Hiburan

Muat Naik Foto Bernikah, Saiful Apek & Sabrina Ali Khan Cetus Kegembiraan Peminat

Pelawak terkenal Saiful Apek sudah lama berkecimpung dalam arena seni hiburan negara.

Namanya sangat sinonim dengan kumpulan Senario dan mereka antara pelawak terawal yang menghiasi dan menceriakan penonton pada waktu itu.

Apek pernah menyandang gelaran Anugerah Bintang Popular Berita Harian pada tahun 2003.

Kejayaannya dalam setiap filem lakonannya menaikkan lagi nama Apek.

Sepertimana anak seni yang lain, perjalanan karier Apek juga ada pasang dan surutnya.

Apek mempunyai dua orang anak teruna yang sudah meningkat dewasa bernama Mohd Riyadh Aslam dan Mohd Radzin Aiman.

Pernah bercakap kepada portal Harian Metro tahun lalu, kedua-dua anak Apek itu sedang mempersiapkan diri untuk turut melibatkan diri dalam dunia seni.

Si abang Riyadh cenderung ke arah lakonan manakala si adik Radzin lebih ke arah muzik.

Meninjau akaun Instagram Saiful Apek, telah dikongsikan beberapa keping gambarnya bersama pelakon Sabrina Ali.

Umum mengetahui Sabrina adalah ibu tunggal kepada tiga orang cahayamata.

Kapsyen Apek yang mengucapkan kesyukuran itu mengundang tanda tanya di kalangan peminat.

Jom baca perkongsian di bawah :

Muat Naik Foto Bernikah, Saiful Apek & Sabrina Ali Khan Cetus Tanda Tanya

Pelakon dan pelawak Saiful Apek mencetuskan tanda tanya.

Ini apabila memuat naik foto berbaju Melayu putih bersama Sabrina Ali Khan.

Malah, Saiful turut menulis kapsyen yang mencetuskan tanda tanya ramai seakan-akan telah selamat mendirikan rumah tangga dengan pelakon wanita itu.

“Syukur Alhamdulillah, selesai sudah,” tulisnya.

Muat Naik Foto Bernikah, Saiful Apek & Sabrina Ali Khan Cetus Tanda Tanya

Sabrina yang pernah popular menerusi drama Gerak Khas itu turut berkongsi foto sama di Instagramnya.

“Alhamdulillah, syukur Alhamdulillah. Selesai sudah,” tulisnya.

Muat Naik Foto Bernikah, Saiful Apek & Sabrina Ali Khan Cetus Tanda Tanya

Perkongsian foto-foto terbabit dihujani dengan ucapan tahniah selain ada yang turut berspekulasi pasangan itu hanya digandingkan untuk berlakon bersama.

Gempak masih cuba mendapatkan kenyataan rasmi dari Saiful dan Sabrina.

Pelawak Saiful Apek hanya memberikan jawapan ringkas apabila ditanya mengenai fotonya dan pelakon Sabrina Ali yang dimuat di laman sosial Instagram petang tadi (Selasa).

Mengulas lanjut mengenai foto tersebut, Saiful ketika dihubungi Gempak memberitahu akan mengumumkan mengenainya tidak lama lagi.

“Saya minta maaf, saya tak boleh bagitahu sekarang atas sebab-sebab tertentu. Tapi saya akan beritahu nanti.

“Tiba masanya nanti, Insya-Allah,” jawabnya ringkas.

Saiful dan Sabrina pada petang Selasa memuat naik foto berbaju Melayu dan berkebaya putih di laman sosial IG masing-masing.

Foto tersebut kemudiannya mencetuskan tanda tanyadi kalangan peminat Saiful dan Sabrina.

Ini apabila menulis kapsyen seolah-olah telah selamat mendirikan rumah tangga.

Menerusi pemerhatian Gempak, Saiful mula berkongsi foto mesra di IG bersama Sabrina sejak beberapa hari lalu.

Saiful atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohammad Yusoff pernah mendirikan rumah tangga dengan Roslina Abu Hassan pada Jun 1994.

Mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Mohd Riyadh Aslam, 24, dan Mohd Radzin Aiman, 22.

Rata-rata peminat teruja dengan perkongsian gambar mereka bersama ini. Antara komen-komen peminat :

” Wow good news lah utk peminat setia dari kecil lg mcm sa lihat lawak.. “

” Tahniah bro… Semoga semuanya dipermudahkan.. Wahhhh alhamdulillah semoga Dipermudahkan.. “

” Aik kakak sy tuuu.. ” – Syamsul Yusof

” Alhamdulillah. Gitew gitew Tahniah bos..Serius ke nih der alhamdulillah. Saya setuju, Makcik lawa.. “

” Makcik lawa tahniah, Bahagia sampai ke Jannah Aamiin.. Syukur alhamdulillah , semoga Allah prmudahkan segalanya.. “

” Alhamdulillah saiful apek klo benar jadik… smoga bhgia hingga ka Jannah Aaminn… bhgia n berbunga2 hati kami semua tgk hang happy.. “

Instagram : saifulapek, sabrina_ali_dad_khan

Sumber : GEM PAK

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *