Hiburan

Mengejvtkan Istri Dedh Akaun Atu Zero Hanya Tinggal RM50

Baru menyambut ulang tahun perkahwinan kelima dengan pelawak Atu Zero.

Isterinya, Shafeeqa Johari menerusi satu perkongsian di Instagram mendedahkan mereka sekeluarga pernah hidup susah.

Kata Shafeeqa, ketika itu baki dalam akaun bank Atu hanya tinggal RM50 sahaja.

Namun memilih untuk menyimpan perihal kewangan keluarganya.

Shafeeqa mendedahkan perkara itu berikutan ada yang beranggapan hidup sebagai isteri selebriti serba mewah dan tidak perlu bekerja.

Mengejutkan Isteri Dedah Akaun Atu Zero Hanya Tinggal RM50

“Ada hamba Allah berkata, untunglah awak tak kerja sebab suami artis, mampu sara.

Saya jawab (dalam hati) awak tahu ke baru 30hb cuma tinggal RM50 dalam akaun bank suami.

Mana mungkin saya nak bgtahu awak perihal kewangan keluarga saya,” katanya.

Meskipun mempunyai kelulusan tinggi, namun Shafeeqa berkata dia tidak menyesal dengan pilihannya berhenti kerja untuk menjaga anak-anak.

“Ada hamba Allah berkata, rugilah awak tak kerja.

Belajar tinggi-tinggi, kawan-kawan sebaya dengan awak paling-paling busuk dapat 3k sebulan.

“Saya jawab (dalam hati) siapalah yang tak nak duit sendiri.

Allah pilih saya jaga anak-anak saya. Rezeki bukan hanya dengan wang ringgit,” katanya.

Dalam pada itu, Shafeeqa berkata suami selalu mengingatkan dirinya supaya sentiasa bersyukur.

Dan berterima kasih kepada keluarga atas bahtera perkahwinan yang dibina.

“Selalu dia ingatkan saya supaya selalu bersyukur. Alhamdulillah, kemahuan saya hanya untuk anak-anak.

Tiada ku minta emas dan harta setinggi gunung, cukuplah suami rajin bekerja.

Terima kasih mak dan ayah serta ibu mertua restu perkahwinan kami.

“Ada kami harta 2 orang anak kami selama 5 tahun perkahwinan ini,

Insyaallah akan ku jaga harta ini sehingga hujung jiwa ku,” katanya.

Atu dan Shafeeqa mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.

Terdahulu, pelawak Atu Zerobersama isterinya, Shafeeqa Johari, mengambil inisiatif membekal bantuan peralatan perlindungan diri (PPE).

Ini bagi kegunaan petugas barisan hadapan di sana.

Menurut Atu, inisiatif itu sudah dimulakan empat hari lalu itu dibuat selepas mendapat mesej peribadi dari penduduk daerah zon merah yang memerlukan bantuan PPE.

“Dengan peningkatan kes serta lokasi sekitar Semporna kini semakin merisaukan.

Kami terpanggil untuk menyalurkan bantuan mengedar PPE percuma ke sana pula.

Sebenarnya, bantuan ini kami sudah jalankan sebelum peningkatan kes jangkitan di Sabah lagi.

“Mulanya bantuan itu kami salurkan ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu dan Hospital Kudat.

Tiba-tiba, kes di sekitar Semporna pula naik. Kami menggunakan inisiatif mengumpul PPE daripada sukarelawan seluruh Malaysia bagi dihantar ke Sabah.

“PPE itu termasuklah sarung kepala, baju, sarung tangan, hampir keseluruhannya set lengkap yang petugas kesihatan hatus pakai.

Mulanya, kami cuma salurkan bantuan di Semenanjung tapi selepas itu memutuskan untuk menghantar ke Sabah juga,” katanya.

Pengedaran PPE secara percuma itu sudah di mulakan beberapa bulan lalu ketika PKP lagi.

Dan isterinya menjahit sendiri PPE tersebut serta dibantu oleh beberapa sukarelawan.

“Selagi kami mampu akan buat bantuan ini. Isteri saya sendiri menjahit PPE itu sambil dibantu sukarelawan yang sudi hulurkan khidmat mereka bagi menolongnya.

“Kami lakukan semua ini atas dasar kemanusiaan, meskipun tiada saudara mahu pun kenalan terdekat yang dijangkiti wabak itu.

Tapi daripada segi ekonomi, di Kudat sendiri memang sangat merudum dan boleh katakan memberi kesan kepada orang kampung saya,” katanya.

Gulapop

Sumber : budaksitu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *