Dunia

“Maabuk ketika mempunyai suami adalah hebat” Tak perlu risau lagi, Alicia Amin rasa hebat ada suami jaga

Model dan pelakon Alicia Amin sekali lagi mengundang kecaman netizen apabila membuat pengakuan berani menerusi ciapannya di laman sosial Twitter.

Menerusi ciapan tersebut, Alicia secara terbuka membuat pengakuan dia berasa hebat ketika suami ada bersamanya disisi.

Katanya dia tidak tahu bagaimana selama ini dia m4buk tanpa suami disisi tanpa memikirkan soal keselamatan.Kini dia berasa lebih yakin dan selamat, malah bangun seawal jam 8 pagi kerana suami akan mengejutnya untuk meminum air masak sepanjang malam.

Di ruangan komen, netizen mengecam tindakan Alicia dan menganggapnya terlalu berani mendedahkan kehidupan sosialnya kepada umum.

Bagaimanapun Alicia dilihat telah menjawab kecaman netizen dengan jujur dengan memberitahu dia tidak akan berpura-pura kononnya tidak mengambil alkohol.

Meskipun perkara tersebut berunsur peribadi, netizen beranggapan Alicia patut menyimpan soal kehidupan sosialnya daripada umum agar tidak dikecam masyarakat.

Walau bagaimanapun, pelakon drama Alamatnya Cinta ini berkata dia sama sekali tidak akan bersifat berpura-pura kononyan tidak mengambil sebarang minuman beralkohol sepanjang hidupnya.

Komen-komen warganet

Alicia mendirikan rumah tangga dengan seorang doktor dikenali sebagai Farzan, di Masjid Saidina Umar Al-Khattab pada 14 Februari lalu.

Dalam perkembangan lain filem terbaru Alicia berjudul Salina kini sedang ditayangkan di pawagam di seluruh negara.Selain Alicia, pelakon lain yang turut membintangi filem arahan Raja Muhkriz itu ialah Pekin Ibrahim, Mona Allen, Aleeza Kassim dan ramai lagi.

Sumber : OMM/RK

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *