Keluarga

Mertua ckp aku tak elok dibuat bini lepas dia kena pam tandas lps aku berakk,suami mnangis bila dpt tau hal sbenar

Assalamualaikum. Nama saya R, bekerja dalam industri penerbangan, menetap di negara Z. Suami H bekerja dalam industri perkapalan, dan seorang anak, 3 tahun.Kami dah 6 tahun berkahwin dan jujurnya H adalah kawan saya masa kami kahwin. Tiada langsung rasa cinta masa tu, sebab saya dah penat nak kenal mana-mana laki untuk melalui fasa bercinta sebelum kahwin.

Jadi bila H lamar, saya terima saja lepas mak abah saya bagi restu.Saya tak tahu mak H restu ke tak perkahwinan kami, sebab masa melamar, mak datang seorang diri, hanya bertemankan adik H. Saya tak fikir banyak pasal ni, tapi tak lama lepas kami kahwin, mak H bagitahu saya tentang betapa dia lebih sukakan menantu dari selatan berbanding utara.

Saya dan keluarga berasal dari utara.Mak juga ada menyatakan perihal dua pupu H yang juga menetap di negara Z, bekas graduan luar negara dan kerjanya setaraf dengan kerja H. Plan mak H adalah untuk jodohkan dua pupu itu untuk H, tetapi hajatnya tak kesampaian bila H pilih saya untuk jadi isterinya.

Bila saya tanya H pasal ni, H jelaskan perkara ni tak jadi sebab H tak setuju.Saya hanyalah graduan universiti tempatan dan pemegang diploma. Saya terpaksa tolak sambung ijazah sebab taknak susahkan mak abah saya. Abah pesara kerajaan, mak kerja kerani dalam badan kerajaan serta saya ada 6 orang adik yang masih belajar masa tu.

Jadi, saya nekad ke Z, seorang diri, dan alhamdulillah dah 15 tahun saya kat sini, dari bujang sampailah berkeluarga.Rezeki yang saya dapat selama bekerja di negara Z, saya pastikan separuh darinya untuk kegunaan saya dan keluarga, manakala separuhnya lagi saya simpan. Saya tak pernah guna kad kredit atau ambil pinjaman bank.

Alhamdulillah rezeki tu sentiasa cukup bagi saya.Dari zaman bujang lagi saya dah amalkan macamni, sebab saya tahu andai tiba2 saya pulang ke Malaysia, ini sajalah bahagian saya untuk dinikmati masa tua. Saya tak pernah lokek nak belikan hadiah untuk keluarga, hulur-hulur pada yang memerlukan, dan sentiasa bawa keluarga jalan-jalan atau makan besar, sekali sekala bila saya pulang bercuti ke Malaysia.

Jadi bila dah berkahwin saya berkongsi pulak rezeki dengan keluarga H.Andai masa bujang saya sentiasa belikan mak abah hadiah, sekarang saya belikan juga untuk mak H dan sentiasa dahulukan mak H untuk pilih mana berkenan, dan apa yang tinggal itu saya beri pada mak abah saya. Saya cuba lebihkan pada mak H, yelah dah nama pun mak mertua kita.

Macam mak sendiri jugak. Asal dia happy, anak dia mestilah happy, saya pun lagi lah happy kan. Bermulalah H macam dah bg hint2, it’s about time for us to think about having kids.Saya ingat panas sampai ke petang. Lepas saja saya habis cuti beranak, anak saya masa tu 8 bulan, H hilang kerja dan punca pendapatan.

Dia adalah antara pekerja yang dibuang masa recession 2017-2018. 6 bulan pertama habis semua gaji dan simpanan H digunakan.Lepastu, setahun setengah kami survive guna simpanan dan gaji saya. Simpanan saya sepanjang 12 tahun.

Saya tolong selesaikan hutang H belajar di oversea dulu, hutang ASB H, hutang rumah H di Malaysia, hutang kereta H di Malaysia yang mak H guna, hutang kad kredit H dari 3 bank berbeza. Duit belanja untuk mak H dan mak abah saya, bayar gaji pekerja (masa ni kami ada perniagaan kecil tapi perniagaan tak menjadi sebab langsung tak ada untung malah saya keluarkan duit sendiri.

Masa ni kami betul2 dalam keadaan susah. Tambah pulak sejak H hilang kerja, H hilang kelayakan untuk menaja diri sendiri dan anak kami. Kerja saya pula tak melayakkan untuk menaja H dan anak. Maka, setiap sebulan, saya, H dan anak akan terbang ke negara sebelah, dan pulang pada hari yang sama.

H dan anak masuk kembali ke negara Z menggunakan visa pelawat. Anak saya masa tu 9 bulan. Dan masih menyusu badan. Saya gigih temankan H sebab saya tak sampai hati biarkan H seorang handle anak kecil. Kami tak pernah nak mintak tolong dari keluarga kat Malaysia.

Saya tak nak mak abah saya risau.H pun saya nasihatkan jangan risaukan maknya. Kadang2 perbelanjaan untuk mak, mak abah kami terkurang, or missed. Tapi H akan mesej mohon diorang faham keadaan kami masa tu. Masa kesusahan kami ni, hadiah-hadiah dah berkurang, duit hulur-hulur pun berkurang, lalu saya nampak siapa kawan, siapa lawan. Awal 2019, H dapat tawaran kerja, tapi di negara N. Alhamdulillah.

Walaupun gaji yang ditawarkan kurang banyak dari gaji sebelum H dibuang kerja dulu tapi sekurangnya kami ada pendapatan lebih. Anak saya pun akan mula persekolahan pada hujung tahun ni, maka two jobs are better than one. Dan H pun mula kotakan janjinya masa kami susah dahulu.Jujurnya saya tak harap, tapi saya ambil dan simpan pemberian H.

Since H dah takde kat negara Z, saya terpaksa mintak tolong mana-mana ahli keluarga saya yang sanggup datang ke sini untuk jaga anak saya masa saya kerja.

Keluarga lah harapan kami. Saya sebolehnya taknak susahkan keluarga, tapi masa tu kami betul-betul terdesak. Maka mak H, mak saya, dan adik-adik saya yang tengah cuti belajar, menawarkan diri. Maka bergilirlah antara yang menawarkan diri ni datang ke Z untuk jagakan anak saya. Saya gunakan kelebihan kerja dalam industri penerbangan ni untuk bergilir bawak keluarga saya dan mak H, untuk tengokkan anak saya kat sini.

Habis kerja, saya yang jaga. Dan saya hulur sikit untuk ahli keluarga yang datang tolong. Kerja saya ni ikut jadual yang berubah ubah setiap bulan, dan masa kerja saya tak tentu siang malam pagi petang. Bab makan saya tak cerewet. Kalau tak sempat masak, saya beli luar.

Kadang kalau kerja teruk sangat, lepas kerja, saya balik tidur tak keluar bilik, abai makan abai anak, just sekadar berehat untuk syif kerja seterusnya. Bukan saya nak kata kerja saya paling teruk, kerja semua orang pun teruk. Tapi since masa kerja saya agak tak normal, mentally and physically exhausted tu dah macam makanan bagi saya. Baru-baru ni, kami sekeluarga pulang ke Malaysia. Sampai je KLIA, kami balik selatan.

Itu memang rutin, andai kami balik Malaysia, selatan dulu kami tuju. Masa hari terakhir kami di selatan, sebelum kami berangkat balik ke utara, saya dikejutkan dengan H menangis masuk bilik, dan suruh saya kemas barang dan masuk kereta.

Saya tergamam cuba mintak H bertenang tapi H berkeras suruh saya keluar. Masa nak keluar rumah dalam keadaaan terpinga-pinga, saya cuba salam dan pelok mak, tapi mak elak dan katakan mak tak pernah denggki iri hati busok hati apa-apa dengan saya. Saya betul-betul lost masa tu.

Apa yang mak cuba bagitau? H dah kat luar, dok suruh saya masuk kereta. Saya masih tak berganjak selagi saya tak salam tangan mak. H hilang sabar, masuk semula ke rumah dan minta maknya ulang kembali apa yang baru disampaikan pada H sebentar tadi, yang membuatkan H menangis. Saya ni tergamam tengok drama dua beranak ni. Mak seolah olah cuba elak berhadapan dengan situasi. H desak jugak mak untuk berkata jujur.

Akhirnya mak meluahkan apa yang dirasa.Mak cakap H dah berubah. Mak merasakan saya melarang H sayang pelok ciom mak macam dulu. Dia merasakan H banyak berubah kerana saya h4sut dan saya denggkikan hubungan H dan mak. Mak merasakan saya melayannya seperti orang gaji sepanjang sebulan keberadaannya di rumah kami di negara Z. Saya terduduk bila dengar mak H cakap macamtu.

Saya cuba bertenang dan tanya, ‘bahagian mana yang mak rasa R ni layan mak macam orang gaji?’ Mak tengok muka saya dan jawab: Saya ber4k tak pam dan harapkan mak yang pam. Saya suruh mak pesan-beli makanan sendiri. Pernah sekali saya dan anak saya seharian tiada s4kit perut cirit birit, sedangkan mak claim dia makan apa yang saya dan anak saya makan, tapi dia seorang cirit teruk.

Mak seolah superstitious dan cuba menyalahkan saya dalam hal ni.H langsung bangun pertahankan saya. Dia sedia maklum dengan keadaan tndas rumah kami, yang masa tu sentiasa rosak. Kadang dah pam pun, t4hi keluar balik.

Saya sayai ada sekali mak tegur pasal tu, dan saya cakap dah pam dan agaknya terkeluar balik dan saya terlepas pandang hal tu.Saya ada maklumkan pada H pasal hal kerosakan tu. Kami dah bagitahu pihak pengurusan studio, tapi tak boleh buat apa katanya pasal tekanan pam rendah.

Dapur sentiasa stocked up. Tak pernah saya kedekut hal makanan.Silap saya bila saya mintak mak bagitahu pada saya apa mak nak makan, so that saya boleh order. Tengok pamphlet mana yang mak nak, nanti saya orderkan terus dari app untuk dia makan. Mana saya tau mak nak makan apa. Bila mak cakap mak kenyang dah masak dan makan, I took her words seriously dan tak order apa-apa. Now it became an issue for her.

Masa ni saya faham apa kaum laki rasa bila tanya gf nak makan apa dan gf jawab tak lapar; IT’S A TRAP.Bila mak sebut je pasal mak seorang cirit dan saya dan anak takde apa-apa, saya mnggeletar hilang sabar. Saya tanya balik, apa yang mak maksudkan? Mak diam.

Mak cuba cakap saya ni guna sihiir ke? Mak diam. Dan dia kemudiannya bagitahu yang pada hari dia cirit tu dia berpuasa dan berdoa pada Tuhan andai saya ni ada denggki pada dia, tunjukkanlah. Makanya dianggap cirit tu sebagai tanda saya ni denggki pada mak mertua sendiri.

Saya hilang sabar. Saya dah menangis-nangis masa tu. Fiitnah saya mnyihir ni saya tak boleh terima. Abah saya s4kit dari muda sampai tua pasal orang menyiihir rebutkan jawatan, rebutkan tanah, saya faham s4kit dis1hir orang tu macam mana.Sejhat-jhat saya, saya tak gile lagi nak bersekutu dengan setan. Saya menangis-nangis hilang akal sampai bersummpah kalau betul saya yang siihir mak mertua saya, Allah tarik je nywa saya dan anak saya masatu.

Ya Allah skitnya rasa bila kena f1tnah. Saya betul-betul kecewa sangat masa tu. Saya hilang langsung pertimbangan.Mak jadi makin galak bila tengok saya hilang akal. Masa saya terduduk menangis sambil dukung anak saya, dia datang depan saya dan jari telunjuknya di tunjuk-tunjuk depan muka saya sambil cakap tak payahlah mnipu. Dia tau saya ni hati busok. Penipu. Kuat denggki. Denggkikan dia.

Saya suruh H balik pada mak. ‘Syurrga awak dengan mak. Pulangkan saya balik macam mana awak mintak saya kat mak abah dulu’. Saya nekad. H terdiam tengok saya dan istighfar.H ajak saya balik. Ditarik nya tangan saya sambil mnangis. Saya turut. Sampai pintu keluar, mak campak ke tanah duit-duit pemberian H. Di menjerrit-jerrit pada saya yang saya perempuan tak elok.

Perempuan tak layak dibuat isteri.Disuruhnya H cari isteri lain dan tinggalkan saya. Di ulang-ulang perkataan hati busok, perempuan tak elok sebagai isteri pada saya.Sisi lain mak keluar masa tu. Dah macam kena r4suk pun ada. Masa ni, lama saya berdiri depan pintu, membelakangkan mak sambil telan semua c4ci m4ki dia kat saya. Saya ingat sebutir sebutir setiap c4ci m4ki mak kat saya.

Sepatah saya tak melawan.H start kereta, terus gerak. Terhuyung hayang kereta H bawak. Saya suruh H stop tepi. Lama kami mnangis sama-sama. Tapi H decided untuk patah balik, sebab H nak mintak izin pulang pada maknya. Saya tak tau apa jadi lepas tu sebab saya tak dibenarkan H untuk ikut masuk ke rumah.Masa tu saya masih lagi dok tersedu sedu menangis dalam kereta.

Anak saya terdiam kat car seat. Lepas H dah setel urusan dengan mak nya, H keluar sambil menangis. Terus kami gerak pulang ke utara. Sepanjang jalan kami banyak diam. Kejap-kejap kami berhenti tenangkan fikiran. Saya dengan nangis tak payah cakap la.Jujurnya, saya traumma. Sampai sekarang, out of nowhere saya akan suruh laki saya pulangkan saya pada mak abah saya.

Saya tak mintak kawin kalau macam ni drama nya. Saya rasa lepas je kejadian kena h1na dengan mak mertua sendiri, saya jadi ralat dengan situasi.Yang buat saya terpikir panjang dan ralat; sebenarnya saya dah cukup senang dengan kehidupan saya yang bujang dulu, kenapa perlu saya kahwin dan tambah masalah? Saya dah tenang aman damai cukup makan pakai, bahagia dengan family saya.

Kenapa saya bdoh sangat pi terima nak menjaga anak orang? Mak rasa H adalah anak terhebat terbaik serba serbi cukup jaga diorang anak beranak, kenapa perlu tambah saya yang bermasalah dan tak belajar tinggi ni?Disebabkan drama ni la, saya mengsaya kat H lepastu, saya menyesal kahwin. Kalau ada masalah kat H, kenapa saya yang disalahkan?

Padahal saya baru hidup dengan H 6 tahun. 30 tahun lebih H bukannya saya yang jaga, kenapa saya yang disalahkan andai H ada buat silap? Dan H is not a kid anymore, for God’s sake.Selama saya hidup, saya tak pernah berhutang, tapi H ajar saya ambik pinjaman bank, makan r1ba.

Sebelum saya kahwin saya hidup bebas hutang berdiri atas kaki sendiri sesen pun saya tak menyusahkan family saya atau orang lain. Ingatkan lepas kahwin katanya akan ada imam akan tunjuk jalan, guide saya ke jalan yang lebih membahagiakan.

Sekali kawin dengan laki yang ajar makan r1ba lepastu dapat pulak pakej kena h1na dengan mak mertua. Simpanan saya pun habis licin. Ni kalau mak abah saya tau hal ni, mnangis saya rasa. Saya tawar hati sungguh. Saya sedar saya orang luar tapi saya tak mintak pun nak kawin dengan H.

Ambik anak orang elok-elok, kalau dah meluat sangat, pulangkan cara elok. Bukan dengan m4ki h4mun. Kalau anak-anak mak pandai cakap suruh paham situasi mak la bagai, habis saya ni takde situasi?

Saya ni anak takde mak bapak ke yang sedap kena hambur macam anj1ng? Memang mudah bercakap, mak yang lahirkan dan besarkan kita, habis saya ni mak bapak saya tak besarkan ke sebabtu sesedap rasa orang luar boleh hambur macam-macam? Saya kecewa amat dan saya takde harap apa lagi dah dalam perkahwinan kami.Jujurnya saya menyerah. Saya taknak tanggung dosa jadi menantu h4ntu tapi H tetap taknak lepaskan saya.

Saya taknak H tanggung dosa sebab tersepit antara saya dan mak, jadi eloklah saya dilepaskan.Andai H baca nukilan saya ni, jujurlah pada situasi. Saya taknak dia menambah dosa dengan mak sendiri. Lepaskan lah saya. Saya bukan lahir kat dunia ni untuk jaga anak orang. Biar saya jaga diri sendiri lepasni.

Saya ingat dengan berkahwin ni saya akan dilindung. Bukan saya yang kena melindung. Tengok dari keadaan kita sekarang ni, jujur saya penat.Saya mintak, kesiankan lah saya. Lepaskan lah saya. Saya taknak H tanggung dosa. Insya Allah isteri boleh cari lain. Mak kita tu la satu. Awak balik pada mak awak syurrga nan satu. Tolong. Jangan k3jam s3ksa saya macam ni. Saya tak sanggup

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *