Hiburan

Pemilik Butik Fesyen Leeyana Rahman Rentas Negeri Demi Hadiahkan Kereta Untuk Mak Ayah

Pasangan pemilik butik fesyen terkenal Leeyana Rahman, Yana Lee dan suami Hafiz Hamid menjelaskan telah mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk merentas negeri dari Kuala Lumpur ke Besut, Terengganu.

Tujuan rentas negeri tersebut semata-mata mahu memberikan kejutan sebuah kereta baharu buat kedua-dua orang tua mereka di kampung.

Bagaimanapun, mereka hanya dibenarkan untuk berada di negeri terbabit dalam tempoh sehari sahaja sebelum diarahkan pulang pada hari yang sama.

“Ramai yang DM macam mana boleh rentas negeri.

“Ceritanya macam nie. Kita dapat kebenaran merentas sebab nak hantar kereta yang @yaana.lee beli untuk parents yang jauh nun di Besut.

“Mak ayah warga emas yang tak boleh pergi KL. Dan ada few syarat yang dikenakan which is, semalam hantar harini kena balik. And hanya 3 orang sahaja dibenarkan merentas.

“And malam nie, kena bawa balik kereta Alza lama ayoh bawak balik KL untuk dijadikan kereta office. Yang penting, mendapat kebenaran rentas yang sah. Penat jadi hafizhamid. Semua benda perlukan explaination,” jelas Hafiz.

Hal sama turut dimaklumkan Yana menerusi laman Instagramnya pada Ahad.

“Alhamdulillah, surprise Ramadan untuk mak ayah.

“Dari Oktober tahun lepas booking pre order kereta ni, minggu lepas baru dapat. Syukur Alhamdulillah. Kami dapat kebenaran rentas negeri tapi sehari je. Malam ni terus balik KL.

“Walaupon kadang-kadang mak ayah kita `menolak’ tak mahu duit kita, tak mahu hadiah dari kita, namun rebutlah peluang tetap beri walaupun nilainya sedikit kerana dari situlah Allah lorongkan keberkatan dalam kehidupan kita dan dalam setiap rezeki kita,” ujarnya.

Yana turut berkongsi sepotong video kejutan yang diberikan kepada kedua-dua ibu bapanya yang turut menyentuh hati ramai.

 

 

 

Sumber : Gem pak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *