Infomaklumat

Perkampungn BangIadesh Yang Ramai Orng Tak Tahu Dan Jumlah Penduduknya Memang Ramai

Kita tidak perlu beli tiket kapal terbang untuk ke luar negara kerana rakyat luar negara dah ramai menetap disini siap buat kampung. Keadaan ini memang tidak asing lagi bagi kita terutama apabila tiba musim perayaan.

Warga asing seperti BangIadesh, Ind0nesia, Filipina dan lain lain lagi pasti akan kelihatan di sekitar tempat tumpuan ibu kota apabila semua rakyat pulang ke kampung halaman terutama pada perayaan yang besar seperti Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Clna.

Tetapi tahukah anda bahawa warga asing telah siap buat satu penempatan seperti kampung dan jika anda pergi memang anda akan rasa seperti duduk di negara asing.

Baru baru ini tular di media sosial dimana seorang lelaki merakamkan suasana di sebuah lokasi terletak di Kampung Baru Sungai Buloh.

Dalam rakaman tersebut kelihatan ramai warga asing terutama Bangladesh menetap disitu. Kiri kanan depan belakang memang anda akan lihat semuanya Bangladesh.

Kampung BangIadesh

Di kawasan Kampung Baru Sungai Buloh ini warga Bangladesh siap membuka kedai dan pasar. Netizen mula mempersoalkan dimana pihak berkuasa.

Sebelum ini memang ada pihak berkuasa membuat pemeriksaan dan ramai antara warga asing ini ditangkap tetapi hari demi hari seperti mereka bertambah.

Daripada perakam video tersebut dikatakan jumlah penduduk warga asing mencecah 50 ribu orang.

Jumlah ini sekiranya betul memang mengejutkan tetapi rasanya jumlah penduduk yang dikatakan oleh perakam agak tidak berapa sahih.

Mohon pihak berkuasa untuk membuat pemeriksaan di kawasan tersebut.

Sumber : klviral

Di dakwa sebagai Ketua Pemasaran syarikat produksi, Ini rupanya kerja Mat Bangla tersebut

KUALA LUMPUR: Malik Streams Production & Distribution Sdn Bhd akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap Rayhan Kabir yang mendakwa sebagai Ketua Pemasaran syarikat produksi itu dalam dokumentari Locked Up in Malaysia’s Lockdown disiarkan Al Jazeera.

Malik Streams Production & Distribution Sdn Bhd dalam kenyataannya hari ini, menafikan Rayhan Kabir sebagai kakitangan syarikat itu.

Syarikat itu berkata, pihaknya akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap lelaki itu selepas dilihat mencemarkan nama dan reputasi syarikat.

Kerja sebenar

“Untuk rekod, Rayhan pernah memberikan perkhidmatannya sebagai kontraktor tetapi tidak pernah menjadi pekerja di syarikat produksi.

“Kami terkejut dengan kenyataan Rayhan menerusi Facebook yang mendakwa beliau adalah ketua pemasaran di syarikat ini.

“Pihak syarikat secara mutlak sama sekali tidak setuju dengan kenyataan Rayhan terhadap negara tersayang Malaysia.

“Kenyataan Rayhan adalah berat sebelah dan tidak menggambarkan pandangan serta prinsip syarikat,” katanya.

Tindakan pihak produksi

Menurut kenyataan itu, syarikat berkenaan sedia memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa berhubung kes berbangkit jika perlu.

“Kami ingin menekankan kehormatan dan kebanggaan terhadap Malaysia, selain tidak bertolak ansur dengan sebarang kenyataan negatif serta fitnah terhadap tanah air tercinta,” katanya.

Semalam, polis dilaporkan memulakan siasatan terhadap media antarabangsa Al Jazeera susulan penyiaran satu dokumentari yang didakwa berniat memburuk-burukkan Malaysia ketika mengendalikan wabak COVID-19 membabitkan warga asing di negara ini.

sumber : BH

Antaranya lagi

Lelaki Ini Kongsi Tips Bagaimana Nak Elak Dari Dikejar Anjing

tular hari ini menunjukkan seorang kanak kanak lelaki yang sedang berbasikal di ganggu anjing.

Selalunya jika orang lain nampak anjing datang seperti nak kejar semestinya perkara pertama kita akan buat adalah lari tetapi adik ini menggunakan method yang berbeza.

Bagaimana Nak Elak Dari Anjing Kejar Kita ?

Seorang blogger memuat naik pengalaman dan tips bagaimana dia mampu mengelak dari dikejar anjing. Mari baca apa yang dia katakan.

Salam kawan-kawan , hari ni aku akan share satu entry ”Bagaimana Nak Elak Dari Anjing Kejar Kita”. Jangan risau kawan-kawan , 99% mengikut dari pengalaman aku dan ia terbukti berkesan !

Kepada yang takut digigit anjing , korang tak perlu bimbang lagi . korang ikut arahan aku ni bila berdepan dengan anjing . Oke. Anjing ni pantang tengok orang macam cuak-cuak kat dia . Memang dia kejar korang dan kalau korang terus lari jagalah kaki korang , mesti kena gigit punya . Huhu .

Anjing ni lebih kurang macam Polis . ( tapi Polis bukan anjing weyh !! nanti korang pergi buat report kata aku kutuk Polis pulak ! bukan tau ! Disclaimer ni !) . Polis pantang tengok orang curiga , takut-takut dengan dia , cuak dan lain lain .

Mesti dia akan tahan korang . Macam tu jugak dengan anjing . Anjing memang dididik dari anak dah macam tu . Tak boleh salahkan dia . Kuasa Tuhan tu dan dia pun makhluk Tuhan .

Ok , sini aku nak bagi tips macam mana korang nak ‘tune’ dengan anjing ni , Aku rasa yang selalu berjalan kaki ni patut baca entry ni . Penting . Cuba kalau korang kena gigit dengan anjing gila , bahaya tu boleh dapat penyakit !

Oke aku mula kan , korang ikut langkah-langkah ni ok .

1. Bila korang nampak anjing , Korang jangan tenung mata dia . Maksudnya jangan alihkan perhatian dan pandangan korang kat dia .

2. Kalau korang jalan kat sebelah anjing yang sedang duduk , korang hanya perlu pandang depan . jangan risau , dia tak risau . Dia nampak korang macam berani .

3. Kalau anjing itu kejar korang , korang jalan buat bodoh je . Memang masa tu korang dah cuak , jangan risau sebab dia nak ‘test’ korang je sebab selama ni dia tak pernah tengok muka korang kat jalan tu . ( kira anjing tu macam abang kawasan la . huhu )

4. Kalau korang tengah jalan dan tiba-tiba ada sekor anjing ni datang lari kepada korang dan ‘block’ jalan korang , korang tak perlu lari atau berhenti . Korang jalan je , lepas tu korang halau dia macam korang halau kucing curi ikan . ”syuhhhh syuhhh blah – blah”, sambil korang menggunakan tangan seperti PolisTrafik tengah kawal jalan tu .

5. kalau korang betul-betul kena kejar dengan anjing dan korang ikut arahan aku atas ni , tapi anjing tu tetap kejar korang . Korang hanya perlu tunduk macam ambil batu atau acah dengan kaki . InsyaAllah , anjing itu akan lari tinggalkan korang . Tapi korang kena jalan cepat sikit , takut dia bawak ‘geng’ .

6. Kalau korang berdepan dengan kumpulan anjing , aku cadangkan korang jangan lalu jalan atau lorong tu . bahaya beb . Korang tak dapat agak macam mana tingkah laku dia . Anjing-anjing liar ni bahaya-bahaya sikit . kalau seekor je korang boleh ‘handle’ tapi kalau kumpulan ni janganlah pandai-pandai ‘handle’ .

KESIMPULANNYA

Itu dia kawan-kawan , Tips dari aku . Jangan risau kawan-kawan , aku da cuba semua ni sebab aku pun lebih suka berjalan dan aku duduk dekat penang . Penang korang tau la kan , Kaum Cina ramai . Kaum cina mana tak bela anjing . Tapi korang ikut tips-tips aku ni , insyaAllah korang selamat . Apa-apa pun , korang mulakan dengan Bismillah k .

Aku harap entry ini berguna buat korang yang suka berjalan dan fobia dengan anjing ni . Anjing ni haiwan dari keluarga Kucing jugak . Diorang manja , baik , jaga Tuan diorang . Cuma kita saja tak memahami anjing disebabkan atas Agama .

Islam , tak boleh pegang anjing tanpa sebab , tak boleh bela . Itu lah sebab kita tak mengenali anjing ni . Kita fikir anjing ni haiwan jahat . Sebenarnya anjing ni baik geng , Semua haiwan ciptaan Tuhan ni baik dan bermanfaat . Cuma kita je tak tau.

Sumber : Farique92

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *