Semasa

Punca Sebenar DBKL Rampas Barang Peniaga di Tasik Titiwangsa

Sejak beberapa hari lalu isu hangat membabitkan premis judi dan peniaga rkok seludup di Sg Buloh seperti yang didedah oleh peniaga burger Mohd Asri Hamid atau Asri Janggut.

Dalam waktu sama Asri meluahkan kekesalan barang perniagaannya disita oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Kemudian, pihak MBSA menjelaskan alasan menyita barang perniagaan Asri Janggut selepas teguran dan nasihat tidak di ambil peduli.

Belum pun reda kisah tersebut, timbul pula isu lebih kurang sama membabitkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Seorang individu bernama Cikgu Izzat Johari telah memuat naik video di Facebook bertajuk “Di Mana Sifat Kemanusiaan? DBKL Rampas Barang Peniaga di Tasik Titiwangsa.”

Hantaran dan video tersebut telah menarik perhatian ramai apabila dikongsikan lebih 6.6k shares.

” Walaupun ianya satu kesalahan kepada peniaga yang tidak mempunyai lesen perniagaan, saya rasa pihak DBKL boleh bertimbang rasa untuk mengarahkan peniaga untuk kemas dan balik.

” Mohon ada sedikit pertimbangan.

” Sudah tiba masanya, pihak DBKL menyediakan tapak berniaga yang lebih banyak kerana pasca Covld-19 ini, ramai yang mencuba nasib untuk berniaga bagi meneruskan hidup.” tulis Cikgu Izzat Johari

Penjelasan DBKL

Sementara itu, pihak DBKL telah tampil memberi penjelasan dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook.

” Aktiviti penjajaan ini mengganggu laluan awam khususnya di Jalan Kuantan kerana beroperasi di atas laluan pejalan kaki.

” Jika tidak dikawal dan dibendung, ia akan membahayakan pejalan kaki kerana mereka terpaksa berjalan di atas jalanraya disebabkan halangan oleh penjaja ini.

” Amaran lisan dan bertulis ini turut dikeluarkan kepada pengusaha basikal sewa yang beroperasi tanpa lesen.

” Pada hari kejadian (Sabtu), anggota penguatkuasa DBKL telah membuat rondaan di lokasi dan mendapati penjaja serta pengusaha basikal yang berada di lokasi akur bertindak mengemaskan peralatan dan beredar namun penjaja yang terbabit masih berdegil dan terus berniaga di lokasi.

” Apabila petugas menghampiri dan memaklumkan bahawa tindakan penguatkuasaan akan dilaksanakan jika masih gagal beredar, barulah penjaja tersebut berpura-pura mengemas dan menunggu kenderaan tiba namun tiada tanda-tanda daripada penjaja tersebut untuk beredar.

” Disebabkan penjaja tersebut masih gagal mematuhi amaran yang telah dikeluarkan, tidnakan menyita meja terpaksa diteruskan.

” Tiada sitaan terhadap barangan jualan milik penjaja tersebut dilakukan.

” Sepanjang tindakan penguatkuasaan dilaksanakan, anggota pengutakuasa DBKL juga membuat rakaman video bagi memastikan tindakan dilakukan mengikut SOP yang ditetapkan serta bagi mengelakkan sebarang manipulasi fakta oleh pihak yang cuba mengambil kesempatan. Sekian” tulis pihak DBKL

Dakwaan DBKL Rampas Barang Peniaga di Tasik Titiwangsa. Menteri Wilayah Mula Bersuara

Seorang individu bernama Cikgu Izzat Johari telah memuat naik video di Facebook bertajuk “Di Mana Sifat Kemanusiaan? DBKL Rampas Barang Peniaga di Tasik Titiwangsa.”

Video itu menunjukkan petugas DBKL mengangkut barang perniagaan seorang peniaga di Tasik Titiwangsa yang telah menarik perhatian ramai.

” Walaupun ianya satu kesalahan kepada peniaga yang tidak mempunyai lesen perniagaan, saya rasa pihak DBKL boleh bertimbang rasa untuk mengarahkan peniaga untuk kemas dan balik.

” Mohon ada sedikit pertimbangan.

” Sudah tiba masanya, pihak DBKL menyediakan tapak berniaga yang lebih banyak kerana pasca Covid-19 ini, ramai yang mencuba nasib untuk berniaga bagi meneruskan hidup.” tulis Cikgu Izzat Johari

Penjelasan DBKL

Sementara itu, pihak DBKL telah tampil memberi penjelasan dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook.

Antara lainnya mereka mengatakan seminggu sebelum tindakan penguatkuasaan tersebut, DBKL telah memberi amaran secara lisan dan bertulis kepada peniaga.

Ia susulan aktiviti perniagaan itu mendapat aduan orang ramai kerana berniaga di atas laluan pejalan kaki dan boleh membahayakan orang ramai yang terpaksa berjalan kaki di atas jalan raya kerana laluan terhalang.

Malah pada hari tindakan merampas itu, peniaga diberi amaran terakhir namun masih tidak diendahkan.

Annuar Musa tampil bersuara

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa yakin masalah peniaga di Taman Tasik Titiwangsa dapat diselesaikan secara baik.

Beliau yang turun sendiri berjumpa dengan para peniaga di kawasan rekreasi berkenaan hari ini bagi mendapatkan sendiri maklum balas para peniaga terbabit.

” Saya tengok media sosial ada sikit small incident penguat kuasa DBKL jalankan tugas mereka nampak macam sikit keresahan tak puas hati.

” Saya tak faham, kadangkala dengar sebelah sahaja, kita tak dapat gambaran, siang tadi taklimat tapi untuk gambaran sebenar, saya datang sendiri tengok dan dengar sendiri daripada mereka (peniaga),” katanya ketika ditemui selepas berjumpa dengan para peniaga di Taman Tasik Titiwangsa petang tadi.

Menurut Annuar, para peniaga terbabit mendakwa mereka tidak diberi peluang berniaga di kawasan itu kerana tidak dapat memenuhi syarat tender ditetapkan DBKL selepas Taman Tasik Titiwangsa dinaik taraf.

” Tak mengapa daripada DBKL, mereka perlu buat kaedah bagi kawasan bersih, pengguna selamat, peniaga ada garis panduan tempat yang baik

” Tapi ada perkara-perkara yang perlu diberi perhatian terutama rakyat hendak cari makan, kita kena bantu jangan susahkan,” ujarnya sambil menambah kerajaan perlu melihat bukn sahaja daripada aspek penguatkuasaan tetapi juga keperluan rakyat mencari pendapatan.

” Jabatan sudah buat sesuai dengan dasar ketika itu, kita kena dengar dengan pentadbiran. Sama-sama cari idealah, peraturan dijaga dan rakyat nak cari makan secara halal kena bantu, cari jalan boleh ikhtiarkanlah,” katanya.

Terdahulu, Annuar memberitahu para peniaga supaya memberinya sedikit masa mengadkan perbincangan dengan DBKL dan mencari jalan terbaik menyelesaikan masalah mereka.

Sumber : asiakini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *