Hiburan

Pengurus Alif Satar Negatif Covid Tetapi Ibu Alif Positif Dan Ada Orang Lain Lagi Yang Sudah Disahkan P0sitif C0vid

Pengurus kepada pelakon dan penyanyi Alif Satar, Adlina Abu Bakar mengesahkan dirinya negatif Covid-19 selepas membuat ujian saringan tersebut pada Sabtu lalu.

Namun dukacita dimaklumkan, ibu bapa serta adik bongsu Alif baru sahaja disahkan positif Covid-19 hari ini.

“Alhamdulilah, saya bersyukur sangat apabila disahkan negatif Covid-19 oleh pihak hospital.

“Pun begitu, saya masih perlu menjalani kuarantin selama 14 hari dan akan membuat saringan kedua pada hari ke 12.

“Namun, saya bersimpati apabila mendapat tahu ibu bapa serta adik bongsu Alif yang telah disahkan positif sebentar tadi. Mereka kini dirawat di Hospital Sungai Buloh,” katanya.

Ibu, Bapa & Adik Alif Positif Covid 19, Pengurus Negatif – Ini Permintaan Alif Satar

“Ibu bapa serta adik bongsu Alif positif covid 19”

Adlina dihubungi Astro Gempak selepas beliau berkongsi mengenai keputusan Covid-19 di media sosial.

Dimaklumkan, ibu bapa Alif, Hafiza dan Satar Ramli serta adiknya, Jim membuat saringan ujian tersebut pada Sabtu.

Alif kini dirawat dan menjalani kuarantin di sebuah hospital di Melaka selepas disahkan negatif Covid-19 pada Ahad.

Pengurus Alif Satar, Adlina Abu Bakar (Gambar kanan)

Menurut pengurusnya lagi, isterinya, Sha Dila Hadid dan anak-anak Alif iaitu Alisha Anugerah, 5, Ariana Mecca, 3 dan Muhammad ‘Ali, 1, juga bakal menjalani ujian saringan Covid-19 hari ini.

“Alif kini menjalani rawatan seperti biasa di hospital dan tidak menunjukkan apa-apa symptom atau sakit.

“Cuma Alif meminta semua mendoakan agar isteri dan anak-anaknya dilindungi dari jangkitan virus tersebut dan mereka berada dalam keaadan sihat,” katanya.

Alif yang menjalani penggambaran drama Penjara Cinta sejak minggu lalu baru membuat persembahan di sebuah acara pada Jumaat.

Sumber : GEM PAK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *