Semasa

“lstrinya Jelaskan Perkara Yg Sebenar”Ramai Yg Kata MennggaI Sbb Terlampau Penat Melawan C0VlD

Sebelum ini, Pengerusi Eksekutif Skuad Pengurusan Jnzah Malaysia (SPJM), Ustaz Muhammad Rafieudin Zainal Rasid (gambar atas, kanan) menzahirkan rasa sedih.

Ini di atas pemergian seorang ahlinya yang juga petugas barisan hadapan pada Isnin lalu.

Mesra disapa Rafie, dia menyifatkan pemergian Dr Ali Noor Hassan sebagai satu kehilangan besar buat SPJM dan masyarakat.

” Ia satu kehilangan besar sebab Dr Ali merupakan seorang petugas barisan hadapan. Dia seorang yang merendah diri.

” Masa mula-mula kenal, tak sangka dia seorang doktor.

Saya sangat kagum, lepas dia meninggI.. satu persatu cerita kebaikan dia diceritakan,” ujarnya kepada mStar.

Menurut Rafie, biarpun hanya pernah bersemuka sekali sahaja pada 2018.

Dia sentiasa mengambil tahu perkembangan kehidupan Allahyrham menerusi Facebook.

” Sepanjang hayat, saya pernah bertemu sekali, semasa dia ikuti kursus pengurusan jnzah di Sentul (Kuala Lumpur) dua tahun lepas.

“Dalam kursus tu, dia maklumkan mahu belajar sebab mak dia tengah tenat sakit kanser.

Dia nak berkhidmat untuk mak dia. Sebab tu dia datang belajar.

” Saya juga berkawan dengannya di Facebook. Selalu nampak perkembangannya.

Setiap kali Ijtimak besar jemaah tabligh di Sabah, Dr Ali akan datang dari Selangor berkhidmat secara sukarela sebagai petugas perubatan bagi peserta ijtimak,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Rafie turut menzahirkan ucapan takziah buat keluarga Allahyrham dan mendoakan petugas barisan hadapan yang lain terus cekal dalam berkhidmat.

Semasa ibunya masih ada, banyak memuliakan dan berbakti kepada ibu

Itu luahan kata-kata isteri kepada Dr Ali Noor Hassan, Asilah Alqarny yang menceritakan keperibadian Allahyrham suaminya ketika hayatnya.

Kisah mengenai Dr Ali yang meninggI dnia di mana gambar terakhirnya seakan sedang tidur ak1bat kepenatan.

Ia selepas bertugas sebagai barisan hadapan menangani COVlD-I9 mendapat perhatian ramai.

Asilah menerusi perkongsian di Facebook bercerita mengenai peribadi suaminya yang banyak berbakti kepada orang tua.

” Setiap kali beli lauk untuk famili mesti akan belikan lauk yang sama untuk arwah emak dia.

Mak nak ke klinik atau rawatan memang dia akan usahakan cuti untuk berkhidmat kepada mak dia.

” Sehingga mak dia disahkan menghidap kanser paru-paru pada Ogos 2018 sanggup ambik cuti separuh gaji untuk jaga emak dia.

” Sehingga ke akhir hayat mak dia di Institut Kanser Negara (IKN), dia antara yang ajarkan mak kalimah syahadah.

” Dia antara yang suka ziarah sahabat, saudara sakit.

Ramai yang mesej, Dr Ali antara orang yang pertama melawat apabila kawan-kawan tak sihat.

” Beliau jugak banyak bersedekah. Setiap hari walau sedikit. Damailah disana wahai suamiku,” tulis Asilah mengakhiri posting itu.

Selain itu, Dr Ali juga disifatkan seorang yang tidak berkira dengan rakan-rakan serta saudara mara.

Dalam nukilan sama, Asilah turut tampil memberi penjelasan selepas pelbagai spekulasi timbul mengenai kemat1an suaminya pada Isnin malam.

Ramai yg Kata MennggaI Sbb Terlampau Penat Melawan C0VlD, lstrinya Jelaskan Perkara Sebenar

Menurutnya, dia menyanggah segala laporan tidak tepat mengenai kemat1an Dr Ali yang tersebar di media sosial.

” Beribu ribu orang share dan doakan dia. Alhamdulillah. Cuma maklumat kurang tepat sebab kemat1an.

” Dia meninggI di Hspital Kuala Lumpur kerana Acute Respiratory Distress bukan sebab COVlD-l9 atau kepenatan bertugas melawan COVlD-l9.

Ujarnya, dia turut menerima ribuan permintaan untuk menjadi rakan di Facebook selepas kisah suaminya tular.

Netizen turut menzahirkan rasa sedih atas pemergian itu.

Pada Rabu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah turut tampil menafikan segala khabar angin yang timbul.

Dr Noor Hisham meminta orang ramai untuk tidak membuat spekulasi mengenai kemat1an Dr Ali Noor dan menghormati ahli keluarganya.

Terdahulu, Seorang petugas barisan hadapan meninggal dunia selepas beberapa hari dirawat di hospital selepas pengsan ketika bertugas melawan Covid-19.

Berdasar satu perkongsian oleh Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM), Allahyarham Dr Ali Noor Hassan yang juga ahli skuad tersebut meninggal dunia akibat keletihan.

“Sebelum meninggal dunia, rakannya sempat merakamkan gambar terakhir beliau yang sangat keletihan.

“Beliau jatuh sakit kerana beban kerja terlalu penat dan letih, selain kekurangan masa untuk beristirehat.

Ia setelah bertugas di barisan hadapan Kementerian Kesihatan menangani Covid-19. Beliau tertidur ketika bertugas dan pengsan,”

Katanya dalam satu hantaran dalam laman Facebook miliknya.

Menurut SPRM lagi, selain bertugas sebagai doktor perubatan, Allahyarham juga aktif dalam kerja-kerja dakwah.

Dan pernah menyertai perhimpunan Jemaah Tabligh di Beaufort, Sabah.

“Setiap kali Ijtimak besar jemaah tabligh di Sabah, Dr Ali akan datang dari Selangor berkhidmat secara sukarela sebagai petugas perubatan bagi peserta ijtimak.

“Sekali lagi SPJM kehilangan seorang ahli yang begitu komited berkhidmat untuk ummah selepas pemergian Pengerusi SPJM Kedah, Allahyarham Habibullah pada Jumaat lepas.

“Semoga Allah SWT menerima segala amal kebajikan beliau dan mengampuni segala dosanya yang lampau.

Salam takziah buat ahli keluarganya,” ujarnya

Sumber : lamanmayapw

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *