Semasa

PM sibuk sampaikan perutusan khas, netizen kec0h. mengadu pasal Cik Non. Tolong nasihat dia

NAMPAKNYA ramai yang berdebar menantikan perutusan khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai perkembangan terkini Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), petang Isnin.

Namun, sedang asyik mendengar perutursan perdana menteri mengenai perkembangan C0v1d-19 di negara ini, tiba-tiba nama Cik Non yang disebut-sebut dalam kalangan netizen di laman Facebook mStar.

“Cik Non tak pakai face mask (topeng muka) abah, tangkap dia hantar ke Zoo Negara,” ujar seorang netizen yang merujuk Muhyiddin dengan gelaran ‘abah’.

“Abah, Cik Non tak mampu beli mask tolong bagi bantuan mask dekat famili Cik Non… kami bersimpati,” kata yang lain.

“Semua tak penting. Yang penting cik non tu. Tolong nasihat dia,” ujar seorang lagi.

“Laksanakan balik PKP abah. Cik Non degil,” kata netizen.

“Abah tangkap la Cik Non tu,” komen yang lain.

“Cik Non abah… melampau lampau,” tambah netizen.

Wanita dikenali sebagai Ceknon dilihat memaki dua pengawal keselamatan yang bertugas di sebuah gedung perabot popular selepas adiknya tidak dibenarkan masuk kerana tidak memakai topeng muka.

Kecoh hal Ceknon itu sebenarnya merujuk kepada kisah yang tular baru-baru ini mengenai seorang wanita yang mengamuk selepas adik perempuannya, dipercayai berusia 20-an tidak dibenarkan masuk ke sebuah gedung membeli-belah kerana tidak memakai topeng muka.

Dalam video tersebut, wanita dipercayai pengasas produk kecantikan yang dikenali sebagai Ceknon itu dilihat memaki dua pengawal keselamatan yang bertugas di pintu masuk gedung terbabit.

“Aku sepak karang, sepatutnya sediakan mask. Ada budak kecil tak pakai mask, kenapa dia lepas. Tak guna kau orang ni s***.” katanya.

Namun Ceknon dan adiknya berjaya memasuki premis berkenaan selepas diberikan topeng percuma oleh pengunjung lain susulan kekecohan tersebut.

Video berdurasi satu minit 17 saat itu membangkitkan kemarahan netizen yang menyifatkan tindakan wanita tersebut gak keterlaluan dan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Wanita tersebut dan adiknya dilihat tersenyum selepas dibenarkan memasuki premis berkenaan.

Menerusi perutusan khas, Muhyiddin berkata, beliau sentiasa memantau keadaan terkini pandemik C0v1d-19 dan wabak tersebut masih belum berakhir.

Walaupun kes C0v1d-19 kekal rendah di Malaysia, beliau bagaimanapun bimbang dengan kewujudan 13 kluster baharu sepanjang tempoh PKPP.

“Contohnya Kluster Restoran Kuala Lumpur dalam kalangan pekerja restoran yang dilaporkan sejak 6 Julai 2020 dan Kluster Stutong yang bermula sejak 18 Julai 2020.

“Selain itu, sejak 7 Julai 2020, terdapat empat kluster baharu yang dikesan berpunca dari mereka yang pulang dari luar negara iaitu Kluster di Sarawak sebanyak tiga kes, kluster di Melaka lima kes, kluster di Terengganu tiga kes dan kluster di Kuala Lumpur dua kes.

“Lebih membimbangkan saya, kes positif C0v1d-19 telah kembali mencatatkan angka dua digit sejak beberapa hari yang lalu,” kata beliau.

Muhyiddin berkata, adalah memadai tempoh tiga bulan berkurung di rumah untuk memutuskan rantaian jangkitan C0v1d-19.

“Ekonomi negara kita terjejas teruk, perniagaan mengalami kerugian dan ramai yang hilang pekerjaan. Sudah tentu kita tidak mahu kembali hidup dalam kedaan lock down seperti itu.

“Sekiranya berlaku peningkatan kes C0v1d-19 secara mendadak dan memerlukan kerajaan menguatkuasakan semula PKP, impaknya kepada ekonomi amat besar.

“Penutupan semula sektor-sektor ekonomi boleh menyebabkan negara kehilangan sekurang-kurangnya RM2 billion sehari dan secara langsung menyebabkan kehilangan sumber pendapatan bagi jutaan pekerja di Malaysia,” katanya.

Muhyiddin semasa menyampaikan perutusan khas mengenai perkembangan terkini PKPP.

Muhyiddin turut memberitahu bahawa kerajaan juga sedang menimbang untuk mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat-tempat awam.

Jelasnya, perincian mengenainya akan diumumkan apabila peraturan yang berkaitan dimuktamadkan oleh kerajaan.

Kerajaan mula melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu berikutan pandemik C0v1d-19.

Sejak PKP dilaksanakan dengan hanya perkhidmatan perlu dibenarkan, kerajaan kemudian memberi kelonggaran secara berperingkat kepada lebih banyak sektor ekonomi untuk beroperasi.

Sebanyak tiga fasa PKP dilaksanakan bagi memutuskan rantaian penularan wabak C0v1d-19 di negara ini.

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kemudian dilaksanakan bermula pada 4 Mei lalu dengan sebahagian besar aktiviti ekonomi dan sosial dibenarkan.

Langkah itu susulan dua daripada enam strategi dan perancangan kerajaan dalam memerangi wabak iaitu ketegasan dalam tindakan mengawal C0v1d-19 dan membina ketahanan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin telah membuahkan hasil.

Pada 7 Jun lalu, Perdana Menteri mengumumkan pelaksanaan PKPP bermula 10 Jun sehingga 31 Ogos ini, bagi menggantikan PKPB.

Sumber : m star

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *