Semasa

“Macam Masjid tu dia Punya” Netzen geram Bila D0ktor Belagak Terlajak Pandai Cuba Sek0lahkan Ustaz Kazim

LUMUT – Golongan ulama dan agamawan perlu duduk semeja bagi bersama-sama mencari penyelesaian serta penawar koronavirus (Covid-19) mengikut panduan al-Quran dan hadis nabi.

Pendakwah terkemuka, Datuk Mohd Kazim Elias berkata, melihat kepada keadaan Covid-19 yang masih belum reda.

Malah terus meningkat, umat Islam tidak boleh terus bergantung kepada usaha sedia ada.

Menurutnya, wabak yang melanda dunia itu bukan sahaja mewujudkan kebiasaan baharu di dalam masyarakat.

Malah turut menuntut pengubahsuaian dalam agama yang bertentangan dengan ajaran Nabi Muhammad SAW.

“Golongan agamawan berautoriti seperti mufti dan sebagainya perlu berbincang semula tentang perkara ini.

Kaji balik bersama pakar-pakar Islam yang lain dalam pelbagai bidang untuk mencari jalan penyelesaian.

“Kita tidak boleh selama-lamanya begini dan hanya mengikut prosedur operasi standard (SOP) mereka.

Saya sarankan agar kita kembali kepada al-Quran dan hadis nabi dalam mencari penyelesaian terbaik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian ketika ditemui selepas mengadakan ceramah sempena Sambutan Maulidur Rasul anjuran Rumah Ngaji Teluk Muroh, di Pusat Komuniti Teluk Muroh di sini hari ini.

Mohd Kazim menyampaikan ceramah sempena Sambutan Maulidur Rasul anjuran Rumah Ngaji Teluk Muroh di Pusat Komuniti Teluk Muroh hari ini.

Menurutnya, masyarakat Islam melihat kehadiran Covid-19 menjurus kepada satu bentuk pengubahsuaian dalam bentuk agama sebagai contoh penjarakkan dalam solat sedangkan Islam mementingkan saf dirapatkan.

Dalam pada itu, Mohd Kazim turut mencadangkan agar kaedah perubatan Islam seperti disyorkan oleh Nabi Muhammad SAW digunapakai dalam membendung serta mencari penawar untuk virus tersebut.

“Kita gunakan ubatan sunnah sebab hari ini sampai sekarang mereka katakan tidak ada ubat atau vaksin sedangkan nabi kata madu itu adalah penyembuh, habbatus sauda adalah penyembuh.

Jadi kenapa tidak menggunakan perawatan Nabi Muhammad SAW tersebut untuk menyembuhkan.

“Kenapa kita sendiri tidak yakin dengan ajaran nabi, ajaran al-Quran sedangkan kitalah sepatutnya menjadi duta kepada nabi kita, duta al-Quran kita,” katanya.

Beliau berkata, pakar-pakar dalam kalangan umat Islam perlu ke hadapan menggunakan kaedah dan saranan al-Quran serta hadis dalam mengawal virus ini.

Sementara itu, Mohd Kazim turut mencadangkan agar bacaan zikir tertentu dan ayat-ayat al-Quran yang boleh menjadi penyembuh serta penenang diperdengarkan kepada seluruh masyarakat.

Katanya, pelbagai saluran boleh digunakan sama ada menerusi media elektronik dan media sosial untuk memperluaskan bacaan tersebut.

“Mungkin perkara itu boleh dijadikan sebagai salah satu usaha untuk mengawal penularan Covid-19 dan memberi ketenangan kepada masyarakat,” katanya.

Kerana pendapat Ustaz Kazim yang di anggap janggal dan berbeza itu, seorang doktor telah tampil membidas saranan beliau

Ustaz Kazim telah tampil memuat naik status menjelaskan apa yang di maksudkan sebelum ini

Salam Asar.. sy hormat profesion doktor dan kesihatan.. salahkah sy hanya bercakap utk menggunakan kaedah yg berlandaskan Al Quran dan Sunnah?

Sy akui sy bukan doktor dan sy tak layak bercakap mengenai perubatan..hanya doktor shj yg layak..

Nak tau pasal sakit jantung sy mai la kita zoom meeting, kita cerita panjang2 pasai jantung sy…

Sy x pernah pertikai SOP, solat dimasjid pun sy ikut SOP, disekolah sy kami ikut SOP.

Tapi salahkah sy bertanya? Kenapa seolah2 ada kelopangan dlm pematuhan..

Ada tya, Ustaz hanya cakap ikut quran ikut hadis.. mana dia nya, mana dia penyelesaiannya quran dan hadisnya?

Amboi.. mai la jumpa sy kita bncg pulak panjang lebar. Jumpa pun xnak asyik komplen je.

Sy x kutuk doktor tp bahasa doktor tidak melambangkan anda sbg doktor.Sains dan teknologi bukan segala2nya doc…

Apapun semoga kedua-duanya boleh bersabar, dan ambil jalan penyelesaian. Nyawa pun kita pinjam. Tak perlu nak bertengkar macam ni.

Terima kasih Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias kerana menaikkan status di facebook beliau bagi menegur saya.

Saya terima teguran Ustaz jika ia kelihatan kasar pada pembacaan Ustaz.

Inilah fungsi orang beragama, untuk menegur insan kasar dan kurang ajar seperti saya kembali mendekati agama.

Tapi, rasanya tak adil dan zalim sungguh buat saya jika Ustaz tidak siarkan keseluruhan initpati perbahasan kita di dalam komen pada satu hantaran di Facebook Ustaz.

Sila baca perbahasan itu sepenuhnya untuk melihat kenapa saya mengeluarkan komen tersebut.

Perbahasan ini timbul apabila saya mengkritik seorang komentar bernama Norli Abd Kadir di hantaran Facebook Ustaz yang meletakkan komen berunsur fitnah.

Dan meminta agar pembaca tidak mudah tertipu dengan anasir yang tidak membenarkan solat dan mahu menjatuhkan Islam secara halus. (Rujuk screenshot yang saya sertakan).

Salahkah jika saya menegur perbuatan sebegini?

Ustaz selaku Tuan Rumah sepatutnya menegur perbuatan sebegini dan menasihatkan pengikut agar mengikut saranan majlis Fatwa Kebangsaan.

Malah Ustaz juga mentafsir kata-kata saya seolah-olah saya mengakui diri lebih besar dari Tuhan. Jika itu pemahaman beliau, saya tidak boleh berkata apa-apa.

Sebelum ini, saya juga ada menulis satu artikel khusus buat Ustaz Kazim berkenaan ilmu sains perubatan di dalam Quran.

Mohon Ustaz menjawabnya secara akademik dan beragama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *