Hiburan

Rupanya Sebelum Nikah, L0fa Pernah Pergi ke Tempat ini, dan Bertanya Sesuatu Sebelum Memasuki

Selamat diijabkabulkan, sebelum ini Neelofa mendedahkan dia mula mengenali suaminya iaitu PU Riz pada 2017 dan pernah bekerjasama dalam sebuah projek pada 2018.

Bagaimanapun, Neelofa berkata setahun lalu mereka kembali berhubung dan mula mengenali hati budi masing-masing.

Neelofa menyifatkan suaminya seorang yang baik hati, lemah lembut serta sifat matang jejaka berusia 26 tahun itu membuatkan hatinya terpikat.

“Selepas kolaborasi pada 2018, kami tidak berhubung sehinggalah setahun kemudian.

Daripada titik pertemuan semula itu, kami mula mengenali hati budi masing-masing.

“Dia meruppakan seorang yang sangat baik, lemah lembut dan matang.

Apabila berbual dengannya kita boleh bincangkan banyak hal dan ia membuatkan saya berasa selesa.

“Dia juga seorang pendengar yang baik dan sentiasa cuba membantu memberi solusi jika saya menghadapi sebarang kesukaran dan masalah,” katanya.

Meluahkan rasa syukur majlis yang diadakan di sebuah hotel terkemuka itu berjalan lancar, Neelofa dan PU Riz berharap ikatan perkahwinan yang dibina itu diberkati oleh Allah.

“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas kelancaran majlis pernikahan kami.

Kami berharap agar pernikahan ini menjadi satu ikatan abadi yang diberkati oleh Allah SWT. Insya-Allah,” ujar kedua-duanya.

Terdahulu, bibit-bibit cinta antara Neelofa dan Haris semakin mekar apabila mereka bekerjasama membangunkan sebuah pertubuhan kebajikan yang dinamakan Pertubuhan Kasih Neelofa Jun tahun lalu.

Malah, Haris, dilihat kerap mengunjungi kediaman keluarga Neelofa di Damansara bagi tujuan memberi ceramah berkaitan ilmu agama.

        

“Akhirnya Dia Jumpa Kebahagiaan Yang Dicari Selama Ini” – Noor Nabila

Sudah bertahun-tahun menjaga dan menjadi rakan serumah, kakak kepada selebriti popular Neelofa iaitu Noor Nabila akui sebak saat adiknya itu diijabkabulkan dengan PU Riz.

Nabila berkata dia gembira akhirnya Neelofa sudah menemui kebahagiaan yang dicari selama ini untuk bergelar isteri.

“Sudah tentu saya rasa sebak dan terharu bila lihat adik saya yang sudah bertahun-tahun saya jaga.

Jadi housemate akhirnya dia jumpa kebahagiaan yang dicari selama ini.

“Perasan itu timbul sebab akhirnya dia boleh bahagia macam orang lain dan kawan-kawan dia serta adik-beradik yang lain.” katanya.

Dalam pada itu, Nabila turut menitipkan pesanan kepada pasangan pengantin baru itu supaya banyakkan bersabar serta sentiasa ada untuk satu sama lain.

“Kepada pasangan pengantin, banyakkan bersabar, kena tempuhi alam perkahwinan dengan penuh kesabarann.

Tapi apa sahaja masalah yang anda berdua akan hadapi jangan putus asa.

Paling penting, kena sentiasa ada untuk satu sama lain, susah senang bersama,” katanya.

Rupanya Sebelum Nikah, Lofa Pernah Pergi ke Tempat ini

Kini menuju ke fasa baharu bergelar isteri orang, selebriti popular, Neelofa berkata selain dari banyak membaca, dia turut mendapatkan tips serta nasihat dari ibunya sendiri.

Ujarnya lagi, dia turut menghadiri kelas agama serta khusus persediaan memasuki alam rumah tangga.

Ini bagi mempersiapkan diri memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri.

“Selain banyak membaca, saya juga kerap bertanya dengan ibu dan rakan terdekat.

Banyak nasihat yang diberikan dan insya-Allah, saya akan jadikan nasihat tersebut sebagai panduan.

“Dalam masa sama, saya juga berkesempatan menghadiri kelas khusus yang memfokuskan kepada persediaan memasuki alam rumah tangga,” katanya.

Terdahulu Neelofa dan PU Riz selamat bernikah tepat jam 11.43 pagi oleh adik kandungnya, Mohd Aqief Mohd Noor

Sumber : gstv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *