Semasa

Mavt Depan Mata Istri, Atlet Orang Kuat Malaysia Lemas Ketika Mahu Hulur Bantuan Beras

Keadaan banjir di negeri Pahang dilihat semakin buruk apabila bilangan mangsa banjir yang dipindahkan di Pahang meningkat kepada 13,626 orang daripada 3,607 keluarga setakat jam 5 petang pada Isnin berbanding 9,684 orang pada sebelah pagi.

Mmenerusi laporan Info Bencana JKM, sebanyak 200 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka melibatkan daerah terjejas, Kuantan, Pekan, Raub, Maran, Bentong, Temerloh, Jerantut, Rompin dan Kuala Lipis.

Bagi daerah Kuantan, sebanyak 31 PPS dibuka menempatkan 3,314 mangsa daripada 892 keluarga.

Lebih buruk lagi, banjir di Pahang juga telah dilaporkan meragut nyawa pertama apabila seorang kakitangan Pejabat Hutan Daerah Jerantut lemas manakala seorang anaknya hilang dibawa arus semasa meredah banjir di Kampung Gintong, Kuantan, Pahang.

Mangsa dilaporkan lemas sekitar 10.30 malam, dipercayai akibat dihanyutkan arus deras semasa berjalan kaki pulang ke rumah bersama tiga anak lelakinya selepas memindahkan kereta ke kawasan tinggi.

Terbaru, nasib yang sama turut menimpa atlet Orang Kuat Malaysia Negeri Pahang, Roslihisamsudin Suliman atau lebih dikenali sebagai abang Atan apabila telah disahkan menjadi mangsa korban banjir di Pahang hari ini.

Allahyarham yang aktif dalam sukan orang kuat telah terkorban ketika terlibat sama dalam operasi membantu penduduk setempat yang berhadapan dengan musibah banjir di daerah Maran.

Persatuan Orang Kuat Malaysia hari ini mengesahkan seorang atletnya, Roslihisamsudin Suliman atau lebih dikenali sebagai Atan menjadi mangsa korban banjir.

Presidennya, Zainurizzaman Moharam dalam satu kenyataan berkata, Allahyarham, 43, lemas ketika terlibat dalam operasi membantu penduduk setempat menghadapi musibah banjir di Maran, Pahang.

“Hari yang duka buat negara, atlet Orang Kuat Malaysia Negeri Pahang, Atan disahkan menjadi mangsa korban banjir.

“Allahyarham yang aktif dalam sukan orang kuat telah terkorban ketika terlibat sama dalam operasi membantu penduduk setempat yang berhadapan dengan musibah banjir di Maran, Pahang.

“Takziah diucapkan ke atas keluarga Allahyarham. Semoga tabah dengan ujian yang dihadapi. Didoakan agar rohnya dicucuri rahmat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Difahamkan, Allahyarham lemas ketika cuba menghantar bantuan beras kepada jiran.

Lebih memilukan, insiden tersebut berlaku di depan mata isteri Allahyarham.

Justeru itu, orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dengan perkembangan banjir dan sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa sepanjang musim banjir bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Sumber : yoy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *