Keluarga

Mlm pertama bersama suami tak dpt tembus. Aku pula rsa sakit, tak sangka sebab ini rupanya

gambar sekadar hiasan.Assalamualaikum semua.Maaf kalau ada kekurangan dari segi penyampaian.

Semoga kalian dapat faham dengan cerita yang saya cuba sampaikan ni. Tujuan saya bercerita ni adalah untuk minta doa kalian supaya saya dan suami sembuh dari sihir

yang dikenakan ke atas kami dan juga untuk memberi info kepada pasangan yang mungkin punya masalah macam kami tapi tak sedar.

Kalau ada nombor perawat atau cadangan, mohon tulis di ruangan komen ya. Terima kasih. Saya sekarang dah berkahwin lebih kurang dekat 3 tahun dah dengan suami.

Dan kami sudah dalam proses rawatan sejak awal tahun ni. Macam mana saya boleh sedar saya kena sihir?

Actually saya tak sedar pun. Saya hanya berfikiran positif dan fikir yang ini adalah penyakit klinikal sahaja. Penyakit ni bermula lepas saya kahwin.

Benda pertama yang berlsaya adalah, kami tidak boleh berset*buh. Seakan ada benda block pada f*raj dan rasa sakit yang teramat sangat bila pntration cuba berlaku.

Saya rasa dalam 3 4 bulan gitu kot, langsung tak boleh tembus. Saya ingat mungkin sebab faktor selaput dara tebal, sebab kan setiap wanita berbeza. Jadi, kami biarkan saja untuk natural proses takes its own time.

Lama lepas tu baru boleh tembus dengan izin Allah. Tapi apa yang berlaku adalah, setiap kali lepas berstubuh,

saya akan dapat kencing tak lawas yang sangat kronik. Kencing tak lawas ni first time saya kena, 2 minggu baru lega.

Kencing tak lawas yang sangat sakit, setiap seminit dua saya akan terkencing tapi 2 3 titik je. Sampai kena pakai pad 6 8 keping sehari. Nak buat macam mana,

saya kena lepas jugak kencing ni on the spot, tak boleh tahan untuk ke toilet sebab kalau saya tahan, sakit tu ngilu ibarat lubang kencing kita ni di cucuk2 dengan lidi panas.

Selagi tak lepas, selagi tu rasa sakit dicucuk2. Bila lepas pulak, akan rasa sakit ibarat kemalvan kita dihiris2 dengan pisau kemudian kena tenyeh dengan cili. Tersangatlah pedih Allah sahaja yang tahu.

Sampai mengerang saya setiap kali nak buang air kencing yang 2 3 titik tu. Kaki sejuk jangan cakap la. Macam rendam dalam ketul ais.

Memang badan menggeletar bila kena kencing tak lawas ni. Memang rasa nak demam. Kena selimut sampai kepala. So, pendek cerita, saya pegi klinik, Dr bagi ubat biasa je antibiotic.

Dia kata apa yang saya alami ni adalah honeymoon sindrom. Perkara biasa untuk orang perempuan yang baru kawen.

Sebab badan kita tak biasa lagi dengan anggota lelaki katanya. Dia suruh praktis cara basuh kemalvan yang betul dan hygiene praktis before & after set*buh dengan husband.

Tapi bila dah kerap sangat jadi & saya asyik patah balik pegi kat dia lepas semua nasihat dia saya dah amalkan, last2 dia refer saya kepada Dr pakar. Sebab dia kata benda ni tak normal.

Saya pun pegi la check, buat semua klinikal test, tapi resultnya hanyalah jangkitan kuman sahaja. Every other things are fine. Result yang sama, ubat yang sama tapi yang lebih kuat dan lebih kuat lagi.

Berapa pakar dah saya lompat. Pakar sakit puan la, pakar saraf la, pakar buah pinggang la. Siap lompat hospital lagi. I’m Last sekali, Dr tu sendiri suruh saya try alternative lain. Minum pati cranberry etc. & tak payah makan ubat dah.

Saya rasa mungkin dia concern long term effect kot. Saya amalkan yang Dr tu suruh. Tapi lama2 takda effect.

Last2 saya tahan je sakit tu kencing tak lawas tu guna kekuatan diri sndiri. Mengerang sakit sampai la kencing tak lawas tu hilang sndiri. Seminggu ke 2 minggu ke.

Tahan je. Sampai tahap gila2, sebulan pun masih tak hilang. Penyakit tu smpai saya dah kebal dah dengan rasa sakit dia. On off.

Kejap ada kejap takde, kejap rasa kejap tak. Doa & tawakal je time tu sebab nak solat pun susah, nak baca Quran, nak buat ibadat sebab badan kita sentiasa dalam keadaan naj1s.

Pakai pad kencing selalu. Dan saya perasan kencing tak lawas ni akan berlsaya paling teruk bila nak dekat asar smpai la tengah malam sebelum tidur. Tu lah kemuncak dia.

Tapi lama2 timing dia tu berubah sampai la tahap paling teruk sekali dari celik mata, sampai la tidur balik. Saya sampaikan takut nak set*buh dengan suami saya sebab kesannya saya akan sakit sampai 2 minggu.

Dah la masa set*buh tu pun cuma rasa sakit je, lepas tu tambah pulak sakit 2 minggu lepas tu. Mesti korang tertanya kenapa la saya tak pergi berubat kampung.

Ada, saya ada pergi dekat sorang ustazah ni untuk dapatkan rawatan ruqyah tapi dia cakap saya takde gangguan. Suami saya je ada gangguan sikit.

Mungkin terkena masa pergi mana2. Benda tu menyinggah dia kata. So, lepas tu saya tak pergi dah la. Buat rawatan macam biasa je yang mandi daun bidara tu.

Tapi lepas tu masih jadi jugak. Disebabkan duk ingat penyakit klinikal & saya takde gangguan, kami pun pergi la ke haemopati pulak.

Haaa kat situ la first time bila Dr tu check, dia dapat rasa yang saya ada gangguan tapi dia tak mampu nak rawat. Jadi Dr haemopati tu suruh saya saya dapatkan rawatan islam.

Tapi kami tak pergi sebab sibuk dengan keja & parents in law pulak tak percaya yang kami ada gangguan. Diaorang duk suruh pergi dapatkan rawatan klinikal sahaja. Jadinya terbatas di situ.

Tapi memang pun, selalu kalau kita ada gangguan ni memang benda tu akan buat macam2 bagi usaha kita nak dapatkan rawatan islam tu tak jadi.

Sebagai contoh tetiba sihat la. Dia skip kejap beberapa kali dari jadi kencing tak lawas lepas set*buh tu. So, saya pun ingat saya sihat dah la.

Rupanya tak, jin setan tu acah2 sikit di situ. Tapi lama2 saya dan suami asyik bergaduh. Bergaduh takde punca. Kitaorang kerja sendiri, ada kedai. Setiap kali keluar je dari pintu rumah nak pegi kerja kitaorang akan bergaduh.

Takde punca. Dua dua akan moody dan bertekak sepanjang hari. Kitaorang sedar benda tu, dan akan asyik minta maaf lepas tu.

Tapi kalau kat rumah tak bergaduh pun. Bila buka slot Pesona d’Zahra Ustaz Amin kat IKIM, mesti kitaorang akan cakap, haa tengok tu kita kena pergi check ni. Asyik gaduhhh je tak bersebab.

Kena pergi pusat syifa ni. Tapi tak pergi2 pun. Entah lah. Asyik terhalang je niat tu. Macam2 hal. Sampai la satu hari, mak mertua saya tolong pergi kat sorang ustaz ni minta buat air penawar dengan daun herba untuk hilangkan kencing tak lawas aku. Saya minum tapi tak jadi apa jugak. Last sekali mak mertua bawak saya sekali.

Kat situ la pertama kalinya saya dapat tahu yang saya terkena sihir kunci. Dan fast forward cerita, dah beberapa perawat saya pergi.

Ada yang cakap saya ada gangguan, ada yang cakap saya takde apa2 gangguan. Mungkin terhijab kot. Sebab kawan saya yang biasa kena sihir memang ada cerita dia dulu pun ada perawat yang terhijab tak nampak gangguan dalam diri dia.

Tapi untuk perawat yang cakap saya ada gangguan tu, semuanya cakap saya kena sihir kunci. Bagi yang nak tahu secara general simptom sihir kunci ni korang boleh la Google.

Tapi beware sebab korang akan rasa seram & tak selesa bila baca tu. Lagi2 yang tunjuk sekali gambar barang perantaraan sihir tu.

Ok sambung balik. Sampai la saya pergi kat sorang perawat ni, setelah diruqyah, dia bagi tahu saya sihir kunci yang dikenakan ke atas saya ni sangat lah berat.

Penyihir saya gunakan kaedah patung macam patung voodoo tu. Guna bomoh siam. Kat patung tu, rahim saya kena kunci ibarat kunci mangga supaya tak mengandung.

Far*j saya kena tusuk buluh sebab tu macam kena block tak boleh buat penetration. Paha saya pun kena kunci ikat supaya tak boleh renggang untuk bersama.

Leher saya kena jerut dengan tali tangsi kemudian dijahit ke atas kepala sepanjang muka saya dan ada mata kail cakuk kat muka kiri & kanan.

Oh lupa nak cerita setahun sebelum saya jumpa perawat ni, dalam tempoh saya kencing tak lawas tu, satu pagi tu saya bangun dalam keadaan saya rasa tercekik. Macam terlekat biji buah.

Telan je benda tu gerak tapi tak turun. Cuba muntah pun tak keluar. Bila pegang kat tengkuk, boleh rasa kita tengah grip benda tu.

Risau jugak takut kanser ke apa. Pergi check kat pakar sampai masuk kamera segala. Keputusan dia takde apa. Dr tak dapat detect.

Dia kata mungkin muscle contraction sebab stress. Setahun benda tu tak hilang dari anak tekak aku. Berlenja2 air liur sebab rasa terlekat kan?

Mulut kita automatik berair nak bagi boleh telan benda terlekat tu. Oh ya, benda tercekik ni rasa lagi kuat bila kita baca Quran.

Makin menjadi2 pulak rasa terlekat tu. Dan jerut2 leher jahit2 mata kail ni tujuan dia adalah supaya saya tak boleh makan, muka bau busuk & nampak hodoh di mata suami.

Dan memang suami saya cakap dia ada bau sebelum ni cuma dia tak bagi tahu saya sebab takut saya terasa. Dada (payudara) saya pulak ditikam sebelah dengan pisau.

Perawat tu kata kalau biar lama boleh jadi k*nser payudara. Sebab tu saya rasa sakit berdenyut kat dada sebelum tu. Suami saya pulak disihir supaya ada masalah dgn keluarga aku. Supaya diorang tak ngam.

Tapi Alhamdulillah, Allah gerakkan jugak hati saya untuk bertemu dengan perawat tu. Memang takes time lama untuk sembuh dia kata sebab badan kena teruk. Hakikinya di luar memang tak nampak.

Tapi batinnya dia kata badan saya teruk dah. Cuma subhanallah Allah maha kuasa maha penyayang, Dia lindungi aku.

Sekarang ni dah hampir 10 bulan sejak saya buat rawatan dengan dia. Hampir hilang dah smua rasa sakit tu.

Tekak pun tak rasa tercekik dah, dada pun tak sakit dah. Cuma kencing tak lawas ni je yang kadang2 jadi. Doakan saya kalian. Semoga sembuh sepenuhnya yang tiada sakit dah selepas tu. Perawat tu cakap saya kena sihir ni sangat sangat lah teruk. Boleh m*ti.

Dan kesannya memang melemahkan sistem peranakan aku. Kalau terlambat boleh mandul. Tapi Allah selamatkan aku. Sihir yang dihantar tu tak diizinkan menjadi sepenuhnya. Sikit2 sahaja yang jadi ni. Ya, sikit2 je yang jadi ni kalian, yang saya rasa ni.

Kalau Allah izinkan sihir tu jadi sepenuhnya tah la jadi apa dah dengan saya sekarang ni. Tah hidup lagi ke tak tak tau lah. Oh ya, first simptom kalau la korang tak kawen lagi,

kalau korang tetiba asyik teringat dekat seseorang ni sampaikan nangis2 sedih2 sampai nak kena tengok bumbung rumah dia or stalk socmed dia, or sampai tak nak kawen dengan tunang korang, please, benda ni tak normal.

Tolong pergi check dengan perawat perubatan islam. Takut2 korang dah terkena time tu, macam aku. Dan simptom2 lainnya benda biasa la mcm badan berangin sangat especially lepas asar.

Sakit kepala. Sakit urat belikat kat area tengah belakang dengan antara tulang kepak. Gelisah tak senang duduk. Badan lebam2. Mimpi ular. Saya tak mimpi ular sebelum kawen. Tapi saya saya mimpi ular lepas kawen.

Banyak kali gila. Tahun pertama kawen, berkali2 saya mimpi ular. Memang banyak kali lah. Ular hitam la, coklat la, emas la, krim la. Sekali dengan tokong siam saya mimpi. Banjir besar toksah kata la. Mimpi macam tsunami macam cerita omputih yang nak kiamat tu.

Puncak bukit je timbul. Tu pun last sekali dengan puncak2 tu tenggelam. Berpeluh2 saya kalau terjaga dari mimpi gitu. Saya sangat sangat sangat sangat sangat sangatttt perlukan doa kalian.

Ustaz Amin cakap bila yang Haq & yang Batil usahanya sama kuat, sama banyak, Allah akan menangkan usaha yang Haq ni. Jadi sebab tu saya menulis di sini,

andai kata ada usaha saya lopak2 kat mana2, tak cukup, saya harap doa kalian dapat tampung balik lopak2 tu dan jadikan usaha yang Haq ni lebih banyak & kuat dari usaha Batil pihak sana.

Mohon doakan supaya penyihir saya tu bertaubat & tak ulang buat perkara syirik ni lagi. Saya maafkan dia. Moga dapat hidayah & taufik untuk keluar dari lembah ni. Masih tak terlambat.

Semoga sesiapa yang baca kisah saya ni, dia boleh take note akan perubahan dalam diri dia & pasangan.

Baik dari segi fizikal mahupun emosi. Benda ni lagi bagus kalau dapat detect dari peringkat awal. Maknanya tak melarat teruk smpai sebati dengan tubuh.

Semoga kalian yang senasib rasa macam yang saya rasa, sembuh dengan sembuhan yang sebenar2nya yang tiada lagi sakit selepas itu dengan izin Allah. Aamin ya rabb.

Korang yang mana ada info tentang mana2 perawat tu boleh komen ya. Semoga dapat bantu orang lain yang ada masalah yang sama. Dan percaya lah, memang ramai.

Sihir kunci ni termasuk dalam kategori sihir pemisah. Untuk korang yang dah sihat atau pun pengalaman dari siapa2 yang korang kenal, boleh share jugak petua untuk kuatkan semula sistem peranakan.

Saya & suami sekarang tengah usahakan untuk dapat zuriat. Doakan kami. Kalau ada nak recommend bidan urut mana2 boleh tinggalkan di komen ya.

Disini saya kongsi kan amalan yang boleh korang amalkan untuk rawat diri sendiri & juga sebagai pendinding. Semoga bermanfaat untuk kalian.

1. Baca doa Kahbul bahr selalu untuk jagaan daripada jin.

A’uzubiwajhilla hil ‘azhim. Allazi lai sasyai un a’zhomaminh. Wabikalimatillah hittammat. Allati layujawizuhun nabaruwwala fajir. Wabi asma illa hilhusna kulliha. Ma ‘alimtuminha wa ma lam’alam. Minnsyarrima kholaqo wazaro awabarok.

2. Baca aurad tahsin lepas subuh @ lepas mahgrib.

3. Baca ratib al attas lepas subuh @ lepas mahgrib.

4. Baca hizb bahr lepas asar.

5. Setiap pagi dan malam baca ayat kursi 1x, al ikhlas 3x, al falaq 3x, an nas 3x.

Selepas subuh lepas terbit matahari dalam tempoh 3 jam selepas itu & selepas terbenam matahari dalam tempoh 3 jam selepas itu. Dan juga selepas setiap solat fardu, sebelum bacaan doa.

Akan ada jagaan yang kuat pada diri dan gangguan sihir atau niat jahat itu akan terputus & terbatal.

6. Baca ayat kursi 1x pada setiap 4 penjuru rumah selama 40 hari. Niat untuk jagaan rumah daripada gangguan jin & sihir.

7. Daun bidara 7 helai, yang elok muda takde lubang2, tumbuk dengan lesung batu sampai hancur, baca ayat kursi 1x, al falaq 3x, an nas 3x. Minum 3x teguk kemudian baki air buat mandi.

8. Baca Surah yunus ayat 81, 25x.

9. Baca pada air minum al fatihah 7x, ayat kursi 7x, al ikhlas 11x, al falaq 11x, an nas 11x.

10. Banyak kan baca ayat kursi.

11. Baca 2 ayat akhir surah baqarah 3 hari berturut2.

12. Baca bismillah bila tutup pintu rumah. Setan tak boleh masuk.

– Hamba Allah (Bukan nama sebenar)

Sumber : iium confession

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *