Infomaklumat

Pembayran B S H Fasa-3 sehingga 1k telah bermula, Jika gagal Rayvan sehingga

MALAYSIA: Sebelum ini Menteri Kewangan mengumumkan pembayaran Bantuan Sara Hidup bermula Jumaat 22 Julai 2020. Bagi mereka yang belum mendapat bayaran fasa 1 dan dua akan dibayar sekaligus pada fasa ke-3 tersebut.

Menurut beberapa ahli group Facebook Bantuan Sara Hidup BSH, wang bantuan sara hidup 2020 untuk fasa 3 telah masuk ke dalam akaun bank mereka bagi yang menggunakan Bank BSN. Oleh itu anda boleh semak permohonan anda adakah berjaya atau tidak

Jika sudah masuk, anda boleh keluarkan duit bantuan di mana-mana ATM tanpa sebarang caj.

Bayaran BSH fasa ketiga akan dibuat mulai Jumaat (24 Julai 2020) ini berdasarkan kenyataan rasmi daripada kerajaan. Bayaran fasa ke 3 merangkumi baki nilai BSH 2020 dan bilangan anak tanggungan.

Menurut Menteri Kewangan Malaysia, sebanyak RM3 Billion akan diperuntukkan kepada hampir 4.28 Juta penerima BSH. Ianya merangkumi 3.75 Juta isi rumah & 0.53 Juta individu bujang yang berusia 40 – 59 tahun.

BSH 2020 adalah lebih bersasar kerana turut mengambil kira bilangan tanggungan anak (RM120 setiap anak berumur 18 tahun ke bawah) dan terhad kepada 4 anak sahaja.

Contoh : Encik Ahmad berpendapatan RM2,000 ke bawah dan mempunyai 4 orang anak bawah 18 tahun. Beliau layak mendapat RM1,080 bagi fasa ketiga.

Rayuan Permohonan Bantuan Sara Hidup
Pengumuman penting kepada mereka yang belum mendapat Bantuan Sara Hidup (BSH), tetapi memerlukan, anda kini boleh membuat permohonan rayuan. Berikut kami ingin kongsikan beberapa info dan cara untuk membuat rayuan.

Permohonan Rayuan BSH 2020 boleh dibuat di semua Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar (Urban Transformation Centre – UTC) bermula 7 Ogos 2020 sehingga 6 September 2020.

BOLEH BUAT RAYUAN BSH MELALUI ATAS TALIAN

Untuk permohonan rayuan secara dalam talian, ianya hanya boleh dibuat bagi pemohon yang berstatus tidak lulus dengan kod tertentu sahaja. Sila semak kod kenapa anda gagal dapat BSH dan tunggu makluman lanjut dari portal LHDNM.

RAYUAN BSH DI KAUNTER

Permohonan rayuan BSH di premis akan lebih mudah dan cepat kerana anda dapat terus selesaikan permohonan dengan bantuan pegawai LHDNM/UTC yang bertugas.

Jika anda mahu pergi ke premis LHDNM/PKH/UTC, sila pastikan anda membawa dokumen lengkap seperti ic, lesen, surat nikah, surat beranak anak, surat sokongan ketua kampung dan sebagainya.

Pastikan anda mengikuti norma baharu dengan memakai sarung muka dan juga membawa hand sanitizer. Jaga jarak sosial 2 meter.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2747 (LHDNM) atau 03-8882 4565 / 4566 (Kementerian Kewangan) serta emel ke bsh@treasury.gov.my

Sumber : kinimmysumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *