Hiburan

Menu Butir Nako, 4 Tan Bunga Ros Segar, Ini 10 Momen Sewaktu Majlis Perkahwinan Neel0fa & PU Riz

Majlis pernikahan Noor Neelofa dan Haris Ismail berlangsung dalam suasana yang sangat indah.

Diadakan di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur, Neelofa sah bergelar isteri kepada Haris dengan sekali lafaz sekitar pukul 11.43 pagi tadi.

Kami senaraikan 10 momen-momen manis yang terjadi sewaktu majlis yang hanya dihadiri oleh 200 tetamu itu berlangsung.

 

1. Majlis yang diadakan secara tertutup telah bermula seawal 10 pagi dengan kedatangan tetamu-tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan teman rapat kedua-dua pasangan.

2. Antara rakan selebriti yang hadir pada hari bahagia ini ialah Izara Aisyah, Kilafairy, Hannah Delisha, Awal dan Scha, Shalma Ainaa dan Datuk Rizalman.

3. Hari bahagia kedua mempelai lebih meriah apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Al-Bakri turut hadir sebagai jurunikah.

4. Semua tetamu diwajibkan memakai pakaian serba putih, selari dengan tema majlis, all white.

 

5. Neelofa jelita ditatarias jurusolek Sharman Yee dan busana pengantin dari Alia Bastamam. Hiasan dewan dan pelamin pula daripada RekaTeemor.

6. Semuanya serba putih, dari pasangan mempelai sehinggalah ke hiasan dewan yang dipenuhi 4 tan bunga segar berwarna putih yang direka oleh ReekaTeemor.

 

7. Neelofa tersadung sewaktu berjalan menuju ke pentas pelamin sebelum upacara melafaz akad dimulakan.

8. Adik Neelofa, Aqief sebak dan terdiam ketika ingin menyebut nama kakaknya, sewaktu upacara akad nikah.

9. Majlis turut diserikan dengan persembahan nasyid oleh Lah Ahmad dan kumpulan InTeam.

 

10. Santapan yang dihidangkan memang sedap. Antara menu pada majlis ini adalah kerabu pais aneka laut, sup ekor lembu, nasi biryani utara dan butir nako

Kredit Foto: : Wedlocx.co

Rakaman Neelofa Hampir Terjatuh Masa Naik Tangga, Berlari Pengapit Cuba Selamatkan

Spekulasi perkahwinan selebriti popular, Neelofa, 32, dan pendakwah bebas, Haris Ismail atau PU Riz, 26, terjawab selepas beberapa foto majlis mula tular.

Ini termasuk poster walimatulurus dan kad yang diletakkan di atas meja tetamu di dewan nikah yang dihiasi indah dengan bunga segar putih.

Ahli keluarga juga dilihat mengemaskini persiapan untuk menghadiri majlis istimewa Neelofa dan PU Riz yang dijangka berlangsung pada bila masa-masa.

Noor Nabila pagi tadi telah memuat naik fotonya dan Aleesya berpakaian serba putih dilengkapi selendang dan memberi kredit kepada jurusolek, Jijie Zainal.

Sementara itu tinjauan Gempak di lokasi pernikahan Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur, mendapati kedua-dua buah keluarga mempelai sudah mula memenuhi ruangan nikah.

Mnurut sumber terdekat yang boleh dipercayai, bekas pengacara MeleTOP itu dan kekasih hatinya diijabkabulkan hari ini sekitar pukul 10.30 pagi.

” Majlis pernikahan berlangsung pada sebelah pagi ini. Majlis hanya dihadiri ahli keluarga dan kenalan rapat saja, segala perincian akan diumumkan sebaik mereka diijab kabul,” ujar sumber berkenaan.

Menariknya, tema yang dipilih memerlukan kedua mempelai dan semua tetamu yang diundang ke majlis berkenaan mengenakan busana berona putih.

Sementara itu, Neelofa dilihat anggun berbaju putih berjalan memasuki dewan pernikahan.

Bagaimanapun sesuatu tidak dijangka apabila Neelofa kelihatan hampir terjatuh ketika berjalan menaiki tangga.

Mujur tiada apa-apa tidak diingini berlaku.

Terdahulu, bibit-bibit cinta antara NeeIofa dan Haris semakin mekar apabila mereka bekerjasama membangunkan sebuah pertubuhan kebajikan yang dinamakan Pertubuhan Kasih NeeIofa Jun tahun lalu.

Sejak itu, Haris dilihat semakin kerap mengunjungi kediaman keluarga NeeIofa di Damansara bagi tujuan memberi ceramah berkaitan ilmu agama.

Wanita yang pernah tersenarai antara 300 individu dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2017 bagi kategori E-Dagangan dan Peruncitan oleh majalah perniagaan antarabangsa Forbes itu membuat kejutan pada 15 Oktober tahun lalu apabila mengambil keputusan untuk berniqab.

Tidak sampai sebulan kemudian, wanita kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu mengejutkan ramai apabila dirisik Haris yang juga bekas peserta program realiti keagamaan, Pencetus Ummah pada 1 November tahun lalu.

Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular ke-29 (ABP29) itu pernah mengakui impian perkahwinannya musnah akibat Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang masih diteruskan bagi mengekang penularan pandemik Covid-19.

Saya mahu suami ada ilmu agama – Neelofa

Sementara itu tinjauan menerusi Instagram (IG), Lofapage, sebuah video istimewa Neelofa bercerita mengenai lelaki idamannya dimuat naik, semalam.

Biarpun tidak menyebut nama PU Riz, namun video yang memaparkan gelagat Neelofa disisi bekas peserta program Pencetus Ummah itu dipercayai dituju kepada bakal suaminya itu.

” Saya banyak berdoa soal jodoh. Ada satu masa, saya menulis doa saya.

” Saya bukan hanya mahu lelaki yang boleh membahagiakan saya tetapi memberikakan kebaikan dan membimbing orang sekeliling. Itu sudah cukup membuatkan saya gembira.

” Saya ada banyak mata yang memandang. Ramai menjadikan saya sebagai ikon. Hinggakan siapa pasangan hidup saya akan memberi impak sangat besar kepada orang ramai,” katanya.

Bekas pengacara MeleTOP itu berkata, setiap wanita mengimpikan lelaki beriman, begitu juga dirinya.

” Selain beriman, saya mahukan lelaki berilmu, beramal, bijak, rajin dan bertanggungjawab.

” Itu antara ciri-ciri penting yang perlu ada untuk mencari calon suami. Apabila bersama lelaki beriman dan bertanggungjawab, saya rasa banyak perkara boleh diselesaikan dengan baik.

” Sebab itulah, saya sangat tekankan berkahwin dengan orang yang mempunyai ilmu agama,” katanya.

Kisah perkahwinan Neelofa dan PU Riz mencuri perhatian sebuah entri video menerusi akaun sama memaparkan PU Riz di sebuah kedai sambil membelek sampin songket, bagaimanapun dipadam selepas beberapa jam dimuat naik.

Video itu menyusul selepas kelihatan Neelofa di sebuah butik baju dimuat naik dalam akaun sama.

Selain itu, inai dijari menjadi petunjuk baharu mengenai teka-teki tarikh Neelofa dan PU Riz. Gambaran jelas dilihat dalam satu perkongsian menerusi IG Story Neelofa ketika mempromosikan satu produk makanan.

Menguatkan dakwaan apabila beberapa gambar rakan baik sedang bersiap dalam bilik Neelofa dengan memakai persalinan sedondon berwarna merah.

Berdasarkan komen, ia adalah majlis berinai yang diadakan secara tertutup di kediaman Neelofa pada Rabu lalu.

Sumber: Meletop, Neelofa, RJ, 2ekesah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, klik like dan share 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *