Hiburan

Perkhabaran Duka! Salam takziah buat Datuk M Nasir dan keluarga,Baru Sahaja Kehilangan Insan Tersayang

BAPA kepada penyanyi, Datuk M Nasir iaitu Mohamed Sam meninggal dunia pada pukul 7.30 pagi, Khamis.Allahyarham Mohamed menghembuskan nafas terakhir pada usia 96 tahun akibat sakit tua di kediamannya di Singapura.

Menerusi laporan Astro Awani, isteri M Nasir iaitu Datin Marlia Musa berkata mereka masih bersedih dengan berita tersebut, namun reda menerima ketentuan ilahi.

Ekoran pandemik Covid-19, mereka sekeluarga tidak dapat pulang memberikan penghormatan terakhir.

“Kami sudah berusaha membuat permohonan untuk pulang ke Singapura, namun, pihak berkuasa tidak mengizinkan kerana Covid-19.

Perkongsian Marlia mengenai pemergian bapa mentua di Instagram.

“Abang (M Nasir) juga reda dan akur bahawa keadaan semasa benar-benar tidak mengizinkan.

“Sepanjang setahun ini, kami hanya berbual, bertanya khabar menerusi panggilan telefon dan video untuk melepaskan rindu, ” katanya.

M Nasir bersama isteri tercinta, Marlia Musa.

Jenazah Allahyarham bapa mertuanya sedang diuruskan untuk pengebumian oleh adik-beradik M Nasir seramai lapan orang yang menetap di Singapura.

Sementara itu, Marlia berkata kali terakhir mereka bertemu dengan Allahyarham ialah kira-kira setahun lalu sebelum penularan wabak Covid-19.

Sebelum itu, menerusi Instagram, Marlia berkongsi mengenai berita sedih pemergian bapa mentuanya itu.

“Ayahanda kesayangan kami Haji Mohamed Bin Sam telah pulang ke Rahmahtullah pada pagi ni… semoga Allah mencucuri rahmat-Nya, ” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Sumber : Mstar / transformasipw

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *