Semasa

PKP 3.0 bakal dilaksanakan, Ini titah Sultan Johor pada kerajaan sekarang

Menurut sumber, P3rintah Kaw4lan Pergerakan (PKP) 3.0 akan dilaksanakan di beberapa negeri mulai esok.

Negeri-negeri yang tertakluk kepada perintah tersebut adalah Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor dan Sarawak.

Menurut sumber, PKP yang baharu itu hampir menyamai PKP 2.0 yang dilaksanakan pada Januari lalu di beberapa negeri yang menyaksikan penutvpan sekolah serta lar4ngan mengadakan aktiviti sosial dan keagamaan, melainkan kegiatan ekonomi.

Difahamkan, di bawah pelaksaan PKP 3.0, orang ramai tid4k lagi diben4rkan menikmati makanan di retoran dan kemungkinan penutvpan bazar Ramadan.

Sumber juga memberitahu, kerajaan meneliti pelaksaan PKP 3.0 memandangkan ia bakal mempengaruhi Aidilfitri dan juga operasi bazar Ramadan yang diben4rkan sebelum ini.

Sumber memberitahu, pengumuman mengenai PKP 3.0 dijangka dilakukan pada hari ini.

“PKP di lima daerah di Kedah semalam adalah sebahagian daripada cadangan yang dikemukakan kepada Majlis Kesel4matan Negara pada Jumaat. Tetapi kami memvtuskan untuk melaksanakannya di Kedah lebih awal kerana keadaannya memb1mbangkan,” katanya.

Pada Sabtu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata PKP yang sedang berkvat ku4sa ketika ini akan dinilai semula khususnya di negeri-negeri yang sedang mengalami peningk4tan k3s posit1f Covid-19 secara mend4dak.

Ujarnya, penilaian semula ini penting untuk memastikan prosedur operasi standard (SOP) dan tindakan yang diambil berk3san dalam memb3ndung penul4ran wab4k berkenaan yang sedang meningkat di dalam dan luar negara.

Ujar Muhyiddin, kerajaan telah menggunakan sistem am4ran awal iaitu Hotspots Identification for Dynamic Engagement (HIDE) bagi mengenal pasti kawasan atau premis yang beris1ko menyvmbang kepada penul4ran Covid-19.

Menurutnya, premis-premis yang berkenaan akan diarah tutvp jika dikesan telah dilawati sejumlah besar individu pos1tif Covid-19.

“Pendekatan ini selari dengan keputusan kerajaan meng4wal dan memb3ndung penul4ran jangkitan Covid-19 secara bersasar,” ujarnya dalam satu kenyataan pada Sabtu. – THE STAR

ini titah Sultan Johor pada kerajaan sekarang

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berharap agar pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dirancang kerajaan adalah yang terakhir dibuat untuk mengawal pandemik Covid-19.

Baginda bertitah, sekiranya ia dilaksanakan, perintah itu harus dilakukan secara berkesan dengan memastikan orang ramai turut memainkan peranan bagi menjayakan peraturan yang dikuatkuasa.

“Setiap kali apabila kita merasakan bahawa keadaan mula pulih dari penularan Covid-19, namun, sebaliknya jumlah kes yang dicatatkan kembali meningkat. Kita sekarang berada pada tahap yang sangat kritikal. Jumlah kes tidak menunjukkan tanda penurunan dan beberapa negeri termasuk Johor kini menjadi negeri berisiko tinggi.

“Pengorbanan mesti dibuat untuk kebaikan semua. Jangan kita menyesal kemudian hari, tiada gunanya,” titah Sultan Johor dalam kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook rasmi miliknya, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan akan menilai semula PKP yang sedang berkuat kuasa khususnya di negeri-negeri mengalami peningkatan mendadak kes positif Covid-19 bagi membendung penularan pandemik itu yang semakin meningkat di negara ini dan di seluruh dunia.

Titah Sultan Ibrahim, walaupun sistem penjagaan kesihatan diurus tadbir dengan baik, namun, semuanya mempunyai batas.

“Jika beban yang terpaksa ditanggung menjadi keterlaluan, pasti akan membawa akibat yang tidak dapat dibayangkan. Rakyat tidak boleh mengabaikan SOP walaupun mereka telah menerima suntikan vaksin terhadap virus tersebut.

“Ingatlah untuk menjaga diri dan satu sama lain, ini kerana sesetengah rakyat memandang ringan prosedur operasi standard (SOP) dan bersikap seolah-olah wabak itu sudah berakhir, sikap berbahaya ini hanya akan menambah lagi beban kemudahan penjagaan kesihatan kita,” titahnya.

Sultan Ibrahim turut bertitah, agensi penguatkuasaan akan bertindak lebih tegas dan adil terhadap mereka yang melanggar SOP ditetapkan.

“Kita tidak boleh membiarkan keadaan menjadi tidak terkawal, seperti yang sedang berlaku di India sekarang. Saya juga berharap kerajaan negeri akan mengambil keputusan yang bijaksana dan bertindak demi kepentingan rakyat.

“Saya menggesa rakyat Johor agar segera mendaftar untuk menerima suntikan vaksin. Percayalah kepada pakar kesihatan yang sahih, bukan khabar angin,” jelasnya.

Tambah Baginda lagi, pihaknya amat mengambil berat kebajikan dan keselamatan Bangsa Johor dan baginda tidak mahu mendengar kisah sedih keluarga kehilangan ahli yang tersayang akibat wabak ini.

Sumber: utusan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *