Infomaklumat

Ramai Terkejuvt Bila Kera jaan Umumkan BP N 2.0 dan l-Lestari Diberikn pd Tarikh ini

KUALA LUMPUR: Keputusan Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) untuk tidak meluluskan secara automatik penerima i-Lestari kepada skim i-Sinar.

Ini adalah berikutan perbezaan situasi yang dihadapi negara ketika ini.

Ketua Pegawainya, Alizakri Alias menjelaskan i-Lestari diperkenalkan ketika negara berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac.

Ini menyebabkan kebanyakan ekonomi dan aktiviti sosial tidak dibenarkan beroperasi.

Justeru, beliau berkata, keadaan tersebut menimbulkan kebimbangan KWSP terhadap nasib ahli-ahli mereka.

“Tetapi masa sekarang ini situasi telah pun berubah, kalau kita fikir PKP yang secara ketat dulu pun tidak ada lagi.

Jadi, kita (rakyat) telah bekerja semula dan ekonomi sudah mula dijana.

Kita juga jangan lupa, bukan semua orang hendak membuat permohonan i-Lestari pada masa itu.

“Walaupun kriteria dan ia terbuka untuk ramai orang, bukan semua orang mahu memohon i-Lestari, sama juga dengan i-Sinar.

“Mungkin keadaan sekarang dah berlainan berbanding pada Mac dan April,”

Katanya menerusi temu bual eksklusif dalam program Agenda AWANI di sini pada Khamis malam.

Ketika i-Lestari diperkenalkan juga, Alizakri berkata, bantuan yang disalurkan kerajaan masih tidak secara menyeluruh.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini mengumumkan kemudahan pengeluaran caruman akaun 2 KWSP berkuat kuasa 1 April.

Ini bagi membantu meringankan beban ditanggung rakyat.

Menerusi i-Lestari, pencarum boleh mengeluarkan simpanan maksimum RM500 sebulan.

Ini untuk tempoh 12 bulan dari Akaun 2 masing-masing.

Terbahagi Dua Kategori

KWSP dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan, Kategori 1 melibatkan mereka yang bekerja di sektor formal.

Mereka yang bekerja sendiri, yang bekerja di dalam sektor ekonomi gig, sudah lama tidak mencarum.

Mereka yang hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.

Pemohon kategori tersebut katanya, boleh mula membuat permohonan secara dalam talian pada 21 Disember ini.

Dengan pembayaran kepada ahli yang layak akan dibuat pada pertengahan Januari 2021.

“Kriteria bagi Kategori 1 adalah ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan berturut-turut semasa permohonan atau;

“Ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30 peratus dan ke atas selepas Mac 2020.

“Bagi kategori ini tiada dokumen sokongan diperlukan dan Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP,”

Katanya dalam kenyataan tersebut, di sini pada Rabu.

Jelas KWSP, bagi Kategori 2 pula, pemohon boleh membuat permohonan bermula pada 11 Januari 2021.

“Kategori ini adalah untuk ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30 peratus dan ke atas.

“Ia termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas Mac 2020, yang mana pengurangan tersebut hanya boleh dikenalpasti melalui dokumen yang diberikan.

“Untuk melancarkan proses pengesahan, KWSP memerlukan dokumen sokongan daripada ahli iaitu slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan.

“Notis pemberhentian atau pemotongan elaun atau tuntutan kerja lebih masa.

“Jika dokumen tersebut tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan,” tambah KWSP.

Menurut KWSP lagi, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat.

Sementara, pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi, kata KWSP.

Tarikh Pembayaran BPN dan iLestari

Pembayaran bagi fasa 1 BPN 2.0 telah bermula pada 26 Oktober lalu. Kini, penerima sedang menunggu pembayaran fasa 2.0.

Untuk pengetahuan anda, permohonan baru atau rayuan telah pun ditutup pada 1 November lalu.

Kepada sesiapa yang belum membuat permohonan, dukacita dimaklumkan anda tidak boleh membuat permohonan baharu.

Kadar Bayaran BPN 2.0 Fasa 2

Isi Rumah B40 (RM 1000) – Fasa 1 RM 700
Manakala pada fasa 2 anda akan menerima RM 300

Isi Rumah M40 (RM 600) – Fasa 1 RM 400
Manakala pada fasa 2 anda akan menerima RM 200

Bujang B40 (RM 500) – Fasa 1 RM 350
Manakala pada fasa 2 anda akan menerima RM 150

Bujang M40 (RM 300) – Fasa 1 RM 200

Manakala pada fasa 2 anda akan menerima RM 100

Tarikh rasmi pembayaran fasa 2 belum diumumkan setakat ini.

Kemungkinan besar akan diumumkan dalam masa yang terdekat.

Menurut Menteri Kewangan, pembayaran akan bermula pada Januari

Ramai yang menjangkakan pembayaran ini akan bermula pada pertengahan Januari 2021 nanti.

Pembayaran i-Lestari Bermula 1 Januari 2021


Anda ingin tahu tentang tarikh pembayaran i-Lestari Bulan Januari 2021 ?

Kita sudah sedia maklum bahawa RM 500 sebulan daripada pengeluaran i-Lestari ini sangat berguna kepada penerima untuk menampung kos sara hidup.

Berdasarkan maklumat daripada KWSP, tarikh bayaran i-Lestari bulan Januari bermula daripada 1Januari 2021.

Ramai yang sudah menerima bayaran i-Lestari bagi bulan Disember 2020.

Jadual Pembayaran i-Lestari 

Sebelum membuat semakan pembayaran i-Lestari, adalah lebih baik jika anda memahami dahulu jadual pembayaran di bawah ini :

Bayaran pengeluaran akan dimajukan ke bank bermula 1-14 Januari 2021 secara berperingkat.

Anda perlu berhubung terus dengan pihak KWSP jika akaun bank anda tidak aktif atau dibekukan.

Jika pada 1 Januari, anda belum masih menerima pembayaran bermakna pihak KWSP membuat pembayaran secara berperingkat dan anda perlu tunggu beberapa hari lagi.

Maklumat permohonan pengeluaran i-Lestari

Terdahulu tidak akan dipaparkan,
Anda perlu memastikan mempunyai maklumat permohonan pengeluaran terdahulu sebagai rujukan.

Bayaran bulanan akan terus terhenti dengan pembatalan.

Sekiranya kaedah bayaran semasa adalah Arahan Bayaran, pembatalan boleh dilakukan  di Kaunter KWSP melalui Janji Temu Online.

Jika anda ingin membuat permohonan semula setelah pembatalan.

Permohonan semula i-Lestari boleh dibuat pada hari berikutnya setelah pembatalan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Sumber : lamanmayapw

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *