Semasa

PM Sudah Berbincang Dengan Menteri Kewangan Mengenai Status Pengeluaran Akaun 1 KWSP. Ini Bakal Berita Baik Untuk Rakyat

Beberapa minggu kebelakangan ini hangat diperkatakan tentang cadangan pengeluaran simpanan dalam Akaun 1 Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP).

Pastinya cadangan tersebut mendapat respon baik dari rakyat marhaen terutamanya yang terjejas truk termasuk kehilangan pekerjaan akibat pndemik COV-19.

Namun pada awalnya kerajaan memberi bayangan untuk tidak bersetuju dengan cadangan tersebut atas beberapa faktor.

Bagaimanapun terbaru, kerajaan bersetuju untuk mengkaji saranan pengeluaran simpanan dalam Akaun 1 Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) bagi membantu rakyat yang berdepan kesusahan dan benar-benar memerlukan.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara membabitkan KWSP sememangnya isu panas yang dibangkitkan pelbagai pihak dan kumpulan yang meminta kerajaan menimbangkan supaya pencarum KWSP boleh mengeluarkan simpanan daripada Akaun 1

Beliau berkata, perkara itu sudah dibincangkan dengan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, beberapa hari lalu.

” Belanjawan 2021 nanti ada bantuan yang kerajaan akan sampaikan. Jika ia dianggap memadai, tidak perlu mengeluarkan yang disimpan itu.

” Kita akan teliti secara halus dan (melihat keadaan) kumpulan tertentu yang dianggap teruk terjejas, contohnya mereka yang dibuang kerja.

” Kumpulan tersasar ini akan difikirkan… tunggulah pengumuman yang akan dibuat Menteri Kewangan nanti,” katanya pada Wawancara Perdana Menteri, di sini, hari ini.

Muhyiddin berkata, kerajaan sebelum ini sudah melaksanakan kelonggaran berhubung simpanan dalam KSWP termasuk membenarkan caruman pekerja dikurangkan daripada 11 peratus kepada 7 peratus, selain i-Lestari yang membenarkan pengeluaran daripada Akaun Dua sebanyak RM6,000 seorang.

Beliau berkata, selepas kelonggaran itu diberikan, hampir 70 peratus daripada ahli KWSP memilih untuk mengurangkan caruman pekerja 11 ke 7 peratus yang kini menyumbang kepada meningkatkan pendapatan boleh guna membolehkan pencarum berbelanja, membabitkan jumlah hampir RM700 juta sebulan.

Namun, beliau berkata, lebih 30 peratus daripada ahli KWSP mempunyai simpanan kurang daripada RM5,000, dan jumlah itu tidak semestinya dapat menangani masalah aliran tunai pencarum.

Sebelum ini PM kata sukar kerajaan benarkan pengeluaran akaun 1 KWSP

Terdahulu PM membayangkan sukar bagi kerajaan membenarkan pengeluaran wang Akaun Satu caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi digunakan rakyat yang berdepan pandemik COV-19.

Muhyiddin Yassin berkata, beliau menyedari ada cadangan yang dibuat bagi pengeluaran wang Akaun Satu KWSP dibuat berikutan rakyat terbeban dengan impak ekonomi akibat penularan berkenaan.

” Saya nak beritahu sukar untuk kita menimbangkan perkara berkenaan (benarkan pengeluaran wang akaun satu KWSP), bukan kerana kerajaan tidak mahu.

” Memang ramai yang teks saya berkata ‘tolonglah Tan Sri, kami susah’. Sekarang pun tanpa mengeluarkan simpanan itu kita sudah menyediakan berbilion ringgit bagi membantu rakyat.

” Jika kerajaan benarkan perkara itu dilaksanakan dengan mengeluarkan segala simpanan KWSP yang masih berbaki, saudara akan hadapi masalah yang lebih besar di masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-24 Koperasi Sungai Terap/Sungai Raya Muar Berhad di Dewan Sri Permata, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Pasir, dekat sini, hari ini.

Isnin lalu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilaporkan mencadangkan KWSP supaya membenarkan pencarum untuk mengeluarkan maksimum RM10,000 secara one off bagi mengharungi cabaran berikutan impak penularan wabak COV19.

Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata, kerajaan membelanjakan hampir RM7 bilion sebelum ini bagi melaksanakan pakej rangsangan bagi membantu meringankan beban rakyat.

” Ini semua dilakukan bagi membantu meredakan bebanan rakyat dan kerajaan sudah bantu hampir sembilan juta rakyat terjejas.

” Belanjawan 2021 nanti akan ada lebih banyak langkah yang akan diumumkan bagi meringankan beban rakyat.

” Sebelum ini juga kerajaan sudah membenarkan rakyat mengeluarkan caruman KWSP dari Akaun Dua,” kata Muhyiddin.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : rentasasia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *