan tidak mendaftar diri ketika berada di sebuah kedai makan.

Maklumat dalam tular itu mendakwa individu terbabit sudah mendaftar namun, tetap menerima notis kompaun.

Sumber : HMETRO ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *