Hiburan

Ramai Tanye Kenapa Tak Hasilkan lagi Filem ‘Berkualiti’, Jawapan Aziz M. Osman Buat Ramai Terkedu

Pengarah terkenal, Aziz M Osman mempunyai sebab tersendiri mengapa dia tidak lagi mengarahkan filem-filem berkualiti setanding hasil karyanya suatu ketika dahulu.

Hal itu dijelaskan menerusi respon Aziz terhadap pertanyaan seorang warganet di Twitter.

“Bang boleh tahu kenapa abang dah tak buat filem-filem berkualiti macam dulu dah?” tanya netizen terbabit.

Tidak berdiam diri, Aziz menjawab soalan itu dengan berterus terang.

“Sebab filem ‘kualiti’ tidak boleh tampung belanja saya sekeluarga,” responnya.

Dalam pada itu, ada juga netizen yang menyarankan Aziz menghasilkan filem seperti Korea Selatan.

Tidak mengulas panjang, Aziz hanya meminta individu tersebut menonton filem tempatan berkualiti seperti One Two Jaga.

Ekoran itu, rata-rata netizen mengimbas kembali filem-filem hebat arahan Aziz yang pernah pecah panggung dan diingati kebanyakan penonton.

Jangan dilupa fenomena filem-filem Senario yang beliau magiskan yang masih segar sehingga hari ini dan kisah dua dunia di dalam “Fenomena” (1990) yang menjadi antara filem Malaysia terbaik di dalam sejarah pada pandangan peribadi saya. Ikuti temubual saya melalui soalan yang diajukan ketika Program Sesi Perkongsian Ilmu bersama Aziz M. Osman anjuran FDAM dan FINAS baru-baru ini yang mana mampu mengupas dimensi impak filem-filem arahan beliau dari kacamata saya sebagai insan yang mencintai filem kita.

Aziz atau nama sebenarnya Abdul Aziz Mohd. Osman, 59, pernah memenangi pelbagai anugerah di Festival Filem Malaysia (FFM).

Antara filem terkenal arahannya adalah Fenomena, XX Ray, Puteri Impian dan banyak lagi.

Saudara Aziz cukup gemar meneroka keajaiban sains dan teknologi dan berkarya dengan elemen-elemen tersebut untuk meghasilkan filem-filem bergenre sains fiksyen yang banyak menggunakan kesan khas. Kejayaan XX Ray, XX Ray II dan Senario XX juga refleksi kepada usaha berani saudara?

Dunia sains fiksyen sememangnya adalah kiblat Hollywood dari dahulu dengan filem-filem bergenre sedemikian dan jarang sekali diangkat di Malaysia dahulu kerana faktor kos dan kajian. Peluang mengarah filem XX Ray adalah peluang keemasan kerana ia juga membuka mata khalayak tentang eksplorasi sains yang juga suatu ilmu berguna. Namun ingin saya tegaskan, apa jua genre termasuk sains fiksyen tanpa sokongan cerita dan skrip akhirnya tidak ke mana kerana kesan khas hanyalah 15%. Justeru, genre hanyalah panduan tetapi kitab penceritaan itu yang memandu filem kita untuk menjadi baik atau sebaliknya. Saya juga berpegang kepada kekuatan elemen kemanusiaan di dalam filem seperti mana filem Star Wars yang menjadi fenomena dari dahulu kerana kekuatan subjek kemanusiaan biarpun bertiangkan sains fiksyen.

 Skrip-skrip garapan Aziz M. Osman dilihat turut menekankan elemen motivasi dan inspirasi melalui watak-watak yang dicipta. Ia sekaligus menonjolkan laungan “jangan mengalah dengan cabaran dan jangan berhenti mencuba” yang diolah secara halus. Kepentingan penceritaan sebegini dari kacamata saudara?

Saya seorang storyteller dan watak-watak yang dicipta menjadi ikon dan inspirasi kepada yang menonton dan ianya harus jujur dan dekat dengan mereka. Di dalam filem Puteri Impian contohnya, saya lambangkan bulan sebagai simbol cita-cita dan harapan bersinar, namun bulan takkan menjadi matahari kerana setiap orang berjaya dengan takdir yang berbeza. Mengapa malu menjadi gadis kilang kalau itu lebih memberi kebahagiaan daripada menjadi orang lain yang berbeza keadaanya. Ini adalah realiti yang memberikan motivasi agar tidak mengalah dengan hari ini untuk masa depan yang lebih cerah untuk hari esok. Ini adalah untuk semua orang dan siapa yang menonton mungkin dapat menjiwainya.

Sumber : kecohape

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *