Hiburan

Pengurus Alif Satar Beritahu Dari Mana Alif Dapat C0vid19

Pengurus kepada pelakon dan penyanyi Alif Satar, Adlina Abu Bakar memaklumkan penghibur popular itu kini menjalani rawatan dan proses kuarantin di sebuah pusat perubatan di Melaka bermula hari ini.

Adlina ketika dihubungi berkata, sebaik penyanyi itu dimaklumkan oleh bapanya yang mengenai salah seorang kontrak rapat yang ditemui Alif pada Selasa lalu positif pandemik itu, dia terus bergegas menjalani ujian saringan Covid-19.

“Semalam Alif dihubungi oleh bapanya yang memaklumkan salah seorang individu yang ditemui di Kuala Lumpur atas urusan kerja disahkan positif Covid-19.

“Alif yang kebetulan berada di Melaka bagi menjalani penggambaran sebuah drama terus ke hospital untuk membuat ujian saringan dan hari ini dia dimaklumkan positif Covid-19.

“Saya mohon kepada semua pihak untuk mendoakan kesihatan Alif yang sedang menjalani proses kuarantin,” katanya.

Menurut Adlina, dia yang turut menemani Alif pada mesyuarat itu masih menunggu laporan daripada pihak hospital sama ada turut dijangkiti Covid-19 atau tidak.

“Saya kini berada di rumah dan sedang menunggu jawapan daripada pihak hospital sama ada saya disahkan positif Covid-19 atau sebaliknya,” katanya.

Terdahulu Alif memaklumkan dirinya disahkan positif jangkitan Covid-19 di akaun Instagram miliknya.

Sumber: Hmetro Online

Antara Lokasi Terakhir Alif Satar Sebelum Disahkan Covid19 Buat Ramai Risau

Kuala Lumpur: Penyanyi Alif Satar yang membuat persembahan pada separuh akhir Muzik Muzik 35 (SFMM 35) di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam, pada Jumaat lalu disahkan positif jangkitan Covid-19.

Alif Satar ketika persembahan Separuh Akhir Muzik Muzik

Alif berkata, dia berasa terkejut apabila dimaklumkan dirinya positif Covid-19 berkenaan selepas melalui beberapa ujian saringan.

“Dalam kesibukkan saya menjalani penggambaran, saya sudah melakukan beberapa ujian saringan Covid-19. Malangnya, keputusan terkini yang saya baharu saja terima hari ini menunjukkan saya didapati positif Covid-19 dan perkara ini amatlah mengejutkan serta mendukacitakan.

“Perkara pertama apabila saya dapat dapat tahu keputusan ini, adalah semestinya tahap keselamatan keluarga, isteri dan anak-anak saya, rakan-rakan di set penggambaran dan semestinya kontak rapat yang berjumpa dengan saya,” katanya dalam entri terbaharu di Instagram.

FOTO dimuat naik Alif Satar di IG, dia sah kena Covid-19. FOTO IG ALIF SATAR

Menurut Alif, dia memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku dan mendoakan semua dijauhkan daripada sebarang kemudaratan.

“Saya telah memberi nama kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kontak rapat yang saya kenal pasti dalam tempoh 14 hari.

“Saya mohon maaf atas segala kesulitan ini dan saya mohon doa semua agar diberikan kesembuhan dan kekuatan untuk menempuhi dugaan Allah SWT. Saya juga doa agar semua terhindar daripada sebarang kemudaratan,” katanya yang kini sedang menjalani proses kuarantin di sebuah pusat perubatan.

Jumaat lalu, menerusi SFMM35 Alif membuat persembahan menerusi lagu I Want You To Love Me ciptaan Faizal Tahir, Ezra Kong, Romeo dan Mike Chan.

Sumber : Hmetro Online

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *