Hiburan

Peminat terkejut Elizabeth Tan ada ‘baby bump’ selepas dua minggu kahwin, sekali ini Lizzy balas balik

PERKONGSIAN foto terbaharu penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan di Instagram menarik perhatian pengikut apabila ada yang menyangka dia kini sedang hamil.

Dalam muat naik tersebut, Elizabeth atau nama sebenar Elizabeth Tan Su Mei, 28, bergambar kenangan bersama pelakon drama Pi Mai Tang Tu iaitu Angeline Tan.

Namun apa yang mencuri perhatian peminat ialah keadaan perut Elizabeth yang dilihat sedikit berisi seakan-akan seperti baby bump.

“Saya nampak sesuatu… tak lama lagi la ni!

“Wow baby bump! Ada berita baik ke nak kongsi dengan kami?

“Baju tu besar kot, bukan macam yang dijangka… baru kahwin macam mana boleh mengandung secepat itu!” demikian antara komen peminat.

Mengakui lucu membaca komen yang ditulis pengikut, Elizabeth tampil menjawab persoalan mereka itu menerusi ruangan Instastory.

“Guys… saya belum mengandung,” katanya dengan menyertakan emoji ketawa.

Penyanyi lagu Semua Sudah ini selamat mendirikan rumah tangga dengan usahawan dikenali sebagai Siew Jim pada 20 Mac lalu.

Pada awalnya pasangan ini merahsiakan perkahwinan mereka, namun berita itu tersebar dan dikongsi oleh kenalan termasuklah bapa sendiri, David Tan Suan Chew melalui media sosial tanpa pengetahuannya.

Menganggap hal perkahwinan adalah perkara peribadi, Elizabeth selepas itu tampil memohon maaf kepada peminat dan pihak media kerana merahsiakan perkahwinan itu.

“Perkahwinan ini adalah satu perkara yang sangat peribadi… saya ingin memohon maaf sekali lagi kerana tidak dapat menjemput ahli keluarga yang lain serta rakan-rakan media.

“Pada saya memilih untuk berkahwin ini tidak mengubah apa-apa. Saya masih Lizzy yang sama dan berharap semua dapat terima dan hormat keputusan ini,” ujarnya.

SELEPAS tular rakaman video dan foto majlis perkahwinannya pada pagi Ahad, akhirnya penyanyi Elizabeth Tan tampil menjelaskan mengenai isu ini.

Mengakui sudah bergelar isteri orang, Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy, 28, berkata pada awalnya dia dan suami dikenali sebagai Siew Jim ingin merahsiakan mengenai perkahwinannya itu.

Bagaimanapun berita itu tersebar dan dikongsi oleh kenalan termasuklah bapa sendiri, David Tan Suan Chew melalui media sosial tanpa pengetahuannya.

“Gambar dan video yang telah tersebar yang menyatakan Lizzy sudah berkahwin adalah benar.

“Majlis diadakan semalam secara tertutup sebagai langkah mematuhi SOP dan hanya dihadiri oleh 10 orang tetamu yang merupakan ahli keluarga dan kenalan rapat sahaja.

“Saya merancang nak umum pada semua bila dah bersedia. Saya ambil keputusan untuk tidak menghebohkan isu perkahwinan ini kerana pada saya adalah isu kecil sahaja,” katanya.

Sebelum itu, tersebar foto dan video memperlihatkan penyanyi lagu Semua Sudah itu bersama seorang lelaki berada di hadapan paderi yang sedang membacakan ikrar perkahwinan.

Meskipun tidak menyatakan butiran lanjut mengenai majlis perkahwinan yang berlangsung, namun tindakan Elizabeth memegang tangan dan mencium lelaki berkenaan menguatkan spekulasi pasangan itu kini sudah bergelar suami isteri.

Dalam pada itu, Elizabeth memohon maaf kepada peminat dan pihak media kerana merahsiakan perkahwinannya itu.

“Perkahwinan ini adalah satu perkara yang sangat peribadi… saya ingin memohon maaf sekali lagi kerana tidak dapat menjemput ahli keluarga yang lain serta rakan-rakan media.

Sumber : Mstar / twoekesah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *