Semasa

Pekerja Tesco Selamatkan Bayl Sorang2 Dalam Kereta, Terkejut Bila Tau Apa yg Terjadi Sebnarnya

Terdahulu, heboh diperkatakan mengenai kisah seorang kanak-kanak yang ditemui meninggal dunia di dalam kereta.

Ini kerana bapanya terlupa mahu mengambil anaknya.

Namun, ia bukanlah kes pertama yang berlaku di Malaysia, sebelum ini telah kejadian yang sama direkodkan.

Dan paling manyedihkan kebanyakkannya berpunca daripada kecuaian pihak penjaga.

Terbaru, seorang pekerja pasaraya Tesco di Pulau Pinang, telah menemui seorang bayi ditinggalkan didalam kenderaan,tanpa ditemani oleh sesiapa.

Ketika kejadian, pekerja tersebut telah meminta pertolongan orang awam awam untuk membantunya mengeluarkan bayi tersebut daripada kenderaan.

Mujurlah, tingkap belakang kereta terbuka sedikit dan pekerja tesco boleh buka pintu kereta dan berjaya menyelamatkan bayi berkenaan.

Pekerja Tesco Selamatkan Bayi Sorang2 Dalam Kereta, Terkejut Bila Tau Apa yg Terjadi Sebenarnya

TESCO EGATE PENANGSeorang pekerja tesco,telah menemui seorang bayi ditinggalkan didalam kenderaan,tanpa ditemani oleh…

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Wednesday, August 26, 2020

Seorang pekerja tesco,telah menemui seorang bayi ditinggalkan didalam kenderaan,tanpa ditemani oleh sesiapa.

Nasib baik tingkap belakang kereta terbuka sedikit dan pekerja tesco boleh buka pintu kereta dan selamatkan bayi tersebut.

Kepada mak ayah diluar sana,apa pun alasan,nak cepat ke,urgent ke,jangan la tinggalkan anak anak anda didalam kenderaan berseorangan.

Banyak sangat kes budak budak lemas didalam kenderaan disebabkan kecuaian ibu ayah,sayangi la anak anak anak anda.

Mencegah itu lebih baik dari mengubati,sayangi la anak anak.

Oleh itu, kepada ibu bapa dan penjaga, ambillah iktibar daripada insiden yang telah berlaku sebelum ini.

Janganlah sesekali membiarkan anak kecil berseorang di dalam kereta, kerana bahaya datang tanpa diduga.

Info dari saksi kejadian :

Ibu bayi tersebut muncul kira-kira 15minit selepas diselamatkan.

Ibu bayi itu menyatakan dia takut pihak Tesco tidak membenarkan dia membawa bayinya masuk (faktor covid-19) kerana masih kecil.

Kerana itu dia meninggalkan sekejap didalam kereta.

Duty Manager Tesco menjelaskan,Pihak Tesco tidak pernah menghalang untuk kanak-kanak atau warga tua dari memasuki mall.

“Nasib baik ada orang nampak bayi dalam kereta tu.. Kalau tak entah apalah nasib dia nanti..

Kenapa lah ibu bapa dia ni masih tak peka..

Sudah banyak kes mcmni berlaku dan sepatutnya jadi pengajaran kepada mana2 ibu bapa yang mempunyai anak kecil..

Jangan nanti sudah terhantuk baru nak terngadah..

Menanggis airmata darah sekali pun tak kan dapat mengembalikan nyawa anak yang hilang dek kerana kelalaian diri sendiri..”

“Tahniah staff tesco tersebut….pada ibu bapa dan penjaga anak….

Ingatlah manusia tidak pernah serik jika tidak pernah mengalami sesuatu yang buruk…

Jadi janganlah kita alami kejadian buruk yang akan menghantui sepanjang hayat…”

“Tolong dakwa ibubapa bayi tersebut.

Harap dijatuhkan hukuman yg berat agar jadi pengajaran buat semua.

Tahniah dan terima kasih buat staff Tesco tersebut. Tesco harus beri penghargaan yg setimpal pada beliau”

“Alhamdulillah…semoga dipermudahkan urusan yang menjumpai dan yang menolong…

Anda sangat peka & prihatin…lepas tu mohon buat report polis tentang hal nie supaya jd pengajaran…”

“Lain kali pecah kan cermin kereta tu.. bagi ada akal sikit yang tinggalkan budak dlm kereta tu..

Nak bawak kes polis pun tak guna..kalau pecah kan cermin.. yelah sebab ko

Selamat kan nyawa budak.. sebab ada alasan yang kukuh.. semangat aku xde kt situ.. kalau ada ah siap ko ”

Sumber : Info Roadblock JPJ/POLIS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *