Semasa

PA L0fa Berjaya Kesan ‘Syamira Safiya’ yg Sebarkan Cerita PaIsu, Ini Tindakkan yg BakaI Dihadapi Olehnya

Terdahulu, hubungan antara Neelofa dan PU Riz seakan bergelora apabila adik-beradik jelitawan tersebut memuat naik quotes kata-kata yang sama di media sosial masing-masing.

Ibunya juga telah memadam gambar pertunangan Neelofa dan PU Riz di Instagram serta ahli keluarganya sudah tidak mengikuti pendakwah itu di media sosial tersebut.

Tambah memburukkan keadaan, beberapa tangkapan skrin perbualan WhatsApp dari ‘orang dekat’ Neelofa yang mengatakan pasangan tersebut didakwa sudah menikah juga telah tular.

PA Neelofa cari penyebar berita palsu

Kontroversi yang melanda Neelofa beberapa hari lepas.

Ini mengenai hubungannya dengan pendakwah muda, PU Riz atau Haris bin Ismail sememangnya mengejutkan warganet.

Hal ini susulan muat naik ahli keluarga Neelofa di media sosial yang seakan memerli seseorang dengan quotes yang sama.

Mereka juga turut memadam gambar ketika majlis pertunangan dan tidak lagi mengikuti PU Riz di Instagram.

Tambah memburukkan keadaan ialah beberapa tangkapan skrin perbualan WhatsApp yang dimuat naik oleh seorang wanita di Twitter.

Ia berkenaan beberapa dakwaan sehingga mencalarkan imej selebriti itu.

Menurut individu bernama Syamira Safiya, dia mendakwa mendapat maklumat daripada ‘orang dekat’ Neelofa.

Ia mengatakan bahawa pasangan selebriti itu sudah bernikah di Kelantan.

Tambah perbualan itu lagi, Neelofa sekarang dalam proses berubat susulan terkena minyak pengasih.

Dan turut menuduh usahawan itu memindahkan sejumlah wang kepada PU Riz.

Susulan dakwaan yang tidak berasas itu, Pembantu Peribadi (PA) kepada Neelofa yang namanya ‘dipetik’ dalam muat naik wanita tersebut.

Dia telah bertindak meminta bantuan warganet untuk mengesan keberadaan pengguna Twitter bernama Syamira Safiya.

Nadiah Khairuddin juga sempat meluahkan rasa terhiburnya apabila ramai yang tiba-tiba mengaku bersaudara.

Sedangkan dia langsung tidak mengenali individu yang disebutkan oleh wanita itu.

Nadiah turut memuat naik ‘pencariannya’ itu di akaun Twitter.

Ia supaya ada warganet yang dapat sama-sama mengesan keberadaan wanita tersebut.

Ini bagi mendapatkan kepastian berhubung fitnah yang disebarkan beberapa hari lepas.

Setakat ini, Instagram dan juga akaun Twitter Syamira Safiya sudah tidak aktif selepas muat naiknya tular dan membuatkan ramai terpedaya.

Walau bagaimanapun, Neelofa telah menafikan dakwaan-dakwaan  tersebut.

Dan meminta orang ramai tidak mempercayai bulat-bulat setiap kenyataan yang bukan dikeluarkan dari mulutnya sendiri.

PA Lofa Berjaya Kesan ‘Syamira Safiya’ yg Sebarkan Cerita PaIsu itu

Nadiah Khairuddin mengesahkan dirinya sudah berhubung dengan individu yang dipercayai memuat naik paparan skrin WhatsApp yang tular membabitkan Neelofa dan PU Riz baru-baru ini.

Nadiah berkata, dia sudah menyerahkan wanita dikenali Syamira Safiya itu kepada pihak peguam untuk tindakan lanjut.

“Selepas saya memuat naik wajah serta memintanya untuk tampil, akhirnya wanita itu menghubungi saya secara peribadi di media sosial selepas tiga jam ia dimuat naik.

Kena Berurusan Dengan Peguam

“Sebagai pembantu kepada Neelofa, saya sudah meminta dia untuk berurusan dengan wakil peguam saya.

Ini kerana, menerusi paparan skrin terbabit dia secara tidak langsung sudah mengaitkan nama saya,” katanya.

PA Tak Kenal Wanita Tersebut

Menurut Nadiah, dia tidak mengenali wanita berkenaan, apatah lagi pernah bertemu.

“Kami tidak ada apa-apa kaitan. Dia bukan saudara atau kawan saya.

“Cuma apa yang penting, saya hanya mahu membersihkan nama daripada terpalit dengan k0nflik membabitkan majikan dan PU Riz,” katanya.

Tindakkan Kepada Penyebar Berita PaIsu

Perbuatan penyebaran berita palsu yang menyebabkan ketakutan, panik, kegusaran umum, menimbulkan kekecohan dan memudaratkan kestabilan negara akan dipandang serius tanpa toleransi.

Dalam kenyataan media bersama oleh Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia (SKMM) media sosial dan pesanan dalam talian telah menjadi platform utama penularan berita palsu.

Tindakan di bawah Sksyen 505 Kanun Kesksaan boleh di ambil yang memperuntukkan hkuman pnjara sehingga 2 tahun, atau dnda atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, penyebar berita juga boleh di dakwa di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia dengan hukuman dnda RM100,000 atau pnjara setahun atau kedua-duanya sekali.

Neelofa Mohon Semua Bertenang

Neelofa menerusi kenyataannya di Instagram memaklumkan bahawa kesemua tuduhan yang dinyatakan oleh netizen adalah tidak benar.

Tuduhan itu seperti dakwaan dia terkena buatan minyak pengasih.

Menurut jelitawan tersebut, perkara itu sama sekali dinafikan olehnya dan tuduhan terbabit sangat berat.

Dia berada dalam keadaan baik dan berharap agar orang ramai mendoakan kesihatannya.

Selain dairpada itu, Neelofa juga menidakkan dakwaan bahawa dia memindahkan sejumlah wang kepada PU Riz.

Dan paling mengejutkan, tuduhan sudah bernikah juga tidak benar.

Dalam pada itu, bekas pengacara Meletop ini juga meminta orang ramai supaya tidak menerima semua  andaian  tersebut bulat-bulat.

Dan berharap semua yang membaca memikirkan sewajarnya berkenaan dakwaan-dakwaan tersebut.

Walau bagaimanapun, mengulas mengenai hubungannya dengan PU Riz, Neelofa memaklumkan bahawa terdapat cerita tersendiri yang tidak manis untuk didedahkan kepada umum.

Ini kerana dia enggan membelakangkan keluarga dalam membuat kenyataan.

“Apa yang mampu saya katakan, keluarga saya, dan keluarga Haris, kini dalam proses perbincangan untuk mencari titik penyelesaian.

Bagi saya, adalah lebih baik jika perkara ini diuruskan oleh keluarga kedua-dua belah pihak.” Katanya.

Neelofa juga mengambil kesempatan memohon maaf kepada ahli keluarganya dan ahli keluarga PU Riz.

Ini di atas semua perkara yang terjadi memandangkan mereka belum lagi mempunyai sebarang ikatan yang sah.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan yang ada, ingin memohon maaf kepada pihak keluarga saya, keluarga Haris untuk segala perkara yang berlaku.

Saya pasti, tiada siapa yang mahu berada dalam keadaan sebegini.

Lebih-lebih lagi kami masih belum pun ada apa sebarang ikatan.” Tambahnya.

Di akhir kenyataan tersebut, pengasas jenama Neelofar ini memohon kerjasama semua pihak agar memberinya ruang untuk bertenang.

Dan berharap supaya perkara ini tidak terus berpanjangan.

“Sekali lagi, saya mohon kerjasama semua pihak untuk sama-sama memahami dan dapat memberikan saya ruang yang sewajarnya.

Harap perkara ini tidak lagi akan berpanjangan. Terakhir, saya perlukan doa-doa anda buat saya.

Terima kasih juga untuk segala sokongan yang diberikan. Saya sangat hargai.” Ujarnya.

Sumber : Hmetro/kosmo/mstar/OM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *