Hiburan

Muka Acah2 AIim. Ramai Bengng Dengan Nurul Pghancur Rumh Tangga 0rang

Kali ini pastinya bukan watak Mak Leha mahupun Hayati tapi watak baru yang gigih nak porak perandakan hubungan Mia dan Khuzairi iaitu si lemah lembut yang bernama Nurul. 

Menerusi perkongsian di Facebook, rata-rata netizen memang naik angin sungguhlah dengan si Nurul ini kerana wataknya yang dikatakan acah-acah alim namun penuh dengan agenda tersembunyi tu. 

Malah scene Nurul dalam episod semalam juga membuak-buakkan rasa marah netizen apabila dia dilihat semakin mendekati Khuzairi yang dilakonkan Syukri Yahya.

Tapi yang marah-marah ni sebenarnya kenal tak dengan pelakon yang memainkan watak Nurul ni?

Nurul ‘in real life’ ialah Gadis Berdagu Belah yang cantik! 

Bagi yang tak kenal siapa pelakon disebalik watak Nurul ni, beliau ialah Wafariena Roslan iaitu seorang model, pelakon dan juga penyanyi.

Wafariena ini berusia 25 tahun dan berasal dari Pulau Pinang. Berbakat dalam nyanyian, Wafariena sebenarnya dah ada single yang berjudul Carilah Aku yang telah dilancarkan pada tahun lepas.

Antara karya lakonan lain Wafariena ialah filem Buntat dan telefilem Kisah Seram Hostel. Dia juga pernah mencuba nasib dalam ujibakat Pencarian Dewi Remaja 2019 tau.

Nah gambar ‘Nurul’ versi real life untuk tatapan korang.

Fuh lawa jugak ye si Nurul ni? Dah-dah jangan mar4h lagi ye dengan Nurul. 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Lobak Merah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *