Semasa

Putrajaya Dadahkan 101 Projek Runding Terus, Fizo Omar dan Anak Tun M Antara yang Dapat Kontrak Tanpa Rundingn

Putrajaya hari ini mendedahkan senarai 101 kontrak kerajaan yang diberikan oleh pentadbiran Pakatan Harapan melalui rundingan terus.

Dalam satu kenyataan hari ini, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata pemerolehan melalui rundingan terus dibenarkan.

Perkara ini di bawah Seksyen 6(1) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972) dan pekeliIing-pekeliling perbendaharaan yang berkaitan.

Zafrul menjelaskan bahawa kontrak tersebut dibenarkan jika memenuhi salah satu daripada lima syarat, iaitu:

1. Perolehan bekalan dan perkhidmatan metibatkan keperluan mendesak yang mana jika perolehan tersebut tidak dilaksanakan dengan segera.

Ia boleh memudaratkan dan menjejaskan perkhidmatan serta kepentingan negara;

2. Keperluan penyeragaman bagi memastikan kesesuaian penggunaan (compatibility) antara barangan sedia ada dengan barangan baru yang diperoleh;

3. Satu punca bekalan atau perkhidmatan iaitu pengeluaran produk atau penyediaan perkhidmatan hanya boleh dibekalkan daripada satu sumber sahaja,

4. Keselamatan/ strategik yang melibatkan perolehan item atau perkhidmatan demi keselamatan atau kepentingan strategik negara, atau;

5. Kontrak dengan syarikat pembuat (manufacturer) Bumiputera yang memenuhi semua syarat kelayakan.

Kementerian Pengangkutan mendahului senarai dengan pemerolehan paling tinggi.

Antara kontrak yang dirundingkan secara langsung adalah penganjuran Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2019 (LIMA’19).

Pembaharuan pakej Annual Support & Upgrade perisian makmal kotak hitam Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU).

Pemerolehan membekal dan menghantar toner/ink mesin pencetak/faksimili bagi kegunaan Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Kelantan dan sebagainya.

Contoh kontrak yang melibatkan “keperluan mendesak” termasuk tiga kontrak katering yang diminta Kementerian Dalam Negeri.

Ini untuk menyediakan makanan halal untuk anggota polis yang ditempatkan di Sri Maha Mariamman di USJ, Selangor yang menjadi lokasi rusuhan pada akhir November 2018.

Dan protes terhadap Konvensyen Antarabangsa untuk Menghilangkan Diskriminasi Kaum (Icerd).

Ketiga-tiga kontrak tersebut berjumlah RM498,871.70.

Kontrak untuk perkhidmatan khusus termasuk RM29.9 juta yang diambil oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia untuk hak menyiarkan Piala Dunia Fifa pada 2018.

Siaran Media – Senarai 101 Projek Bernilai RM6.61 Bilion Melalui Perolehan Kerajaan Secara Rundingan Terus⠀⠀Bertarikh 26 Ogos 2020 Kementerian Kewangan Malaysia

Posted by Tengku Zafrul on Wednesday, August 26, 2020

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *