Infomaklumat

RM52k Duit Hangus Terbakr. Boleh Tuntut ke Duit Hangus dekat Bank. Kenyataan BankNegara Buat Ramai TakSangka

WANG tunai berjumlah RM52,000 hangus selepas rumah sewa seorang peniaga terbakar dalam kejadian di Kampung Parit 10 Timur, Sungai Besar, semalam.

Pembekal barangan dan peralatan sek0lah, Khatib Yusop, 38, berkata, ketika kejadian, dia sedang minum di kedai makan berhampiran sebelum menerima panggilan daripada jiran, Fazilla Mohd Hata, 33, memaklumkan kebakran itu.

Dalam kejadian 3.30 petang itu, rumah itu hangvs termasuk tiga kenderaan iaitu van, Proton Iswara dan motosikal Kawasaki.

Khatib berkata, dia yang bergegas pulang mendapati apimarak memusnahkan rumah menyebabkan dia gagal menyelamatkan barangan termasuk wang simpanan serta modal pusingan perniagaannya.

“Daripada jumlah RM52,000 itu, RM40,000 adalah wang simpanan yang saya kumpul sejak lapan tahun lalu manakala RM12,000 ialah modal pusingan perniagaan.

“Siapa yang tidak sedih duit yang dikumpul selama ini hangus sekelip mata. Kebetulan, saya ada rancang beberapa perkara untuk menggunakan wang simpanan itu pada masa akan datang,”

katanya yang mendakwa kerugian kira-kira RM200,000 tidak termasuk wang tunai itu.

Tukar Duit Rosak di Bank?

Tahukah anda, duit rosak terdiri daripada pelbagai kategori.  Setiap kategori kerosakan duit itu mempunyai nilainya yang tersendiri. Biar betul?

Sebelum menukar duit yang rosak, anda perlu memastikan terlebih dahulu jenis kerosakan duit tersebut.

Duit yang rosak boleh ditukarkan di mana-mana jenis bank dan juga bank utama iaitu BankNegara Malaysla.

Namun jika kerosakannya teruk, ia hanya boleh ditukarkan di BankNegara Malaysla sahaja.

Sebelum kita ketahui cara menukar duit rosak tersebut, mari sama-sama kita kenali terlebih dahulu ciri-ciri kerosakan pada duit yang ramai terlepas pandang.

Tidak semua duit rosak boleh ditukar di bank tetapi kebanyakan jenis kerosakan tersebut sememangnya diterima di bank.

8 Kerosakan Pada Duit Syiling

Kakis – Keadaan sebahagian permukaan rosak teruk atau terkakis akibat tindak balas bahan kimia.

Kemek – Keadaan duit menjadi kemek tetapi tidak hancur atau relai.

Berlubang – Situasi di mana terdapat lubang pada permukaan duit syiling.

Potong – Keadaan duit syiling yang telah terpotong dengan sesuatu alat.

Pecah – Keadaan duit syiling menjadi pecah kepada beberapa kepingan.

Terbakar – Kerosakan duit akibat terbakar menyebabkan duit berubah warna serta kusam.

Syiling ganjil – Keadaan rupa duit ganjil akibat proses penempaan.

Kotor – Warna syiling menjadi kotor, haus dan lusuh.

12 Kerosakan Pada Duit Kertas

Lembik – Lipatan yang berlebihan pada duit kertas tersebut (menyebabkan kerosakan dan berubah bentuk duit kertas tersebut)

Kotor – Duit kertas menjadi kotor keseluruhan atau menjadi bertompok-tompok.

Renyuk – Lipatan secara rawak meliputi keseluruhan duit kertas sehingga keadaan visual duit itu terjejas dan menjadi kecut.

Luntur Warna – warna duit kertas menjadi luntur akibat telah terkena bahan kimia atau pun dibasuh.

Conteng – Terdapat lakaran atau simbol lukisan pada permukaan duit kertas.

Koyak – Terdapat koyakan pada mana-mana bahagian duit kertas.

Ubah Suai – Duit kertas yang dicantum menggunakan pita pelekat ataupun gam.

Berlubang – Duit kertas mempunyai lubang melebihi saiz 5 milimeter.

Lipatan Bucu – Lipatan bucu yang tidak boleh dipulihkan, lebar atau panjang duit kertas itu menjadi kurang melebihi 5 milimeter.

Cantuman – duit yang telah terpisah bahagiannya kemudian dicantumkan.

Terbakar / Dimakan anai-anai – Kerosakan akibat dimakan anai-anai atau terbakar melebihi 5 milimeter pada mana-mana bahagian duit kertas tersebut.

Hilang Ciri-ciri – Salah satu ciri keselamatan didapati rosak atau hilang apabila diperiksa.

Rujuk Kenyataan Bank Negara Malaysia di Bawah:

Sumber : transformasipw

Antaranya lagi

Sikap Peniaga Durian Tengok Pakai Kereta Apa Baru Letak Harga

KUANTAN: “Naik kereta apa?” Segelintir peniaga durian tepi jalan dikesan menjadikan kenderaan pelanggan yang singgah sebagai kayu pengukur meletakkan harga pada ‘raja buah’ yang dijual.

Tindakan itu dikatakan mendorong peniaga tidak meletakkan tanda harga walaupun mengetahui ia menjadi kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Kompaun RM200 jual gula tanpa harga | Harian Metro

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pahang, Ahmad Fitri Ali, mengakui ada peniaga durian dikesan

mengambil kesempatan menjual pada harga berbeza mengikut jenis kenderaan pelanggan yang singgah untuk membeli.

“Harga durian akan naik dua hingga tiga kali ganda jika pelanggan yang singgah menggunakan kenderaan mewah, bertujuan mengaut keuntungan berlipat ganda.

“Bagi memastikan peniaga tamak tidak terus mengambil kesempatan, KPDNHEP melakukan pemeriksaan terhadap semua pusat jualan durian tepi jalan di negeri ini terutama di Kuantan, Jerantut, Bentong, Lipis, Raub dan Temerloh yang rancak dengan aktiviti jualan.

“Kita akan mengenakan kompaun RM1,000 mengikut Perintah 3 (1), Perintah Kawalan Harga (Penandaan Harga Oleh Penjual Runcit) 1993 sekiranya peniaga yang gagal mempamerkan tanda harga,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Kesalahan alat timbang
12 peniaga durian dikompaun tipu alat timbang

Bagi kesalahan menggunakan alat timbang tidak ditentu sah, beliau berkata, kompaun RM1,000 bagi perseorangan dan perkongsian serta RM2,000 untuk syarikat dan perbadanan boleh dikenakan mengikut Seksyen 14(6) Akta Timbang dan Sukat 1973.

Ahmad Fitri berkata, empat peniaga durian dikenakan kompaun RM4,000 sebelum ini kerana gagal mempamerkan tanda harga dan menggunakan alat penimbang tidak ditentusah.

“Operasi Durian dilaksanakan sebelum ini sebanyak 72 pemeriksaan dilakukan di Rompin (12), Temerloh (15), Jerantut (15) dan Kuantan (30),” katanya.

Sumber : Bh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *