Semasa

Patutlah tauke judi asyik lepas jer..rupanya ini punca dia. Terkini Tiga Lagi Penguatkuasa MBSA Dicekup

Terkini, susulan kes kutipan wang perlindungan, Suruhanjaya Pencegahan Rasu4h Malaysia (SPRM) terkini menahan tiga lagi penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) cawangan Sungai Buloh.

Ketiga-tiganya disyaki terlibat menerima rasu4h bagi melindungi premis-premis perniagaan yang tidak berlesen, termasuk pusat perjvdian, di sekitar Sungai Buloh.

Menurut sumber, hasil soal siasat mendapati, wujud rangkaian sindiket di kalangan anggota penguat kuasa yang mengutip wang rasu4h secara bulanan, bagi melindungi premis-premis berkenaan.

” Tiga yang ditahan berusia di antara 40 dan 43 tahun, pada lebih kurang jam 2 petang semalam di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

” Wang perlindungan ini seolah-olah menjadi suatu budaya di kalangan penguat kuasa sehingga menyebabkan peniaga-peniaga termasuk premis juudi tidak takut kepada sebarang tindakan penguatkuasaan,” katanya.

Ketiga-tiga anggota penguat kuasa dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini untuk perintah reman di bawah Sksyen 117 Kanun Acara Jnayah.

Sebelum ini 5 orang penguatkuasa MBSA sudah ditahan

Sebelum ini, dilaporkan SPRM telah menahan lima penguat kuasa MBSA dan seorang peniaga rokok seludup berbangsa Acheh.

Dengan tahanan terbaru ini, jumlah tangkapan dalam kes melindungi premis haram setakat ini adalah sembilan orang.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut tetapi enggan mengulas lanjut.

Sementara itu, semalam, seorang lagi penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) diberkas Suruhanjaya Pencegahan Rasu4h Malaysia (SPRM).

Manakala dua hari lalu, empat penguat kuasa MBSA dan seorang penjual rokok seludup berbangsa Aceh direman tujuh hari bagi membantu siasatan selepas dipercayai mengutip dan menerima suapan RM300 hingga RM3,500 sebulan daripada beberapa peniaga tersebut.

Wang suapan itu dikatakan untuk melindungi premis haram daripada diambil tindakan.

Selain berperanan melindungi premis tertentu, ada di antara mereka didakwa berperanan sebagai pengkhianat dengan membocorkan maklumat berhubung operasi-operasi yang akan dilaksanakan.

Ia menyebabkan setiap operasi yang dijalankan gagal dan diketahui awal oleh peniaga-peniaga haram.

Ini kenyataan ketua SPRM

Terdahulu Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki tidak tolak kemungkinan tindakan sama akan membabitkan penguat kuasa agensi lain.

” Yang mana pihak terlibat (dalam kes berkenaan) sudah tentu kita akan siasat,” katanya.

Pada masa sama, Azam turut meminta supaya masyarakat bersabar supaya pihaknya dapat jalankan tindakan penguatkuasaan di bawah bidang kuasanya.

” Kita perlukan bukti dan sokongan keterangan saksi ketika siasatan terhadap aduan berkenaan dijalankan.

” Saya memang puji kalau ada individu seumpama ini datang untuk beri maklumat dan sanggup bekerjasama.

” Kalau nak cari individu untuk dedahkan satu perkara dan jadi saksi, ia adalah amat sukar sekali.” katanya.

Sumber : limauais

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *