Semasa

Nampak Kelibat ‘KJ Dlm majlis memperkenalkan calon. Selepas diteliti baru tahu perkara sebenar

Selepas Dr Mahathir Mohamad mengumumkan parti barunya dikenali sebagai “Pejuang” siang tadi, bekas perdana menteri pada malam ini memberitahu nama penuh wadah politik itu sebagai Parti Pejuang Tanah Air.

“Saya tak minat parti baru. Bukan untuk memecah orang Melayu lagi, tetapi untuk memberi tempat kepada orang Melayu supaya mereka dapat memilih sebuah parti yang berjuang untuk mereka untuk rakyat bukan untuk ‘apa aku dapat’.

“Bersatu kena ‘hijack’ dan kami dibuang, saya sendiri sebagai pengerusi dibuang. Pergi mahkamah dan mahkamah kata apa Muhyddin (Yassin) buat betul. Sebab itu kita terpaksa tubuh parti baru.

“Jadi, saya nak isytiharkan parti ini dinamakan sebagai Parti Pejuang Tanah Air,” katanya membuat pengumuman itu pada majlis memperkenalkan calon parti tersebut bagi PRK Slim di Slim malam ini.

‘KJ ada di Parlimen, bukan di Slim River’

Kelibat seorang lelaki yang menyerupai Khairy Jamaluddin pada majlis memperkenalkan calon bebas kumpulan penyokong bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Slim River malam tadi menjadi tular di media sosial.

Bagaimanapun, Pemuda UMNO menafikan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu hadir pada majlis berkenaan.

Exconya, Armand Azha Abu Hanifah menafikan gambar dimuat naik dalam Facebook CHE DET Supporters adalah Khairy, sebaliknya mendakwa bekas Ketua Pemuda UMNO itu berada di Parlimen ketika itu.

“Pada Kelab Che Det, ini (gambar) petang semalam, Khairy Jamaluddin di Parlimen, ‘colour suit’ (warna kot) beliau pun lain daripada colour (warna) dengan gambar korang viralkan (yang) mengatakan beliau ada di program Tun semalam…

“Tanya bro Ibdilillah Ishak, media parti baharu korang ni awal-awal sudah fitnah. Aduyaiiii…,” tulis Armand di Facebook beliau sambil berkongsi gambar Khairy bersama beberapa individu lain di Parlimen petang semalam.

Sementara itu, seorang lagi exco sayap UMNO itu, Ibdillah Ishak mempersoalkan tindakan laman penyokong Dr Mahathir itu dengan meminta bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri ketujuh itu mengambil tindakan terhadap pengendali laman Facebook berkenaan.

“Che Det ‘rindu’ KJ ka? Mamat otak tiga suku mana yang diambil jadi ‘admin page’ (pengendali lama) CHE DET Supporters ni?

“Mantan SUPOL (Setiausaha Politik) PM7, Abu Bakar Yahya Aby sila ambil tindakan kepada sesiapa saja yang jadi admin ‘page’ (laman) ini. Hari pertama parti baru depa dah memalukan dan buat naya kat CheDet,” tulis Ibdillah di Facebook beliau.

Malam tadi, peguam syarie dan peguam bela, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi diumumkan sebagai calon Bebas untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Slim pada 29 Ogos ini.

Amir Khusyairi, 38, akan bertanding bagi mewakili kumpulan penyokong bekas Perdana Menteri itu yang baru menubuhkan parti dinamakan Pejuang.

Pengumuman itu dibuat pada majlis memperkenalkan calon di Bilik Gerakan Utama, Taman Slim Permata dekat Slim River, malam tadi.

Sumber : kec0hape

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *