Semasa

Najib Sentuh Pasal Penderltaan Golongan B40 Sampaikan Tiada Siapa Yang Bangun Pertahnkan Diri

Tiada Ahli Parlimen blok pembangkang yang bangun mempertahankan diri apabila Datuk Seri Najib Razak (BN-Pekan) menyebut tempoh pentadbiran Pakatan Harapan (PH) adalah masa yang sangat sukar bagi golongan B40 ‘bernyawa’.

Najib berkata, sehingga kini tiada seorang pemimpin PH berani mengulas mengenai kadar kenaikan pendapatan isi rumah golongan B40 yang cuma 1.8 peratus setahun bagi 2017, 2018 dan 2019, iaitu jauh di bawah kadar kenaikan tahunan 6.6 peratus bagi 2015 hingga 2016 sewaktu Barisan Nasional (BN) berkuasa.

“ Tahun 2013 dan 2014 jauh lebih tinggi kadar kenaikan pendapatan golongan B40, iaitu pada paras 19.1 peratus kerana semasa itu Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dimulakan. Adakah kumpulan ‘PH Plus’ fikir kadar kenaikan pendapatan tahunan 1.8 peratus adalah cukup bagi golongan B40 untuk menghadapi kos sara hidup yang semakin naik?.

“ Ini membuktikan bahawa dasar-dasar sewaktu kerajaan PH tidak membantu golongan B40 dan M40, sebaliknya lebih memperkayakan golongan T20.

Kadar 1.8 peratus untuk 2017 hingga 2019 pun tidak memberi gambaran sebenar apa yang berlaku di bawah PH kerana pada 2017 ekonomi adalah mantap.

“ Data rasmi Jabatan Perangkaan ini sebenarnya mengesahkan tahun 2018 dan 2019 di bawah PH adalah masa yang sangat sukar bagi golongan B40 dan ini adalah sebelum krisis Covid-19 bermula,” katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan diraja di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata, pada pasca C0vid19 ini, golongan B40 dan M40 juga adalah golongan yang menerima impak negatif paling besar dan berharap kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan memberi keutamaan untuk memastikan kelangsungan mereka.

Najib juga mengusulkan supaya kerajaan menaikkan Had Statutori Hutang 55 peratus kepada paras yang lebih tinggi supaya ada ruangan fiskal yang lebih besar untuk melawan impak ekonomi tanpa terpaksa menjual aset negara pada masa nilai aset rendah daripada pasaran.

“ Saya ingin menyarankan supaya Bank Negara Malaysia dan bank-bank kita untuk mengkaji semula keputusan untuk tidak melanjutkan tempoh moratorium bagi peminjam kerana saya amat bimbang banyak syarikat dan peminjam bank tidak mampu membayar ansuran bulanan apabila moratorium tamat sehingga terpaksa diisytiharkan muflis.

“ Jika bank tidak mampu melanjutkan lagi moratorium untuk bayaran ansuran bagi pokok dan faedah pinjaman, pertimbangkanlah untuk memberi tempoh di mana peminjam cuma perlu bayar ansuran bulanan bagi bahagian faedah saja dan tidak membabitkan jumlah prinsipal,” katanya.

Sumber : hm

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *