Dunia

“Memang patut pun” – Sudahlah Tak Pakai Mask Lepas Tu Melvdah Pula Dekat Orang, Wanita B1adap Kena T0lak Keluar Bas

Di zaman pandemik C0V1D 19 yang sedang merebak dengan dahsyatnya, menjadi kepentingan kepada kita semua untuk mengamalkan kebersihan diri

yang baik dan juga memakai pelitup muka sebagai langkah untuk mengelakkan diri daripada dijangkiti wabak ini.

Pun begitu, ada juga yang masih degil dan kalau di luar negara ini mereka digelar anti-masker kerana menolak untuk memakai pelitup muka serta tidak percaya C0V1D 19

boleh membahayakan kesihatan mereka. Kira dorang ni macam golongan antivax la kalau kat Malaysia ni… 

Tapi kalau sejenis nak bahayakan diri sendiri saja tu tak apalah. 

Jangan pula sampai bahayakan orang lain dan bersikap biadap macam video yang viral di Twitter ni.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat seorang wanita yang digelar ‘anti-masker’ kerana enggan memakai pelitup muka dan dia dengan sesuka hati telah meludah

pada seorang penumpang di dalam bas tersebut sambil menyebut, ‘so digusting’.

Tindakan wanita tersebut mendatangkan kemarahan lelaki Asia yang telah diludah itu dan lelaki tersebut terus bangun dari kerusinya dan menolak wanita itu keluar daripada bas.

 Haa jatuh terduduk terus wanita itu atas kaki lima ye gais.

“Memang patut pun dia kena tapi lelaki tu pun salah juga” 

Video tersebut mendapat pelbagai respon daripada netizen yang mana-mana kebanyakan sokong tindakan lelaki tersebut memberi ‘pengajaran’ kepada wanita biadap itu.

Namun pada masa yang sama, ada juga di kalangan netizen yang merasakan tindakan lelaki itu terlampau ‘kasar’

kerana dia tidak patut menolak seorang wanita sehingga jatuh malah perkara itu akan membuatkan dia sama saja perangainya dengan wanita tersebut.

Apa-apapun menerusi Twitter perakam asal video ini, pihak bas menerusi tweet mereka memberitahu

yang kes ini sudah pun dalam siasatan pihak berkuasa. Jadi harapnya dah selesailah isu tersebut.

Haih macam-macam lah. Korang rasa wajarkah tindakan lelaki yang tolak wanita tu keluar daripada bas? Bincangkan. 

Sumber : LM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *